"Dakwaan rogol dan minum minuman keras dlm kejohanan sukma..??" |
Pengikut
Sabtu, 6 Julai 2013
Atlet SUKMA Di Rogol Bergilir-Gilir Bikin KJ Gelabah Biawak
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO disanggah : Sebab Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah sekutu PAS
Apa..??
Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah sekutu PAS..??
Apa..??
Kumpulan ini( Ikhwan Muslimin) mendapat sokongan Zionis dan Barat..??
Apa..??
Pas juga mendapat sokongan Barat..??
Sampai macam tu sekali tahap ke-biolan hasil ilusi tahap lubang jamban dari kotak pemikiran seorang yang terlalu taksub dengan UMNO Munafikun jika menulis dilaman blog pun jadi sasau...hehehe...
Dikala seluruh dunia mengutuk dan mengecam rampasan kuasa di Mesir,tapi disebabkan benak berdaki dan otak berlendir dengan fahaman UMNO munafikun....apa yang dalam dan luar negara kecam dan kutuk, Si Barghal tetap suka,sokong dan happy gila dengan kejadian rampasan kuasa di Mesir.
Orangni juga tak hairan dengan puak-puak taksub UMNO Munafikun yang mengaitkan Morsi,Ikhwan Muslimin dan semua kumpulan pejuang menegakan Islam serta keadilan dimuka bumi ini akan dituduh sekutu PAS. Pendek kata yang buat kerja untuk Islam semua-nya kawan PAS.
yang tentang dan hentam Islam sembunyi-sembunyi atau terang-terang tak pula diakui kawan UMNO Munafikun...hahaha...
Jumaat, 5 Julai 2013
Najib dan Nizar Keluar Negara : Berjoget,Menyanyi dan Berkhutbah
BN menyusu kera luar negara pulak dah.....
Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, keputusan kerajaan itu tidak adil kerana tidak memberi layanan sama kepada rakyat sendiri untuk memiliki rumah sendiri.
Mengikut laman web MM2H, katanya, peserta program MM2H yang kesemuanya warga luar negara dibenarkan untuk membeli sebuah kenderaan pemasangan tempatan (Completely Knocked Down - CKD) tanpa perlu membayar cukai eksais dan cukai jualan.
“Persoalannya mengapa kerajaan sanggup memberi pengecualian cukai eksais dan jualan kepada warga luar negara yang mengambil bahagian dalam MM2H sedangkan rakyat sendiri tidak dibenarkan untuk menikmati pengecualian ini sedangkan mereka membayar cukai untuk pembangunan negara,” katanya ketika sidang media, semalam.
Mengulas lanjut perkara ini, Weng San berkata tujuan perkara ini dibangkitkan ialah menunjukkan ketidakseimbangan dan kepincangan dasar-dasar kerajaan BN berkenaan industri automobil ini.
“Sewajarnya rakyat Malaysia didahulukan dalam polisi kerajaan namun sebaliknya yang berlaku.
“Diharapkan perkara ini akan diberi perhatian pihak berkenaan dan berharap agar rakyat dapat membeli kereta berkualiti tinggi dengan harga lebih murah melalui pengurangan cukai eksais dan jualan bagi mengurangkan bebanan isi rumah,” katanya.
Malahan diskriminasi ini katanya, juga turut dirasai oleh semua wakil rakyat bukan anggota pentadbiran di mana mereka juga tidak dapat menikmati pengecualian sedemikian.
"Ini kerana mereka hanya diberi pengecualian cukai eksais untuk membeli kenderaan pacuan empat roda pemasangan tempatan sahaja. Walaupun begitu, mereka juga perlu membayar cukai jualan sedangkan peserta MM2H tidak perlu berbuat demikian.
“Selain itu, peserta MM2H boleh membeli sebarang kenderaan asalkan ianya kenderaan CKD,” katanya.- Cukai: Tindakan BN diskriminasi rakyat - SH
** kera dari luar negara disusukan...anakbangsa sendiri dibiar kelaparan....ini kah dasar yang diangung-agungkan oleh Najib dan sekutunya...
Khamis, 4 Julai 2013
Najib Londeh Maruah Melayu Di Kota London - Khalid Salleh
Najib berucap kepada pelajar-pelajar Malaysia di London dalam bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu, walau pun rata-rata yang sempat saya lihat di tv adalah Melayu.
Melayu (PM) dengan Melayu (pelajar-pelajar Malaysia) bercakap dalam bahasa Inggeris? Kalau pun ada pelajar bukan Melayu, apakan mereka sudah tidak faham bahasa Melayu yang diperakukan sebagai bahasa kebangsaan dalam artikal 152 Perlembagaan Malaysia?
Soalan lain juga muncul dalam benak saya , apakah kerana berada di London maka Najib mesti menggunakan bahasa 'London' untuk berucap dengan pelajar-pelajar Malaysia? Jatidiri bangsa dan negara berkait rapat dengan budaya.
Dalam hubungan ini bahasa pertuturan yakni bahasa manusia yang menjadi penghubung di peringkat kebangsaan adalah mekanisme kedaulatan yang menggerakkan erti kebangsaan itu sendiri.
Apabila seorang Perdana Menteri atau seorang pemimpin sesebuah negara tidak mendaulatkan bahasa kebagsaan negara dan manusia yang dipimpin dan diterajuinya, maka apakah makna kedaulatan yang diperjuangkan dengan asas kedaulatan bangsa agama dan negara seperti mana yang sering digembar-gemborkan selama ini?
Nilai pemimpin adalah penggerak dan pencetus semangat ke arah prinsip-prinsip kebenaran dan nilai murni yang berpaksikan kepada asas kebaikan, kebenaran dan kejujuran.
Jujurlah menjadi manusia yang diamanahkan untuk mengangkat martabat bangsa, agama dan negara, kerana bangsa dan negara adalah wajah kedaulatan dan kebenaran susur galur manusia sebelum kita yang meletakkan dan mengamanahkan makna suatu bangsa dan wilayah kedaulatannya yang di sebut sebagai bangsa Melayu dan Tanah Melayunya.
Apakah hasil perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya mereka yang berkubang dalam kancah politik sehingga ramai di kalangan anak muda sekarang ini sudah berani menyoal kembali, apakah untungnya menjadi Melayu?
Jangan tanya pula apa cemuhan dan ejekan kaum lain pula terhadap Melayu. Jangan salahkan mereka kerana ramai di kalangan pemimpin Melayu sendiri tidak bangga untuk bertutur dalam bahasa ibundanya (Melayu).
Apabila manusia mulai meminggirkan dan meremehkan nilai ibundanya, itulah tanda-tanda porak- peranda sesuatu bagsa. Kerana nilai bangsa adalah bahasa, budaya selain agama anutannya.
Jika perkara ini dibiarkan berlarutan apakah makna perjuangan orang-orang Melayu terdauhulu yang menggerakkan semangat kebangsaan dengan penentangan terhadap konsep Malayan Union dan berikutnya penentangan terhadap Malaysian Malysia yang disuarakan oleh Lee Kwan Yew ketika Singapura masih dalam Malaysia dahulu. Belum lama mana, sekitar 60 an, yang akhirnya Tunku Abdul Rahman menggunakan kuasa vetonya mengeluarkan Singapura dari Malaysia sekitar Mei 1965.
Tindakannya menyebabkan beberapa orang menteri kabinet terutamanya dari Johor Meletakkan Jawatan.
Renteten dari itu kuasa Melayu dan kedaulatan Melayu dicemuh dan diperkecil-kecilkan oleh kaum lain melalui pertubuhan politik yang mereka anggotai.
Maruah Melayu terus diejek dan dicabar..inilah yang berlaku sehingga mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Segalanya bermula apabila pemimpin atau peneraju pimpinan tidak menggerakkan kedaulatan dan kebangsaan manusia atau bangsa yang menjadi asas sejarah kemunculan sesebuah negara di dunia ini.
Inilah antara warna-warna kebenaran kenapa saya menulis buku Melayu Hilang Di Dunia...
- Sumber FB Khalid Salleh
Najib Menyanyi dan Menari bersama pelajar di London... Ini cara Presiden UMNO mendidik dan mencontohi kepada anakbangsa..!! |
Rampasan Kuasa Di Mesir :- WIRA GAZA ucap tahniah pada Obama
Berbagai komen-komen berkaitan isu yang melanda negara Mesir_ramai yang mengutuk keras kejadian rampasan kuasa di Mesir.
Orangni dok tunggu juga apa komen atau pendapat Najib yang pernah digelar Wira Gaza dalam tahun lepas, yang konon-nya menentang segala pencerobohan di bumi Paletin dan mengutuk semua jenis pemcerobohan.
Tapi korang perasan tak...?? tarikh kejadian rampasan kuasa di bumi Mesir hari ini dan tarikh hari ulang tahun kemerdekaan Amerika Syarikat berlaku pada tarikh yang sama,adakah ini semua kebetulan atau ada agenda...??....emmm....cam ada something je....
Berbalik pasal Najib Si Wira Gaza_adakah Najib tak tahu hal yang jadi di-Mesir atau buat-buat tak tahu atau takut nak ambil tahu..? Tapi nak ucap tahniah kat Obama....Najib Si Wira Gaza ingat pula...hahaha....
Khairy Jamaluddin Teruja Berok..!!! Sebab Matellica Buat Konsert Dalam Bulan Syawal ini
Ramodhan penghulu segala bulan lebih kurang beberapa hari lagi akan tiba....Syawal ditanahair ini bakal dicemari..!!! |
Kami akan saksikan anda buat kali pertama pada 21 Ogos di Kuala Lumpur!- tweet KJ |
Tahukan wahai Menteri Belia Dan Sukan,
Tapi kalau nak di-ikutkan sebenarnya bulan apa pun tak sesuai bikin konsert yang bakal meruntuhkan moral anakbangsa...!!!!
Entah berapa duit rakyat bakal dibazirkan untuk konsert ini..?? |
Mau bikin lebih banyak program ilmu,keagamaan...tapi kelentong yang banyak..!!! |
Rabu, 3 Julai 2013
Tahniah..!!! UM Kalah lagi
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dalam kes fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor.
Utusan diperintahkan supaya membayar RM250,000 kepada Nizar sebagai gantirugi.
Hakim Mahkamah Tinggi, Rosnaini Saub memerintahkan Utusan supaya membayar lima peratus dalam bentuk fedah bermula hari ini sehinggalan bayaran penuh dibuat.
** Tahniah buat Utusan Meloya yang menjadi penyebar utama berita lidah biawak bagi pihak UMNO Munafikun...memfitnah di-utamakan,penipuan di amalkan....hahaha....
Kebakaran Di Kunak : Asrama Sekolah Agama Musnah, 81 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang
Gambar Hiasan |
Ni Soalan Ke Cadangan...???!!! - Dah dilantik jadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.- SH
Orangni juga harap Raiz Yatim tidak memperlekehkan pelajar UIAM dengan kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam pelajaran memandangkan ini adalah universiti antarabangsa
Harap maklum
Selasa, 2 Julai 2013
Warga Nepal Berbaju BN Kena Rompak Di Ladang Ternakan Ayam
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, 28 Jun lalu, mangsa Kenny Ng, 40-an berkata, ketika kejadian, ladang ternakannya di Sungai Mati, Matang hanya dijaga dua pekerja warga Nepal. - SH
Majlis Kesyukuran DUN Trong Penuh Kesedihan [ Bergambar ]
Kerusi plastik warna biru yang disusun dibawah khemah kelihatan banyak yang kosong....adakah tanda berkabung warga UMNO Trong dengan kekalahan ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang iaitu Rosli Husin yang dicampak oleh UMNO Perak bertanding di DUN Changkat Jering dan tewas ditangan calon PAS iaitu YB DS Nizar Jamaludin.
Walaupun calon baru UMNO iaitu YB Dr Zabri menang dengan undian agak lebih sikit di Trong setelah merampas kerusi yang disandang oleh Rosli Husin sebelum ini nampaknya unsur memboikot YB baru Trong semakin jelas.
Kesyukuran penuh kesedihan... |
Mantan YB Trong (Kanan) dikerusi hadapan... dibelakang kerusi kosong...hehe.. |
Mantan YB Trong Rosli Husin (Tengah) bersama YB Trong yang baru.YB Dr Zabri ( bertopi ).. nampak cam tak ngam je...hehe... |
Surau Ayah Ahli Parlimen Bukit Gantang Musnah Terbakar
Surau ini dikatakan adalah peninggalan dari arwah ayahanda YB Ust Idris Hj Ahmad yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.
Surau yang telah diasas oleh Al-Marhum Tuan Guru Hj Ahmad ( ayahanda kpd YB AF Ust Idris, Ahli Parlimen Bkt Gantang ).
Tempat mula diadakan Ijtimak Bulanan bagi Kawasan Bukit gantang dan Taiping. sekarang masih diteruskan oleh anak-anak Al-Marhum spt Tuan Guru Dato Hj Hassan, TG Dato Hj Salleh, AF Ust Zakaria dan tokoh-tokoh ulamak yang lain termasuk Al-Marhum Toh Paduka Indera TG Hj Mohd Saman Kati.Berkat gigih dari surau ini telah banyak melahirkan ilmuan-ilmuan diserata negeri.
Orang ramai iaitu penuntut ilmu dari surau ini terdapat beribu-ribu orang disamping orang tempatan.
Itulah jasanya ulamak yang tersohor itu, Al-Marhum TG Hj Ahmad yg sempena nama surau ini dengan nama Surau Ahmadiah.
3 gelas air minuman RM45 selepas TNB potong letrik
Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.
Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.
“Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.
“Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang ‘special’ di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.
“Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling,” katanya- SH
Gambar Masjid dipijak orang ramai dipintu masuk pasaraya Melaka
Tindakan ini seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam. - SH
Kencing manis punca janji tak ditepati...?
Tahap kecing manis:
Tahap 1: Bila anda kencing, semut datang kelilingi air kecing anda..
Tahap 2: Teruk sikit...dimana bila anda nak pegi kencing, semut follow dari belakang...
Tahap 3: Lagi teruk...dimana bila anda nak kencing, semut dah tunggu siap-siap kat bilik air anda...
Tahap 4: Paling teruk...dimana anda kencing, keluar semut 4-5 ekor.
Tahap 5: Terteruk tahap gaban....dimana anda akan kencing kawan kawan....janji tak di tepati...haha..
Peringatan: Jagalah kesihatan...jangan sampai kena kencing manis..
Sama-samalah kita jaga kesihatan..hahaha.....