Pengikut

Sabtu, 31 Ogos 2013

Taiping dan Penang pusat Kongsi Gelap Terkenal

Cerita hal kegiatan kongsi gelap atau gangster,mungkin ramai yang setuju kalau dikatakan  bandar Taiping dan Pulau Pinang  macam tak boleh dipisahkan dengan kegiatan ini,sebab menurut cerita dari mulut orang-orang yang dok sekitar Taiping (Orang Lama) tahu cerita kongsi gelap.. Ini lah bandar yang menjadi ibu kepada kegiatan kongsi gelap yang ada sekarang.

Di Taiping juga pernah berlaku pergaduhan yang amat besar dan mengorbankan banyak nyawa, mayat bergelempangan dan jalan raya menjadi merah dengan darah manusia. Siri tragis berdarah ini berlaku kerana berebut kawasan,maklumlah macam Taiping dahulunya kaya dengan hasil bumi (Bijih timah)

Kongsi gelap cukup ganas dan pernah memeras ugut Sultan Perak untuk menuntut ganti rugi. Kegiatan kongsi gelap di Taiping terlibat dalam dunia perjudian, perdagangan, pelacuran dan sebagainya.


Terdapat dua puak kongsi gelap yang sangat digeruni di Taiping dan mereka adalah terdiri daripada kaum Cina dari puak Ghee  Hin yang bertapak di Taiping dan Hai San dari Pulau Pinang.

Ini lah sejarah yang berlaku lebih 150 tahun yang lalu dan peperangan tersebut dinamakan Peperangan Larut 1, 2, 3 dan 4.

Penamat kepada peperangan tersebut termetrilah satu perjanjian perdamaian yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor dan British dengan cara halus mula campur tangan dalam pentadbiran Perak.

Kini Taiping merupakan sebuah bandar warisan. Kegiatan kongsi gelap tetap ada tetapi dalam kelompok yang kecil.

Kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kongsi gelap, perang larut dan campur tangan British pujaan UMNO Munafikun di Perak boleh lah berkunjung ke Muzium Ngah Ibrahim di Matang Taiping untuk lihat tanda terima kasih Melayu UMNO kepada British dalam isu kongsi gelap.


Sebab itulah British dianggap hero oleh UMNO sejak dahulu hingga sekarang. UMNO dengar cakap British,UMNO ikut cakap British dan UMNO jilat bontot orang British untuk selesaikan masaalah tanahair masa dahulu. Sebab itulah di musim sambutan hari kemerdekaan ini UMNO tak pernah kutuk penjajahan British.

Puteri Umno Bukit Gantang: 3 puteri bertanding selak kain..??

Menurut maklumat yang mengejutkan puteri disebut-sebut untuk pertandingan Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Gantang Perak.

Penyandang kerusi tersebut ialah Puan Jamilah bt Zakaria seorang guru yang berkhidmat dengan jabatan pendidikan yang kebal dengan segala tindakan PPD,mana tak-nya....masih jadi guru tapi boleh bebas jadi Ketua Puteri UMNO Munafikun....kalau ada guru yang aktif dalam PR walaupun hanya ketapak program anjuran PAS maka jadi sasaulah PPD ambil tindakan.

Manakala AJK Puteri Umno Bahagian, yang disebut-sebut akan bertanding untuk jawatan Puteri UMNO Munafikun ialah Cik Hajah Hajar Hanim bt Hj Miskon dan seorang lagi masih samar-samar dan belum memberi hint atau buka mulut untuk bertanding..

Segalanya mungkin terjawab sebelum 28 September nanti...pertandingan dalam pemilihan UMNO Munafikun tak meriah kalau tanpa rasuah,bodek,lobi melobi dan selak kain sebab mencontohi Ketua Wanita UMNO mereka Kak Jat dari kandang....hahaha......

Dahulu Umno Bukit Gantang konon-nya merupakan kubu kuat Umno tetapi kini lemah dan hilang 3 kerusi penting iaitu Parlimen, Dun Changkat Jering dan Dun Sepetang.

UMNO BN kalah kerana pembangkang (PR) bertambah kuat serta  dalam BN dan Umno itu sendiri bercakaran untuk poket masing-masing.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Suami Shahrizat Gagal Merdeka

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, untuk menukar penjamin dan pasportnya dikembalikan secara kekal.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili Mohamad Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Mahkamah turut menolak permohonan Mohamad Salleh untuk mengembalikan wang jaminan RM500,000 sebelum ini bagi menggantikan wang jaminan itu dengan cagaran tanah bernilai RM2.5 juta.

Dalam permohonan yang difailkan pada 28 Ogos lalu, Mohamed Salleh, 65, memohon supaya penjaminnya iaitu anak lelakinya, Wan Shahinur Izmir, ditukar kepada isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Wan Shahrizal dalam hujahannya berkata cagaran tanah bernilai RM2.5 juta yang dicadangkan melebihi jumlah jaminan asal yang disebut mahkamah iaitu RM500,000.

Beliau berkata tiada alasan untuk Mohamad Salleh melarikan diri dari Malaysia kerana anak-anaknya dibesarkan di Malaysia selain isterinya yang merupakan Ketua Wanita Umno.

Sementara itu, Awang Armadajaya berhujah nilai sesuatu pasport melebihi nilai wang ringgit kerana ia adalah lesen untuk berjalan ke luar negara.

"Untuk mengatakan nilai RM2.5 juta yang ditawarkan melebihi RM500,000 adalah tidak tepat kerana jaminan asal adalah RM500,000 berserta pasport yang tidak ternilai," katanya.

"Setelah melihat semua afidavit yang menyokong permohonan, tidak didapati sebarang sebab yang istimewa untuk pinda syarat-syarat jaminan," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Sept ini untuk mendengar permohonan Mohamad Salleh bagi membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.

Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah RM9,758,140 untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di sini dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd pada 2009. -Bernama

Khamis, 29 Ogos 2013

Artis Zed Zaidi UMNO-kan SENIMAN..?

Rozaidi Bin Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi artis tanahair yang sekarang meroyan dalam politik UMNO semakin mengila dek kerana baru-baru ini kecoh tersebar yang beliau sedia bertanding untuk jawatan exco pemuda UMNO untuk pemilihan parti pusaka jajahan British (UMNO) yang akan datang.

Dalam tweet terbaru Zed Zaidi menjemput pemuda-pemuda UMNO untuk majlis aidilfitri....wah..!!! Dah mula melobi le pulak yer......maklumlah duduk dalam UMNO,kerja melobi,merasuah dan membodek adalah perkara asas wajib.

Tapi yang malangnya Zed Zaidi yang kini konon-nya Presiden SENIMAN mengheret pertubuhan tersebut kedalam ruang longkang busuk politik UMNO.

Kalau nak main politik pun...janganlah pertubuhan untuk anak seni macam SENIMAN pun dijadikan batu loncatan untuk kejar jawatan dalam UMNO bro....kalau nak bagi nampak ok,jemput semua pemuda dalam politik...Pemuda PAS,Pemuda DAP,AMK dan sebagainya....ada bran ke Bro Zaidi..? Hahaha....

Cukuplah UMNO saja yang busuk...jangan ditambah busuk SENIMAN yang selama ini memang dah busuk dek kerana lu bro....hahaha....

Rabu, 28 Ogos 2013

Senarai penuh nama 49 pertubuhan haram di Malaysia negara aman....

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.

Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36, lapor The Star. – 29 Ogos, 2013.

Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:

1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop

Persiapan Perjalanan : Bendera PAS sangat penting

Hikmah Berada Dalam Jemaah PAS
Petang tadi dalam jam 4.30 kereta Wirasahabat yang baru dikenali telah rosak berhampiran R&R Bukit Gantang arah utara. Beliau bersama isteri dan 4 orang anak.

Lorong kecemasan kawasan itu terlalu sempit dan amat bahaya, hampir 30 minit tak sebuah kereta pun berhenti menolongnya.

Sewaktudiabuka bonet belakang untuk cari sesuatu, beliau terpandang payung PAS dalam bonet, lalu beliau kembangkan tepi keretanya untuk lindungi anak kecilnya dari kena panas, tanpa disedarinya selepas itu beberapa kereta jemaah telah berhenti untuk menolong dan kami berhenti untuk membantunya.

Selepas itu kebetulan sebuah kereta 4 angota Unit Amal Kedah baru balik dari program diKuala Lumpur turut berhenti tolong mengawal traffic.

Sebuah ToyotaVellfire yang dipandu oleh seorang Ustaz bersama isterinya menghulurkan bantuan menumpangkan isteri dan anak-anaknyake Nibong Tebal.

Plus Ronda menunda keretanya ke R&R Bukit Gantang dan beberapa pemudaPAS Bukit Gantang telah membantu beli barang ganti (V Belt) di Bandar Taiping.

Akhirnya pada jam 8.30pm tadi beliau yang dikenali sebagai Sidek selamat sampai kerumah.

Beliau mengucapkan terima kasih kepadasemua yang terlibat dan bantuan tenaga dan alat ganti pecuma dari Pemuda-pemuda PAS Bukit Gantang.

Dengan satu lambang kami telah berkenalan tanpa diduga. Lambang parti menyatukan kami semua.

PENGAJARAN DARI KISAH INI: Orang PAS jangan lupa bawabenderadalam kereta anda untuk waktu kecemasan

*Facebook Pas TgMalim CawBerop

31 Ogos Kali Ini Meriah Dengan Kempen Rambut Terjojol Dari UMNO

Disebabkan meroyan dan gila vavi serta tak ada kerja gamaknya,konon-nya nak naikan semangat petriotik sempena hari kemerdekaan negara ini yang ke 56, tapi puak UMNO Munafikun ni anjurkan pula kempen yang tak masuk akal....hahahaha....

Kempen pakai songkok sempena tayangan sebuah filem bertajuk "Tanda Putera"....kah..kah...kah....kah...kah.....

Lawak betul kempen yang biol ni... Pakai songkok konon-nya melambangkan semangat melayu, pap pap pirah...!!! Mana fakta dan sumber mengatakan songkok tu pakaian kepala orang melayu wahai UMNO Munafikun..?? Aku pernah jumpa artikal mengesahkan songkok yang dipakai orang melayu di negara ini adalah pakaian kepala bagi orang indon. Tiada fakta mengatakan songkok itu pakaian kepala bagi orang melayu. Kalau tengkolok atau tanjak mungkin juga dari rumpun masyarakat orang nusantara.

Kalaulah orang yang nak p tengok filem dikempen pakai songkok tinggi tentunya khusus untuk orang lelaki, kalau perempuan camana pulak..? Tak kan Wanita,Puteri UMNO dan Rosmah nak pakai songkok tinggi...hahaha.....
Tak nak kempen gaya rambut kembang terjojol macam DS Rosmah ker..??

Hahahaha.....puak UMNO Munafikun kan gemar membodek,kempen la kat kaum wanita berfesyen rambut kembang terjojol macam Rosmah....hahaha....kalau cakap UMNO bodoh korang yang bersetongkol dengan UMNO marah...tapi memang bodoh,banggang dan bahlol pun kalau difikirkan.

yang paling lucu tahap sawan vavi puak UMNO Munafikun ni ialah siap ada slogan rasis kat dalam kempen pakai songkok...anti barangan DAP,anti BERSIH dan sebagainya...hahaha....

Apa la nak jadi..? Nak sambut merdeka konon-nya,tapi pemikiran puak UMNO Munafikun penuh berkarat dengan idealogi tinggalan penjajah yang zalim suka dengan propaganda.

Negara Merdeka Mutlak Tanpa UMNO Munafikun..!!!!

Isnin, 26 Ogos 2013

Mengapa Kerajaan Malaysia Sanjung Yahudi Sir Henry Gurney yang Zalim..??

Banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara.

Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah.

Tiada masa berfikir di luar kotak. Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang! Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk.

Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah.

Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur. Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka. Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris.

Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan. Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951.

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya.

Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier. Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin.

Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.!!! Malangnya, nama beliau di sanjung di sini.

Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.

Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini?

Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka.

Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

Tapi timbul persoalan....Mengapa Kerajaan Malaysia Sanjung Yahudi Sir Henry Gurney yang Zalim..??