Pengikut

Sabtu, 21 Julai 2012

1Malaysia bakal calon UMNO BN diserang sesak nafas

“Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya, jadi semuanya hanya spekulasi, “ kata najib kepada wartawan selepas satu majlis dekat Pekan Sabtu hari ini.

Najib juga berkata senarai calon UMNO pun begitu.” Kita tengah semak-semak dan belek-belek lagi,”.

ITULAH KATA-KATA NAJIB HARI INI YANG MENYEBABKAN BAKAL CALON UMNO BN DISERANG SESAK NAFAS.....hahaha....
Apa tidaknya....dalam keadaan menjelang pilihanraya umum sekarang bakal-bakal calon UMNO BN  sudah tentu sekian lama mencuri perhatian Najib dengan bermacam tektik membodek,mengampu dan sebagainya...kerana mereka ini tentunya menaruh harapan besar untuk menjadi YB,mungkin dah ada yang menghabiskan ribuan juta ringgit dalam misi menjadi YB..!!

Banyak kisah yang berlegar di sana sini.
Antara yang buat ada yang sesak nafas apabila dengar Najib Tun Razak telah menolak 50 peratus dari senarai awal  calon Barisan Nasional yang dikemukakan padanya.

Nampaknya Najib mahu berkongsi sesak nafas dengan semua bakal calon UMNO BN... Najib pun sesak nafas dengan kemampuan UMNO BN dalam PRU 13,jadi jawapan hari ini Najib mahu mereka bakal calon yang teeingin nak jadi YB pun sesak nafas....hahahaha....

Najib bayangkan nak beri imbuhan raya sebab bayangkan tak boleh menang pilihanraya

Najib diawal ramadhan dah bayangkan nak beri imbuhan sempena hari raya nanti kepada kakitangan perkhidmatan awam yang konon-nya sebagai membantu golongan tersebut...hahaha...

Nak bantu la kononya....sebaliknya nak raih sokongan kakitangan kerajaan yang semakin tidak menyokong Najib...hehehe...
Apapun kalau nak bagi imbuhan tu...bagilah... Sebab itu duit rakyat juga...

Sebab Najib bayangkan nak bagi imbuhan tu sebabnya masih bayangkan UMNO BN tak boleh menang lagi dalam PRU akan datang itu saja...itu saja..hahaha...

PAS Larut salur bantuan kepada 500 penduduk kampung sempena Ramadhan

20 Julai 2012, Kg Sungai Siputeh ,Kg Sungai Bayor,Kg Pantai Besar dan Kg Batu 14 adalah 4 buah kampung didalam Parlimen Larut menjadi lokasi pengagihan bantuan daripada Lujnah Kebajikan PAS Larut kepada lebih 500 penduduk kampung disini. 

Sekampit beras 10kilo bersama beberapa barangan keperluan dapur telah disumbangkan kepada penduduk kampung disini bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada keesokan harinya yang kesemuanya dilakukan dimarkaz PAS cawangan dikampung-kampung berkenaan sebagai pusat pengagihan bantuan. Kg Batu 14 seramai 50 penerima,Kg Pantai Besar 20 penerima,Kg Sg Bayor 100 penerima dan Kg Sg Siputeh yang baru-baru ini menjadi konterversi dengan kehadiran Muhyiddin berikutan isu arahan penurunan bendera PAS seramai 330 orang penerima mendapat bantuan dari PAS Larut.

Rata-rata penduduk kampung  yang menerima bantuan ini dari golongan berpendapatan rendah melahirkan rasa syukur dengan bantuan serta mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh PAS Larut ini.

PAS Larut menyatakan sumbangan ini bukanlah sebagai tindakbalas terhadap mana-mana pihak yang selama ini megah dengan slogan konon-nya janji ditetapi yang didapati hanya omogan kosong,akan tetapi ianya adalah sebahagian usaha PAS Larut dalam meneruskan menyantuni rakyat yang perlu direalisasikan dengan cara berterusan sejak dahulu lagi sehingga kini.






Jumaat, 20 Julai 2012

PDRM Jagalah Negara, Bukan Umno - Idris Ahmad. MANTAN BOS JSJ WAJAR JAWAP..!!!

PDRM Jagalah Negara, Bukan Umno

Tulisan : Idris Ahmad  AJK PAS Pusat
20/7/12

Pihak PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan Pas dan parti pembangkang yang lain telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis.

Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk"Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia. 

Jika benar perkara ini kenapa polis tidak bertindak segera, sebaliknya perkara ini telah didedahkan kepada pelajar di dalam taklimat keselamatan.
Apakah ini modus operandi polis, dedah dahulu baru hendak bertindak?. Kalau perkara keselamatan negara pihak polis hendak mempolitikkan, maka amat malang negara mendapat perkhidmatan polis seperti begini. 

Mana ada di dunia ini, pihak keselamatan sebuah negara mencerita dahulu, kemudian baru bertindak. Pihak PDRM jangan memalukan negara, apabila perkara besar sudah menjadi rahsia umum. Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu.

Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak.Kenapa pihak PDRM tidak bertindak kepada keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno seperti keganasan di Jalan Kebun Kelang, Lembah Pantai, Imam Masjid Teras Jernang ditumbuk, serangan kepada Ambiga di Merlimau Melaka.

Apakah ini semua tidak menggugat ketenteraman awam dan merbahaya keselamatan negara. Apakah negara kita ada dua undang-undang. Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media. PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno.

......» Komen Aku: MANTAN BOS JSJ WAJAR JAWAP..!!!
Pemimpin PAS sekarang tak perlu berasa amat gusar dengan segala dakwa dan tuduhan tidak berasas dari pihak PDRM berkaitan tuduhan diatas, pemimpin PAS seperti Ust Idris memang wajar mempersoalkan tuduhan tersebut,akan tetapi aku lihat tuduhan liar sedemikian  seolah-olah memberi ruang kepada pemimpin PAS  memberi ruang pula kepada beberapa individu yang dahulunya dari PDRM menjawap tuduhan tersebut, Datuk Fauzi Shaari yang sertai PAS bukan calang-calang jawatan terakhirnya dalam PDRM,beliau BOS BESAR dalam Jabatan Siasatan Jenayah..sekarang sudah bersama perjuangan PAS,jadi tak salah dan amat tepat bagi aku orang seperti Fauzi Shaari menjawap pertuduhan ini. Apa guna belati ditangan sekiranya kuda tungangan tidak boleh bergerak..


Terima Kasih DS Nizar sebab sumbang kerusi pada jeti kg Dew - KECAP

20 Julai 2012 ~ Penduduk Kampung Dew didalam DUN Kuala Sepetang hari ini menerima sumbangan ikhlas dari Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Nizar berupa 5 buah kerusi batu bagi kegunaan staf Persatuan Kelip-Kelip Kuala Sepetang (KECAP) serta bagi keselesaan para pengunjung kesini yang datang untuk melihat keindahan panorama malam bersama kelipan Kelip-Kelip.

Kakitangan KECAP mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh YB DS Nizar ini dan tidak sia-sia lawatan DS Nizar beberapa minggu yang lalu kesini buat penduduk kg Dew yang terus diberi perhatian oleh DS Nizar ujar salah seorang staf KECAP yang juga penduduk kampung Dew. Ketika dihubungi DS Nizar berkata segala sumbangan yang disampaikan adalah kerana rasa tanggungjawap beliau sebagai ahli Parlimen yang wajar mendengar dan membantu segala permasalaah penduduk serta perlu direalisikan dengan tindakan tanpa mengira latar belakang fahaman politik.



Khamis, 19 Julai 2012

Tok mufti Perak teropong anak bulan tak kelihatan...Zambry pun tak pernah muncul

19 Julai 2012 ~ Pantai Pasir Panjang Segari : Ini entah kali keberapa aku luangkan masa ke pantai Pasir Panjang Segari untuk saksikan majlis tengok anak bulan ramadhan yang dilansungkan disini setiap tahun. Bukan saja tengok anak bulan ramadhan malah tengok anak bulan syawal pun dibuat disini yang pasti menjadi tumpuan kepada orang ramai dari kawasan sekitar dan penduduk setempat disini. 

Pada lewat petang tadi disini Tok Mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria macam biasa akan hadir dalam majlis tersebut dan ini bukanlah kali pertama atau kedua kehadiran Tok Mufti Perak kesini,boleh dikatakan beliau tak pernah mis kesini untuk majlis ini. Dalam jam lebih kurang 7:45ptg Tok Mufti Perak membuat pengumuman bahawa anak bulan ramadhan yang diteropong tidak kelihatan setelah beberapa kali diteropong oleh beliau,bermakna esok (Jumaat) tak puasalah lagi..apa pun kita kena tunggu pengistiharan dari penyimpan Mohor DiRaja katanya.

Kalau ikutkan dah anak bulan tak kelihatan maka esok tak puasa lah...tapi apa yang peliknya Zambry Kadir MB Perak tak pernah hadir dalam majlis ini walaupun sekali sepanjang majlis berlansung disini,sedangkan ini majlis besar Majlis Agama Islam bagi negeri Perak dan jarak dari Pulau Pangkor taklah jauh. Adakah tak standard bagi Zambry atau hanya majils kepartian saja yang Zambry nak datang atau Zambry takut nak datang Pasir Panjang Segari ini kerana didakwa ada isu pencerobohan tanah hutan rizab tahap 1 dilakukan kroninya sendiri yang bakal memusnahkan habitat pendaratan penyu bertelur dipantai ini? Apapun ketidak munculan Zambry Kadir dalam setiap kali majlis tengok anak bulan disini memang sudah dirasai rata-rata penduduk disini dan ada suara orang kampung disinu kata Zambry mana mau majlis keagamaan ini..dia hanya muncul kalau ada pemimpin UMNO pusat turun saja. Lihatlah gambar yg sempat dirakamkan....YB Datuk Najmudin mungkin dijadikan penganti Zambry kesini...apa mungkin Kazim pun boleh jadi ganti Zambry...hahaha

Tok mufti tiba ke Baitul hilal Segari bersama beberapa VVIP kenamaan Perak

Ceramah dan penerangan disampaikan sebelum pencerapan anak bulan  dilakukan. Ceramah ramadhan disampaikan oleh Datuk Najmudin Adun Batu Kurau

 

Rabu, 18 Julai 2012

Manusia bertanduk diMalaysia rupanya seorang OKU

Bukti bergambar Orang Kuat UMNO (OKU) ada tanduk dikepala dirakam  baru-baru ini...hahaa..
Bini rambut terjojol....Najib ada tanduk terjojol...kah..kah...

Esok sorang lagi artis wanita serah borang PAS - Hairie Othman

Siapakah artis tersebut...??
Adakah Ning Baizura atau Mak Ning radio Sinar...?!


Ning Baizura naik angin sebab gambarnya bertudung disiarkan...

Beberapa hari lalu didada media saitek tanahair ada desas desus beberapa artis wanita DIDAKWA,DIKATAKAN  atau DILAPORKAN AKAN  sertai PAS.....jadi tersiarlah gambar artis wanita  yang dimaksudkan dengan berpakaian sopan seorang Islam...tak kan nak masuk PAS di siarkan gambar terjojol rambut,berwarna macam pelangi dengan pakaian artis wanita bollywood tengah menyanyi dalam hujan....hahaha... Itu nak join UMNO boleh la cik kak oi.... Sebab ikon wanita UMNO pun rambut terjojol....hahaha..

Aku pun ada siarkan dalam blog orangni beberapa hari lalu, aku pun tidak tulis kata Ning Baizura nak masuk PAS...aku tulis Ning Baizura kemungkinan masuk PAS sebab tersiar gambarnya yang nampak bertudung...itu je...hehehe...

Tapi hari ni dalam tweeter Ning Baizura macam naik angin je...hahaha...
Dia tuduh PAS fitnah dia masuk sertai PAS...mana ada cik kak Ning oi.....
PAS tak kata camtu...cuma PAS sentiasa doakan para artis yang ada ditanahair ini kembali kejalan Islam yang sebenar...
Tersiar gambar pakai tutup aurat tu kira bagus la.... kalau betul dah pun pakai tudung Alhamdullilah dan kalau nak sertai perjuangan Islam setelah insaf dan timbul kesedaran kira bonuslah...hahaha...

Apapun Kak Ning janganlah bikin angin kalau orang lain harapkan yang terbaik untuk diri kita....


Selasa, 17 Julai 2012

Tema Hari Kemerdekaan: Janji Ditepati, Patriotik atau Politik UMNO BN

Sambutan Hari Kemerdekaan tanahair kita tahun 2012 bagi kali ke 55 ini dicemari dengan tema yang jelas dipolitik-kan lagi UMNO BN. Apa wajar slogan yang amat jelas diagendakan penuh dengan politik UMNO BN diraikan oleh seluruh rakyat ini yang sudah ramai tahu segala isi kandung politik UMNO BN yang penuh tipudaya untuk puak kroninya. Wajarkah rakyat kibar bendera tanahair bagi menyahut agenda politik busuk UMNO BN yang seperti tumpang sekaki untuk raih sokongan dalam kemeriahan rakyat nak sambut hari kemerdekaan?

Aku tertarik dengan artikal dibawah ini yang aku copy dari Blog Nurul Azah DSAI yang menyentuh mengenai tema hari kemerdekaan ini beliau anggapkan Janji Ditepai Prinsip Dimungkiri:

Kontroversi pengumuman Perdana Menteri bahawa tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Janji DiTepati’ yang dipinjam terus daripada cogankata kempen BN telah menimbulkan beberapa andaian para penganalisa politik.

Pertama, kerajaan bangkrap idea. Nampaknya bukan sahaja hutang negara hampir bangkrapkan kita tetapi khazanah perbendaharan kata ‘dua perkataan’ itu mencerminkan kerajaan sudah muflis tema yang seharusnya menyatukan dan bukan memecah-belah perayaan kemerdekaan milik kita semua.

Kedua, kerajaan keliru status Hari Kebangsaan sebenarnya milik rakyat dan bukan semata-mata hak mutlak BN. Kemungkinan setelah 55 tahun memerintah, keangkuhan dan jerebu minda telah mengabur makna dan erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Ketiga, kerajaan terdesak menjaja tafsiran ‘Janji DiTepati’ sebagai umpan psikologi agar rakyat rasa terhutang budi di atas pemberian jalanraya, sekolah, BR1M dan sebagainya – yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan serata dunia.Walau bagaimanapun, pada hemat saya Janji apa yang diTepati yang dimaksudkan sepatutnya adalah Janji Kemerdekaan yang masih belum tertunai.

Janji yang dimaksudkan kerajaan lebih merupakan tanggungjawab asas yang wajib dilaksanakan oleh sebuah kerajaan, bak bapa yang wajib menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan dan nafkah untuk keluarganya dan tidak perlu dibalut dengan konsep Janji.Tanggungjawab atau dalam fahaman kerajaan iaitu ‘Janji’ pembangunan seperti membina jalanraya dan sekolah, memberi perkhidmatan kesihatan, keselamatan, pertahanan dan sebagainya adalah perkara asas yang semua kerajaan di dunia wajib tunaikan.Tetapi yang mesti kita persoal adalah mengapa ‘Prinsip diMungkiri’.

Maksud saya di dalam menunai ‘Janji’ membina jalanraya, mengapa ‘Prinsip Telus dan Berhemah’ dimungkiri apabila lebuhraya diswastakan dengan jaminan keuntungan melalui tol atau pampasan tol diserahkan kepada syarikat-syarikat kroni. Konsesi-konsesi tol ada terikat hingga ke tahun 2038 dan hasil kutipan pada tahun 2010 contohnya adalah sebanyak RM2.6 billion. Malang, yang sepatutnya di’Janjikan’ kepada rakyat pula di’Janjikan’ kepada kroni.‘Janji’ menyediakan bekalan elektrik pula melanggar prinsip ‘Rakyat Didahulukan’ apabila perjanjian IPP yang berat sebelah sehingga Petronas dianggarkan menanggung kerugian sebanyak RM21 billion setiap tahun dan rakyat terpaksa menanggung kos dari caj kadar elektrik sedangkan Syarikat Pengeluar Elektrik Bebas terlepas dari menanggung kenaikan harga bahan api seperti gas dan arang batu. Jalan yang diambil adalah dengan menghukum rakyat, apabila tarif elektrik dinaikkan supaya kenaikan harga bahan api ditanggung rakyat.

Pihak kerajaan tidak dapat berselindung dan cuba menenangkan rakyat dengan mengambil langkah kononnya memotong subsidi korporat.‘Janji’ transformasi ekonomi menjadi temberang apabila unjuran pertumbuhan KDNK tersasar jauh. Kaedah permainan nombor dengan memanipulasi jumlah hutang negara yang tidak termasuk ‘Contigent Liability’ iaitu liabiliti luar jangka yang akan meninggalkan kesan terhadap angka-angka sebenar. Perubahan tahun dasar atau base year baru-baru ini untuk statistik ekonomi negara daripada tahun 1980 kepada 2005 yang menampakan ‘kenaikan’ pencapaian pertumbuhan GNI daripada RM498.5b (2005) kepada RM661.8b (2009) adalah silap mata dengan menyembunyi perkara sebenar.Kadar defisit fiskal yang dihadapi negara pada 2011 berdasarkan KDNK dianggar sebanyak 4.8% dan defisit belanjawan telah berlaku selama 15 tahun sejak tahun 1997 di mana hutang kerajaan meningkat dari RM89b kepada RM470b hingga Mac 2012.

Kerajaan pusat pula meminta belanjawan tambahan sebanyak RM13.8b tahun ini, dan jumlah itu bakal membuat kedudukan ekonomi negara semakin tenat.‘Janji’ transformasi perkhidmatan awam yang pada awalnya diberi nama SBPA terkandas apabila kenaikan gaji yang hanya dijanjikan kepada golongan atasan dikecam hebat oleh golongan terbanyak yang dipinggirkan merupakan satu ketentuan bahawa apa yang pasti adalah janji flip-flop.‘Janji’ reformasi demokrasi yang dibuat pada Hari Malaysia 2011 untuk memansuhkan ISA, Akta Buang Negeri 1959, Akta Kediaman Terhad 1933, serta mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan juga Seksyen 27 Akta Polis 1967, hanya separuh yang direformasikan di mana ciri-ciri dasar anti-demokratik undang-undang lapuk masih dikekalkan seperti ISA yang di-SOSMA-kan melalui penindasan yang lebih teruk akan dihadapkan kepada rakyat dan bakal merampas hak rakyat untuk bebas bersuara dan berkumpul berdasarkan perlembagaan.‘Janji’ reformasi pilihanraya telah diputarbelit hingga membuat perut rakyat sembelit dek kegagalan memastikan pilihanraya adil dan bebas.

Tindakan kerajaan membantah secara rasmi diplomat negara jiran menjadi pemerhati Bersih 3.0 yang adalah tugas biasa para diplomat, membayangkan hasrat kerajaan untuk menghalang pemerhati antarabangsa untuk PRU13 kelak. Rakyat dimomok kononnya ia adalah gangguan asing terhadap urusan negara.

Hujah yang sama diguna oleh kerajaan Israel yang menghalang diplomat asing memerhati ‘jenayah’ sebuah rejim kejam di bumi Palestin. Nampaknya rejim BN yang sering mendabik dada kerana Malaysia adalah “Negara Demokratik Terbaik Dunia” hanyalah satu slogan dari seorang Demokrat Palsu yang makin dikenali dunia.Oleh itu, kita berhak menuntut kerajaan menunaikan Janji Merdeka dan tidak berkiblatkan ideologi politik serta propaganda yang bermegah diri, sombong dan dibutakan keinginan untuk terus berkuasa.

Akhir sekali, janji hanya tinggal janji menjadikan tema ‘Janji DiTepati’ sebagai janji kosong yang memungkiri pelbagai prinsip demokrasi.Oleh itu adalah lebih tepat lagi bertanya: untuk siapa ‘Janji DiTepati’?

(Pertama kali disiarkan di Sinar Harian pada 3 Julai 2012)


Kempen Kibar Jalur Gemilang serlahkan kebodohan UMNO BN Perak

17 Julai 2012 ~ Kuala Kangsar Perak: Berlansung konon-nya kempen kibar jalur gemilang perinkat negeri Perak...kempen kibar bendera Malaysia la tu...hahaha... Dalam majlis yang dilaksanakan di Arena Square Kuala Kangsar ini dapat dilihat kebodohan seorang menteri UMNO dan seorang menteri besar...walaupun mereka berdua ada gelaran Dr. tapi disebabkan jadi orang kuat UMNO...kebodohan mereka kini semakin jelas dan terbukti apabila diliat Dr Zahid Hamidi memakai topi berlogokan dacing senget dikepalanya diatas pentas majlis berkenaan. Begitu juga Zambry Kadir yang hanya mampu tersenggeh melihat gelagat Menteri Pertahanan tersebut yang terbukti menyerlahkan kebodohan mereka berdua...haha..

Perkara sebenarnya Kempen kibarkan jalur bendera ini tidak ada kena mengena dengan politik,sebab ianya suatu majlis kempen untuk sambut hari kemerdekaan yang bakal tiba nanti,jadi memang tak boleh,tak patut dan tak wajar dimasukan agenda politik dalam majlis ini. Tapi apa yang dilihat di Kuala Kangsar semalam membuktikan Zahid dan Zambry mempolitikan majlis tersebut dengan jelas....dah tu diangkut budak2 sekolah ke majlis tersebut.

Tersenggeh Zahid dengan topi logo BN diatas pentas majlis kempen kibar jalur gemilang disambut dengan senggehan Zambry...hahaha...

Budak2 sekolah dipaksa turut sertai majlis berunsur politik peringkat negeri Perak....petanda Umno bn Perak udah thumpo haoup kate orang Perak....hahaha...

Isnin, 16 Julai 2012

OCPD Taiping muka asam dengan DS Nizar sebab Dato Fauzi tak datang?

Berikutan kejadian yang dirakam oleh lensa kamera Media Perak dihadapan kem tahanan kemunting (KEMTA) pada 15 Julai yang lalu yang mana menampak-kan riak wajah OCPD yang seruis tanpa senyuman ketika disalam oleh DS Nizar ketika selesai perhimpunan bantah ISA berkemungkinan besar disebabkan Tuan OCPD Taiping kechewa sebab mantan Bos JSJ tidak hadir pada perhimpunan tersebut.

Ini andaian aku je...hehehe... Apapun kita sama-sama tunggu respon Dato Fauzi Shaari mengenai isu yang berlaku...soalan yang wajar ditanya kepada Fauzi ialah "Wajarkah pegawai tinggi seperti OCPD bersikap tidak mesra pelangan...bahkan dengan seorang ahli parlimen..?" Sama-sama kita tunggu jawapan dari beliau...hahaha....







OCPD Taiping dengan tangan menyeluk poket serta wajah serius tanpa senyuman ketika disantuni Datuk Seri Nizar ahli Parlimen Bukit Gantang.......mahal sangatkah senyuman beliau...hahaha....mungkin mantan Boss JSJ ada jawapanya...haha

Siapa Zainal ahli UMNO calon BEBAS di Kuala Sepetang..?

Macam-macam gaya dan cara UMNO di Perak nak bermain politik nakal dan kurang cerdik mula dikesan di beberapa Parlimen dan DUN.

Terbaru dilaporkan seorang ahli UMNO dari Kg Expo Kemunting Taiping bakal meletakan diri sebagai calon BEBAS di DUN Kuala Sepetang didalan Parlimen Bukit Gantang,nama yang disebut dari sumber yang dinyatakan dari ketua UMNO Cawangan Aulong Sdr Azmi Utar didakwa mengesahkan rakan-nya tersebut yang juga bekas pekerja kementerian kesihatan berminat untuk mencalonkan diri sebagai calon Bebas di Kuala Sepetang agar terdapat persaingan 3 penjuru disitu yang mana dijangkakan PKR akan kekal bertanding dengan tentangan dari GERAKAN dan Zainal ini akan masuk sebagai calon bebas semata-mata untuk pecah undi melayu disitu bagi memenangan calon GERAKAN....tak ubah kerja jahat mengacaulah ceritanya...hehehe...

Dimaklumkan juga bakal berlaku juga beberapa kerusi di Perak akan diperlakukan sedemikian oleh UMNO BN (letak calon bebas) dalam agenda nak kekal kuasa UMNO BN di Perak yang dilihat tipis untuk UMNO BN menang....melainkan main tektik kotor...hahaha...

Hot..!!! Artis lelaki ni suka meminta-minta sejak sertai PAS...?

Leman Raja Lawak... Siapa tak kenal Leman Raja Lawak..???
Mungkin Obama je yang tak kenal Si Leman RL ni...hahaha...
Sejak dua menjak kebelakangan ni Leman begitu laris diundang ceramah di atas pentas PAS...
kehulu kehilir Leman berceramah dengan wajah yang sikit je hensemnye...hehehe.... 

Jeng..jeng...jeng..!!!
Ini aku nak dedahkan sikap,perangai atau tabiat Leman yang rupanya amat suka meminta-minta....
Leman bukan minta makan atau minta kawin atau minta jadi calon dalam PRU...
Leman suka sesangat minta DUIT rupanya.....!!! Ha..!! Minta duit...??

Tapi aku suka apa yang Leman minta tu....hahaha.....
Sebab dia hanya minta kat Najib dan Yb-Yb UMNO didalam posting facebooknya....kah..kah..kah.... .
Aku sokong 108% Leman RL minta duit dari Najib dan Yb UMNO untuk melancarkan perjalananya bagi menghancurkan UMNO BN....hahahaha...

Ini bukti Leman Raja Lawak suka meminta-minta...hahaha....


Klik imej untuk lebih clear permintaan Leman Raja Lawak...hahaha...

Terkini..!!! Rosmah tersenarai lagi didalam bajet 2013 dari Najib

Sesiapa nak hantar cadangan sila-lah ke tweeter Najib...kot-kot dia mau dengar...hahaha...

Tak lama lagi bajet 2013..
Ramai kata ini bajet gula-gula PRU13 dari Najib yang terakhir...
Najib konon-nya tanya cadangan rakyat...hahaha...
Saya hargai cadangan anda...tweeter dari Najib...hihihihi...
Respon pertama... Suruh rosmah berhenti shopping dari menghabiskan duit rakyat tak tentu arah....kah...kah...kah...
Agaknya didengar tak cadangan tu...hahaha...atau tersenarai juga habuan buat Rosmah dalam bajet 2013..?

Ahad, 15 Julai 2012

Parlimen Taiping menu lazat idaman UMNO BN Perak

Risalah jahat UMNO yang bakal ditaburkan kepada rakyat dikatakan bertimbun dipejabatnya

Sejak kebelakangan ini para pemimpin tertinggi UMNO BN amat kerap ke Taiping, mereka macam seperti sentiasa jalan-jalan cari makan kat Taiping,kejap kejap datang,kejap kejap datang Taiping..cari makan untuk politik UMNO BN...hahaha... Macam2 program berstatus negeri dan kebangsaan di buat di Taiping.. Ziarah For Peace,Hari air kebangsaan,Jelajah Janji di Tepati dan lain-lain lagi semuanya di Taiping,itu tak termasuk program negeri dan setempat..hinggakan nak rasmi sebuah hotel di Taiping dan majlis pecah tanah bangunan UMNO diTaiping pun Muhyiddin sanggup datang. Tersengeh-sengeh muka Zambry dan para orang kuat UMNO diTaiping suka dengan kekerapan kehadiran Najib dan Muhyiddin ke Taiping yang akhirnya segala agenda mengapa Najib dan Muhyiddin kerap datang Taiping terbongkar.....

Rupanya sasaran utama UMNO BN negeri Perak dalam mengekalkan kuasa di Perak ialah dengan memenangi Parlimen Taiping yang dikuasai DAP sekarang,khabarnya MP Taiping sekarang ini (DAP) dianggap oleh Zambry menjadi kuasa besar dalam Pakatan Rakyat Perak,itu anggapan Zambry rupanya....hahaha. Jadi UMNO BN Perak sudah mula mengatur gerakerja politik yang mensasarkan Parlimen Taiping mesti dimenangi UMNO BN yang dikatakan akan diberi kepada GERAKAN untuk bertanding pada PRU 13 akan datang.

 Dikhabarkan beribu risalah propaganda jahat untuk menghentam DAP Taiping sudah berada di pejabat-pejabat UMNO Taiping untuk diedarkan kepada rakyat di Taiping.... UMNO Taiping dah jadi balaci nyonya GERAKAN....hahaha....termasuklah blogger upahan UMNO Taipingmali sudah mula berkerja untuk GERAKAN....hahaha... (Cikgu Najmi...ada olang kata mau jadi calon pencen nanti...sikit masa lagi kita ada celita..ooo...hahaha..)

Jika selama ini UMNO memfitnah PAS menjadi kuda tungangan DAP..tapi kini yang jelasnya UMNO menjadi keldai suruhan GERAKAN diTaiping...mengapa tak letak calon UMNO diTaiping..? Aku dapat tahu Datuk Shalimin SU politik Zambry menolak bertanding jika bertanding kat Taiping sebab dia tak mahu tempat tak selamat...hahaha...nak selamat bertanding kerusi pengurus zoo Taiping la...hahaha... 

Berbaju hijau....Taipingmali mungkin sedang sibut posting cerita terbaru dimajlis pecah tanah oleh TPM diTaiping baru baru ini