Pengikut

Rabu, 19 Februari 2014

Mufti Perak akan sertai demontrasi di Ipoh esok...?

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAS PERAK SOKONG MUFTI PERAK


Dewan Pemuda PAS Perak menyokong pendirian Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang Kassim Ahmad.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Perak:-


1. Merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana berani bersuara berkaitan isu agama tanpa takut walaupun melibatkan pimpinan Negara. Diharapkan beliau lebih konsisten dan istiqamah dengan pendirian beliau untuk isu-isu mendatang terutama yang menyentuh sensitivity agama Islam.


2. Merasa hairan dengan sikap beberapa pihak yang sering lantang dalam isu agama tiba-tiba diam membisu. Adakah kerana isu ini datangnya dari Mantan Presiden Umno maka mereka ini amat takut untuk bersuara


3. Menegaskan bahawa isu ini adalah isu berkaitan aqidah dan sepatutnya pihak berkaitan tidak memandang remeh tentang isu ini. Seharusnya pihak berkenaan sewajarnya bersama-sama umat Islam menyokong kenyataan Mufti Perak.


4. Menuntut pihak kerajaan dan JAKIM khususnya agar mengambil tindakan segera terhadap Kassim Ahmad yang sekian lama bergerak bebas menyebarluaskan pemikiran songsang ini sehingga ianya dijadikan satu wacana pemikiran dan dirasmikan pula oleh Mantan Perdana Menteri. Adakah pihak kerajaan dan JAKIM kecut perut dengan Kassim Ahmad sehingga tiada tindakan diambil


5. Dengan segala hormat dan sukacitanya Dewan Pemuda PAS Perak menjemput Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria serta NGO-NGO untuk bersama-sama umat Islam turun berdemontrasi esok 21hb Februari 2014 di lapangan Masjid Negeri membantah ucapan Kassim Ahmad dan sokongan Tun Mahathir Mohamed kepada Kassim Ahmad




AKMAL HJ KAMARUDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Bertarikh : 20 Rabi’ul Akhir 1435H bersamaan 20 Februari 2014

-----------
# Apa mungkin ada kelapangan dan keberanian Tan Sri Mufti Perak sertai demontrasi esok..? Sama-sama kita hadir ke lokasi perhimpunan esok...Orangni nak salam dan ucap tahniah kat Tok Mufti jika beliau hadir.
Sumber : http://peraktoday.com.my/?p=155936
Diharap para konon-nya NGO yang sokong Tok Mufti Perak hadir sama untuk nyatakan sokongan bantahan terhadap  Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang Kassim Ahmad....

Gambar Tun Dr Mahathir yang menghairankan dan mengejutkan Tan Sri Harussani Zakaria tersebar..?

Tun Mahathir mesra bersama Shah Rukh Khan dengan rambut berwarna-warni..macam atuk dan cucu...tak terkejut dan hairankah Tan Sri Mufti...? hahaha...
Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=707902902574965&set=a.116532778378650.11616.100000657861545&type=1
Keratan kisah Tok Mufti yang hairan baru-baru ini...

Gambar ini mungkin menjawap persoalan mengapa Tun Mahathir telah menyebabkan Tok Mufti UMNO Perak jadi saja-saja hairan...hahaha....

........................


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia sedang menunggu apa reaksi pemimpin Umno dan golongan agamawan yang menjadi pengampu Umno bersuara mengenai penghinaan Dr Kassim Ahmad terhadap Nabi Muhammad SAW. 

“Apakah hina Nabi SAW tidak mengapa, yang perlu marah apabila menghina pemimpin Umno,” tanya Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, gelagat awpenyokong mereka seperti orang dirasuk histeria apabila ada orang menghina pemimpin mereka sehingga ada tawaran RM1,200 untuk sesiapa yang berani menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan menyembelih ayam yang dilumur darah ayam seperti orang yang hilang pedoman.

“Apakah kerana Kassim berucap pada seminar yang dirasmi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita kenal sikap beliau terhadap Islam, apakah pemimpin takut dengan Tun Dr Mahathir? 

“Apakah kerana Kassim Ahmad merupakan ahli Umno, maka dia kebal dan bebal?” tanya beliau lagi.

Tambahnya, atau pun memang isu itu dibiarkan supaya menjadi polemik dan rakyat lupa isu kenaikan harga barang.

Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, jika isu Syiah diserang secara terbuka dan hendak diambil tindakan sehingga ke lubang cacing sehingga sanggup mengaitkan pemimpin PAS dengan Syiah.

Begitu juga, katanya jika isu penggunaan nama Allah laporan polis dibuat di seluruh negara untuk menunjukkan Umno pejuang kesucian Islam. 

“Mengapa pula hina Nabi SAW mereka diam seribu bahasa. PAS sebagai sebuah parti Islam tidak reda sama sekali dengan keadaan yang berlaku, beberapa nota bantahan sudah dihantar dan siri demonstrasi sudah berjalan,” ujarnya. 

Tegas beliau, bagi rakyat yang cintakan Islam dapat melihat inilah wajah sebenarnya Umno mengenai Islam.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/25824-isu-syiah-ke-lubang-cacing-bagaimana-umno-dengan-kassim

Selasa, 18 Februari 2014

Hospital Taiping Sarang Nyamuk Pakatan Rakyat Sejak 1990..???

Keretan Blog Kangkong Longkang Umno munafikun Taipingmalaun
Dah nama blogger UMNO Munafikun....walaupun berkerja sebagai guru disekolah kebangsaan Palma Kemunting Taiping tapi tahap kedungguan mereka tak dapat di elak-kan...hahaha...
Hospital Taiping banyak nyamuk pun nak di-kaitkan dengan warga hospital yang dituduh pro-pembangkang atau pun Pakatan Rakyat, yang bahlolnya admin blogger TaipingMali ataupun Cikgu Najmee Curut ni mengatakan nyamuk dihospital Taiping dah banyak sejak anak pertamanya lahir dalam tahun 1990....masa tu ada dah ke PR..?? 

Bahlol tahap kangkong dalam longkang punya ayat dari seorang guru...hahaha..

Dah tak ada isu nak sentuh..hahaha...Lepas ni isu banyak tikus kat bandar Taiping sejak sejarah keretapi pertama tanahair di Taiping pun akan dikatakan berpunca dari mereka yang pro-pembangkang...kah..kah...kah....

Tajuk selepas ini: Sekolah Palma pun banyak nyamuk dan tikus...hahaha....