Pengikut

Sabtu, 16 Mac 2013

Vokalis Freedom That's Gone (FTG) Sertai PAS


KUALA LUMPUR 17 MAC: Penyanyi FTG, sebuah kumpulan thrash metal tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan secara terbuka.

“Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial,” katanya yang menerbitkan 12 album bersama FTG.
FTG atau Freedom That Gone (Kebebasan Yang Hilang) bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.

Selain Tajul, pemain dram, Zul dan pemain bass, Mie dari kumpulaan sama juga mahu menyertai PAS kerana menyokong perjuangan perubahan politik di negara ini.
“Cuma mereka tak dapat hadir,” kata Tajul sambil tekad untuk meneruskan perjuangan menerusi lagu dan lirik.

“Rezeki di tangan Tuhan. Saya akan terus menyanyi,” katanya yang tidak bimbang terhadap kemungkinan ‘sekatan kerajaan’ dan bercadang membantu kempen Pakatan Rakyat pada PRU 13..- sumber FB
.................................

Orangni : mau cerita sikit pasal kumpulan thrash metal FTG ni.....
Pertama kali FTG keluar full album berbahasa melayu tajuk 
dia "Aku Tak Peduli". 

Masa tu Orangni rasanya dalam tingkatan 4.  Dalam tahun 1998. 
Jadi untuk melengkapkan hajat tu, Orangni  pernah tak makan 
beberapa hari dekat sekolah dan bila kaset tu dah dekat tangan 
memang habis hati la....(Zaman Jahiliah Orangni...hehehe...)

Tapi kini Alhamdulillah....kaset FTG tu masih ada dalam 
simpanan Orangni dan khabar yang gembira apabila 
dilaporkan vokalis FTG turut sama dalam perjuangan PAS.

Jom layan FTG "UMNO Jahanamkan Negara..!!!!!": http://www.youtube.com/watch?v=ej4w3-S8Lag&feature=youtu.be

UMNO Jadi Sasau Kerana Jejantas Brazil

Jejantas Vale Brazil di Bandar Seri Manjung
Bumbung jejantas berwarna hijau..bikin UMNO Lumut  sasau
Jejantas Vale merintasi antara Fasa 2C dan SK Seri Manjung telah siap dengan bumbung berbentuk daun pisang simbol pekerjaan rakyat Brazil
Menurut sumber mengatakan  warna hijau bentuk daun pisang dipertikaikan warnanya oleh ahli UMNO BN di Lumut, mereka jadi sasau dengan warna hijau pada bumbung jejantas ini.- FB

............................................
Orangni: Sungguh banggang dan bahlol, UMNO macam nak tukar hukum alam kejadian Yang Maha Kuasa...mana ada daun pisang warna biru....hehehe.....


UMNO Sakit Tersepit Sendirian

Mengapa Orangni mengatakan UMNO sakit tersepit sendirian..?

Mengapa Orangni menjangkakan UMNO bakal sendirian dalam menghadapi PRU-13 nanti..?

Kerana kalau kita semua lihat pada  komponen lain dalam BN sekarang ini sudah sampai ke tahap lepas tangan,duduk diam mungkin terbaring diam macam pesakit di wad ICU. 

Kompenan lain dalam BN dilihat juga macam dah jangkakan harapan untuk BN sebagai kerajaan memerintah dengan sokongan melebihi 2/3 majoriti sudah tiada harapan. 

Sebab itulah dikatakan UMNO sekarang tinggal bersendirian dalam menjalani kempen untuk PRU 13 nanti. 

Rakan utama MCA dan MIC dalam erti komponen terbesar dalam BN sudah hilang bentuk dan arah. Kaum Cina realitinya sudah jelas diseluruh tanahair menolak MCA secara total. 

Kempen MCA sendiri masih tidak nampak bergerak hanya segelintir amat kecil  bergantung harap kepada UMNO mungkin kerana sekelumit kepentingan peribadi. 

Begitu juga keadaan kempen dalam MIC ,hanya nampak pergerakan MIC kalau ada program UMNO, MIC seperti kompenan sakit dan cacat sekarang yang tidak mampu bergerak langsung secara sendirian dan terpaksa bergantung harap pada UMNO juga. 

Sebagai contohnya ialah segala isu politik yang tercetus atau dicetuskan, pembabitan berkaitan menjawap atau mengunakan isu tersebut didalam BN hanya di riuh rendahkan didalam UMNO saja,komponen lain sunyi sepi tidak ambil bahagian.

Perkara sebaliknya didalam Pakatan Rakyat,sesuatu isu yang timbul akan di gunapakai sebaik mungkin oleh PAS,PKR dan DAP secara bersama.Fitnah dijawap bersama dan berkempen naik sepentas yang sama dan sebagainya. Ini semua tidak berlaku didalam BN sejak dahulu dan kini.

Pakatan Rakyat diibaratkan seperti sekumpulan pemuzik yang nampak simple tapi lengkap dalam penampilan dan persembahan yang hebat kepada rakyat,sedangkan BN sekarang seperti sekumpulan okestra yang pemain muziknya nampak macam ramai ,tapi tidak berfunsi hampir 99% dalam persembahan,bunyi iramanya cacat dan menyakitkan telinga rakyat. 

Politik dalam BN sekarang hanya bergantung kepada UMNO saja ,kepada saki-baki serta daki dari kaum Melayu. 

Sedang dalam PR undi menyeluruh berlaku gabungan undi Melayu, Cina dan India seakan terbentuk dan bertambah hari demi hari.

Khususnya kepada Cina dalam DAP yang menyokong kuat perjuangan kaum Melayu didalam PAS dan PKR sebaliknya gagal dilakukan oleh MCA dan MIC.

UMNO sakit tersepit dan  komponen dalam  BN yang lain juga tersepit tapi mereka tidak sakit sepertimana UMNO sakit tersepit.- Orangni

  

Jumaat, 15 Mac 2013

Terkini..!!! 6 Tokoh Imam Muda sertai PAS [ Bergambar ]


Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Hussin mewakili 6 tokoh Imam Muda sedang berucap dipentas  Xpresi Ulama Muda Haraki 

16 Mac 2013: Gunung Semanggol Perak -- ‎6 Tokoh Imam Muda menyata dan mengisytiharkan sokongan mereka kepada Parti Islam Se Malaysia PAS di pentas Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol Perak.

Ianya diisytiharkan oleh Datuk Dr Khairudin Aman Razali at Takiri selaku Setiuasaha Dewan Ulama PAS Pusat.

Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Hussin mewakili 6 tokoh Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam ini sehinggalah bumi Allah swt dapat diimarahkan dengan syariatnya.

Pilihanraya Umum ke 13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

6 Tokoh Imam Muda yang tampil secara terbuka mengisytihar sokongan mereka kepada perjuangan ini ialah :

  • 1. Ust Mohd Fakhrurrazi b.Hussin (IM Fakhrul)
  • 2. Ust Khairul Azhar b.Ghazali (IM Azhar) 
  • 3. Ust Abdul Fattah b. Riddzwan (IM Fatah) 
  • 4. Ust Syed Faris b.Syed Roslan(IM Faris). 
  • 5.Ust Megat Mohd Zahid b.Megat Azmuddin(IM Megat) 
  • 6.Ust Fakhrulrazi b.Ibrahim ( IM Ar Razi)
Iman Muda Bersama PAS
dan insyaAllah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongannya kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama. - Sumber FB
.......................................
OrangniTahniah kerana menyertai perjuangan Islam (PAS). Persoalan-nya kenapa (kebanyakan) individu  yang celik agama memilih  PAS sebagai wadah perjuangan...? Soalan mudah yang subjektif untuk dijawap....

Orangni berharap Ustaz-ustaz,Tok-tok iman,JKKK dan sebagainya yang masih bersama dalam UMNO janganlah malu-malu dan segan untuk membuat perubahan dalam sokongan politik tanahair ini...

Marilah bersama laungkan...Takbir...!!!!!!!....Takbir...!!!!!!!....Takbir...!!!!!!!.... Allahuakbar..!!!

Cabar..!!! "Jika berani sila lah turun" - Unit Amal Bukit Gantang Buat Laporan Polis

Laporan Polis dari Unit Amal Bukit Gantang
 16 Mac 2013: Bukit Gantang -- Berikutan penulisan sebuah artikal dari laman portal Perak Today  bertarikh15 Mac 2013 bertajuk " 61 Laporan Polis Membantah Kehadiran Anwar Ke Kemunting" yang boleh diklafikasikan sebagai ugutan dan fitnah jahat terhadap Unit Amal bagi Kawasan Bukit Gantang,maka pada petang semalam 15 Mac 2013 satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Simpang Taiping Perak .

Sdr Zainuddin B. Zainon (Gambar Kecil) selaku Komandan Unit Amal Bukit Gantang bersama beberapa anggota Unit Amal telah ke Balai Polis Simpang bagi tujuan tersebut.

"Saya amat hairan dan pelik dengan ugutan dan fitnah jahat dari mereka yang membuat tuduhan mengatakan Unit Amal akan dicabar sekira hadir dalam program DSAI di Kemunting dengan mengatakan "Jika berani sila lah turun",sedangkan Unit Amal Bukit Gantang tidak terlibat langsung dengan program yang mereka bantah,maka saya rasa bertanggunjawap untuk membuat laporan polis kerana perkara ini serius" - Ujar Zainuddin.

Zainuddin juga menjelaskan bahawa Unit Amal bukanlah kumpulan samseng,ianya adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk kerja-kerja amal bagi semua pihak, cabar mencabar yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawap amat dikesali. Penugasan anggota Unit Amal dalam menjaga keselamatan dalam sesuatu program dilakukan dengan niat iklas bukan mencetuskan huru-hara sepertimana yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap. 
"Tindakan undang-undang susulan terhadap penulis artikal tersebut  mungkin kita (Unit Amal) akan ambil sekira perlu dalam masa terdekat" - Ujar Zainuddin lagi.



Gempar..!!! Tanahair Bakal Dilucahkan Lagi Dengan 12 Gambar Terbaru Aksi Lucah Mirip DS Anwar

Masa depan anakbangsa tanahair bakal dilucahkan lagi..!!!!!

Sebuah blog baru yang diberi nama Aksi Si Raja Goyang, telah diwujudkan. 

Dipercayai laman blog ini dibuat semata-mata untuk melancarkan siri fitnah terbaru kepada DSAI.

Artikel pertamanya , 14/3/2013 yang mendapat hits sebanyak 19,339 pengunjung bertajuk "3...2...1... Action!!! (Part I)" telah memaparkan gambar-gambar "night vision" yang berbentuk hitam putih.

Gambar-gambar berkenaan mengambarkan seorang lelaki yang mungkin bakal dikatakan mirip Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang lelaki lain. 

Gambar ini mungkin "Mega Fitnah" sebelum PRU dari Syaitan yang dikenali


Orangni percaya dan yakin tanahair ini bakal dilucahkan lagi  dengan fitnah oleh puak Syaitan Yang dikenali dengan kerjasama pihak media massa arus perdana yang bakal menyiarkan berita fitnah ini seperti yang lalu. 

Tidak mustahil beberapa ketika nanti tangan Syaitan yang dikenali akan sebarkan video berkaitan untuk tujuan mega fitnah sebelum PRU-13.


Apa Dah Jadi..!!! Program UMNO Di Serang, Rosmah Persenda Islam

Hebatnya Kuasa ALLAH...
Mereka Serang Program Pakatan Rakyat dengan baling batu,, baling telur,,pukul dan buat huru hara. sehinggakan ada yang cedera dengan kerja-kerja dari tangan Syaitan yang dikenali.

Kita (PR) tidak pernah berdendam akan membalas semua tindakan jahat mereka,kita hanya berdoa,bersabar dan berserah kepada-Nya.

Mungkin inilah berkat doa penyokong Pakatan Rakyat, di program sebelum ini,supaya ditujukan,semoga dipertontonkan segala kejahatan UMNO BN, maka pada 15 Mac di bumi Kelantan dimana pernah berlaku isu panas dimana ribuan umat Islam yang sayangkan Islam dan tanahair mengangkat tangan berdoa semoga UMNO KO (Dibinasakan)  

Kini dihantarkan Ribut & Taufan...sehingga menebalikan beberapa khemah terangkat dan terpelanting.

Sesungguhnya Kuasa Manusia Tidak Bisa Melampaui Kuasa Allah... Hari Ini Allah Tunjukkan Pada Kita Semua... Allahu Akbar!!!

Orangni tidak mengharapkan sebarang kecederaan berlaku dikalangan ahli UMNO dalam kejadian di Kelantan hari ini tetapi memohon supaya terbuka hati mereka merenung akan perjuangan ketuanan melayu yang amat sia-sia dan seterusnya menolak UMNO BN sejauh-jauhnya....Takbir...!!!!!!
TANAH MERAH, 15 Mac --  Najib  Razak sedang menyampaikan ucapan pada Majlis Kenduri Rakyat  di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah di sini, hari ini.
Angin telah menebalikan beberapa buah khemah dalam program Najib

Berselerak: Bukan angkara samseng,tapi dengan kuasa Allah.. 

Kerusi bertaburan ada yang melayang naik ke atas khemah
Dalam ucapan Najib disini konon-nya PR tidak mempertahankan "Kalimah Allah",Najib dengan nada seorang pelawak badut menyatakan hanya UMNO BN yang mempertahankan "Kalimah Allah". Najib tidak sedar akan apa yang diucapkan kerana isterinya Rosmah pun secara terang-terang tidak mengikut suruhan dalam ajaran Islam supaya menjaga aurat.
Masih di Kelantan: KOTA BHARU, 15 Mac -- Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bertudung sopan  bersama ahli BAKTI membacakan surah Yassin pada majlis solat hajat dan bacaan Yassin kepada anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam Ops Daulat di Sabah ketika berada di 21 RAMD Pangkalan Chepa di sini, hari ini.
Masih di Kelantan: KOTA BHARU, 15 Mac -- Perdana Menteri,Haji Najib Tun Razak dan isteri Hajjah Rosmah Mansor dengan rambut terjojol beramah mesra dengan ahli keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Farhan Ruslan, anggota tentera yang terkorban di Lahad Datu, Sabah ketika berada di Masjid 21 RAMD Pangkalan Chepa di sini, hari ini. Rosmah seperti mempersenda hukum dan ajaran Islam.
Saksikan khemah Terbang di Majlis Najib



Gempar..!! 6 Ribu Bantah Kehadiran Anwar Ibrahim di Bukit Gantang Selepas Solat Jumaat

15 mac 2013-- Bukit Gantang. Lepas solat Jumaat tadi lebih kurang jam 2.15 petang seramai lebih takdak ...kurang mungkin dalam 6 ke 7  orang telah mengadakan demonstrasi membantah kehadiran DSAI ke Masjid Taman Mewah.

6 orang termasuk juruvideo,demo syok sendiri...
Dikatakan DSAI akan singgah untuk menunaikan solat Maghrib malam ni di masjid tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke program beliau.


Demo depan masjid di Taman Mewah ini Orangni tak pasti anjuran mana kerana ada orang Perkasa, ada orang Persatuan Veteran ATM dan ada orang UMNO. Kalau dicampur,tolak,kali dan bahagi...jawapanya UMNO lah semuanya...hehe..

Demo ini dipercayai diketuai  oleh seorang yang dikenali sebagai  Mej (B) Zul (Sebab dia yang bertepik lebih sangat) selain dari itu antara individu yang hadir menurut sumber mengatakan  Hj Ahmed, Hj Jamall, Abdullah Sany (AJK umno cawangan dan Pen. S/U Masjid), Pak Majit Karaoke, Aton tokey Ayam dan tak ketinggalan Ketua Kampung Kg. Rahmat En Zalie.

Mereka berdemo sambil mengangkat sepanduk dan melalut-lalut tidak keruan kerana tidak mendapat sambutan langsung dan umpama tidak diendahkan oleh orang ramai.

Akhirnya sepanduk yang dibuat dari kertas dibakar oleh mereka sendiri,mungkin sebagai tanda marah atau tanda kecewa sebab tiada sambutan.

Salah seorang jemaah yang ditemui menyatakan beliau agak keliru kerana ada antara nama2 yang disebut di atas tidak pernah berjemaah di masjid tersebut termasuklah Ketua Kampung dan boleh dikatakan kesemua nama2 tersebut tidak pernah mengikuti kuliah agama yang dianjurkan di masjid termasuk la Pen S/U tadi.

Dari bisik-bisik mereka yang terlibat dalam demo tadi juga didengari kemungkinan akan mengadakan demo lagi sekiranya DSAI telap hadir untuk bersolat maghrib.
........................................
Angka 6 ribu bantah kehadiran DSAI adalah satu angan-angan yang tidak mungkin dapat dikumpul oleh pendemo hari ini,kemungkinan tiada upah disediakan...hahaha...

Menurut maklumat terakhir program DSAI tetap dengan jadual asal.



PI Bala Meninggal Dunia: Takziah

Jumaat, 15 Mac 2013 -- PI Bala Meninggal dunia sebentar tadi dan dikatakan mayatnya kini berada di Hospital Sg Buluh

Menurut sumber dari sebuah laman blog mengesahkan ini bukan khabar angin... memang benar Pi Bala meninggal dunia..

Takziah dari Orangni buat keluarganya.

Adakah beliau di Racun berikutan keberanian beliau mendedahkan siapa yang mengarahkan Al Tantuya di Bunuh?

Kita meminta Hospital melakukan bedahsiasat samaada mendiang di racun semasa mendapat rawatan jantungnya yang tersumbat.

Malang untuk PR kali ini.. takkala kita memerulukan beliau untuk mendedahkan siapa yang arah Al Tantuya di Bunuh,satu satunya saksi hidop mendapat sakit jantung dan akhirnya tiba tiba mendapat berita beliau telah pergi buat selama lamanya..

Siapa yang tersenyum ketika ini?
Apa yang sebenarnya berlaku ?

Tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik. Beliau sebelum ini terlibat sejurus sahaja selepas menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penginapannya di Chennai, India.

"Tiga (arteri) tersumbat dalam jantung saya, sekarang saya perlu mengambil ubat," kata Bala ketika ditemui Malaysiakini di wad sebuah hospital jantung swasta di Lembah Klang semalam.

PI Bala ditampilkan dalam beberapa siri ceramah pembangkang bagi menjelaskan dakwaan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pihak yang rapat dengannya dalam beberapa peristiwa yang membawa kepada pembunuhaan Altantuya dan dakwaan penutupan kes itu.

Bala semasa hayatnya ada menjelaskan, beliau pada mulanya rasa tidak kena semasa kempen di Kota Bahru pada 1 Mac lalu sebelum mengambil ubat penahan sakit tetapi kesihatannya OK selepas itu.

Bagaimanapun keesokan harinya ketika dalam perjalan balik ke Kuala Lumpur keadaan itu kembali semula tetapi dia terus terlibat dalam program lain di Damansara.

Kesihatannya dikatakan bertambah buruk malam itu. - KG

Khamis, 14 Mac 2013

Bantah Kehadiran DSAI: Unit Amal Bukit Gantang Dicabar..!!! Jika berani sila lah turun.....

Klik imej untuk lebih jelas
Sejumlah 61 laporan polis telah dibuat pada malam ini di IPD Taiping dan Balai Polis Kamunting.  Laporan ini dibuat sebagai membantah akan kehadiran Anwar Ibrahim ke Surau Diri Jumaat Surau Istiqlal Taman Mewah Fasa II. Kamunting Perak, kawasan Parlimen Bukit Gantang.  Anwar dijadual akan menyampaikan tazkirah politik di surau tersebut selepas solat maghrib 15 Mac 2013 (Jumaat).

61 repot telah dibuat oleh pelbagai NGO sekitar Taiping dan Bukit Gantang, mereka terdiri daripada Pertubuhan Perkasa Taiping dan Bukit Gantang, Pertubuhan Belia dan pelbagai kelab-kelab yang berdaftar dengan ROS.

Penduduk Taman Mewah dan tidak mahu menerima kedatangan seorang pengkhianat negara,agama dan bangsa untuk menabur berita dusta kepada penduduk Taman Mewah.

Menurut seorang pemuda yang membuat laporan tadi memberi amaran kepada Anwar supaya tidak turun ke Taman Mewah, sekiranya berdegil beliau dan rakan-rakannya akan bertindak terhadap rombongan Anwar seperti mana yang dilakukan oleh penduduk di beberapa negeri lain. Jika Pas menurunkan Unit Amal  100 orang. beliau akan membawa 200 orang untuk berdepan dengan rombongan peliwat tersebut. Sebarang kemungkinan akan berlaku dan kali ini akan melibatkan bekas-bekas tentera yang berada di sekitar Taiping.

Jika berani sila lah turun. Beberapa Ngo India juga akan turut hadir untuk membantah kehadiran Anwar petang esok.- Sumber sila klik sini: http://peraktoday.com/?p=110714

........................
Orangni: Mereka buat laporan polis konon-nya membantah kehadiran DSAI tapi satu UGUTAN,HASUTAN DAN PENCETUS HURU -HARA telah dilontarkan oleh pihak UMNO BN..."Jika berani sila lah turun". apa tindakan Unit Amal Bukit Gantang dan PDRM dalam isu ini...????

3 Menteri UMNO "TAK MINAT LANGSUNG" jadi MB

PRU entah bila lagi tarikhnya,disebabkan ketakuatan melampau presiden umnok, Najib masih teraba-raba menilik tarikh dan masa yang tidak ditemui.

Di Perak jawatan MB sudah menjadi isu panas dalam umnok Perak, dikatakan ada perebutan,percaturan atau percakaran yang  mungkin berpunca kerana hasil rampasan kuasa dulu dan jawatan yang disandang Zambry sekarang sebagai MB dalam umnok kembali panas.

Isu Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Perak terus menjadi tajuk isu di negeri Perak, gerangan siapa yang membawa isu ini ramai mempercayai digemburkan oleh individu dalaman umno sendiri  yang suka BN negeri Perak hancur.

Naib presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Zambry Kadir akan mengekalkan jawatannya sekiranya mempertahankan pentadbiran di negeri itu pada Pilihan Raya ke-13. Macamlah dia (Zahid) ada fullpower dalam menentukan siapa pegang jawatan MB Perak..

Konon-nya terdapat usaha-usaha yang rancak dikalangan ahli umno Perak untuk melaga-lagakan pemimpin Umno di negeri seperti Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Husni Hanadzlah dan Nazri Aziz itu dengan menyatakan kononnya  Zambry tidak sesuai dan sudah tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak kalau-kalau menang dalam PRU-13.

“Ketiga-tiga kami TIDAK BERMINAT LANGSUNG untuk menjadi Menteri Besar Perak ( Boleh caye ke..?) kerana kami lebih berminat untuk membantu Menteri Besar saja,” itu kata Ahmad Zahid yang dipetik dari sebuah laman blog pro Umnok.

Orangni: Kepercayaan kepada 3 orang yang Tidak Berminat Langsung jadi MB ni di-ibarat seperti burung gagak mana yang menolak bangkai ditepi jalan?

Maksudnya: Langsung tak boleh percaya.


Saksikan....Barisan Nasional Boleh Blah

Kebencian Rakyat Semakin Kretif...hahaha...
Siapa punya kerja  ni?  dah macam logo parti payung terjun pulak..hahaha...

Rabu, 13 Mac 2013

Muhyiddin bakal disaman kerana "Huru-Hara"

~ Porak-peranda: Muhyiddin dicabar dedah dokumen ~

14 Mac 2013 KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan PR berusaha menggagalkan Pilihanraya Umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda.

“DPPM menganggap tuduhan TPM terlalu berat dan fitnah serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan Muhyiddin boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai dari kalangan masyarakat.

“Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau? “Apa akan jadi sekiranya masyarakat negara ini benar-benar mempercayai kenyataan beliau dan akan terus mengambil langkah negatif terhadap PR seperti membuat provokasi atau tindakan-tindakan ganas yang lain?” tanya Riduan.

Katanya lagi, apakah tidak mungkin terjadi kenyataan itu menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi.

Menurutnya, dalam keadaan negara sedang diancam dengan masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan sesama rakyat serta sindrom ketakutan kepada rakyat.

Beliau berkata, TPM sepatutnya berusaha mententeramkan rakyat serta memberi dorongan supaya rakyat dapat bersama-sama menyuburkan demokrasi di negara ini.

Tambah beliau, pilihanraya adalah suatu proses yang mesti disertai oleh semua rakyat dan ia pula melibatkan parti-parti politik yang bertanding bagi menentukan kepimpinan negara.

Katanya, kenyataan itu akan memberi reputasi yang buruk ke atas PR dan pemimpinnya dan menjadi kempen buruk terhadap PR serta penyokongnya.

Beliau menambah, Muhyiddin juga telah menghina jutaan rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka dengan kenyataan sedemikian.

“Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut melalui dokumen yang dipercayainya seperti dakwaannya, DPPM mencabar TPM untuk mendedahkan butiran dokumen tersebut. “Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada usaha PR untuk mencetuskan suasana porak peranda DPPM tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau,” ujarnya.
- Harakahdaily

Isu Lahad Datu: Individu pertama dijangka didakwa di Mahkamah


Naib Presiden PKR, Tian Chua telah diminta untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan berkaitan isu pencerobohan Lahad Datu.
Tian Chua yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima makluman akan dikenakan tuduhan di bawah akta itu lewat petang tadi.
“Ya, petang tadi (semalam) saya diminta ke mahkamah, kira-kira jam 5 petang tadi… saya akan ada di mahkamah pagi esok (hari ini),” kata beliau.
Ahli Parlimen Batu itu diarah hadir di mahkamah kira-kira lima jam selepas diambil keterangan di Petaling Jaya.
“Pagi tadi saya dipanggil untuk diambil keterangan. Petang, diminta datang ke mahkamah,” katanya yang sudah menjangkakan perkembangan tersebut.
Laporan media petang semalam memetik Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, percakapan Tian Chua dirakam pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi semalam.
“Kita telah menghantar pegawai kita untuk merakam percakapan Tian Chua. Beliau datang bersama tiga peguamnya untuk merakam percakapan tersebut pagi ini (semalam),” katanya.
Beliau berkata, 318 laporan polis dibuat ke atas Tian Chua yang membuat kenyataan yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno.
“Kita akan lengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkannya kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat kenyataan sesuka hati sehingga menyinggung orang ramai. - SINAR HARIAN
Walau bagaimana pun dikatakan  Tian Chua telah pun memulakan untuk menyaman blogger pro UMNO yang melakukan fitnah terhadap dirinya.
.........................................

Meletop..!!! Jawatan Perdana Menteri yang disandang Najib diragui sebab 3 nama

Selain itu kekeliruan berhubung nama Najib dan status kerajaan turut dipersoal bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim.
...........................................................................................................
PETALING JAYA: Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa  Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.

“Najib telah mengangkat sumpah jawatan,taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan. “Di sinilah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.

“Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu? 

“Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?.

“Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. 

Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri,” kata Mat Zain dalam surat tersebut.

Najib ada 3 nama

Mat Zain turut menyoal kewujudan tiga nama Perdana Menteri ekoran tindakan Najib yang menggunakan nama Muhammad di hadapan namanya.

“Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke-6 pada April 2009,dengan lafaz Wallahi,Wabillahi,Watallahi, beliau menyebutkan nama beliau dengan terang dan jelas sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. “Semasa mengikrarkan affidavit-affidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.

“Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula,beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul”dari nama allahyarham bapa beliau.

“Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor pula, mengikrarkan dalam affidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah, Najib bin Tun Hj.Abdul Razak.Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd. Mat Zain turut menyoal status kerajaan persekutuan yang dibentuk pasca pilihan raya umum Mac 8, 2008 kerana tempoh lima tahun kerajaan telah tamat minggu lepas.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun selepas mandat.- FMT

Ustaz Bollywood dah lancar Album Zikir Zindagi

KUALA LUMPUR, 13 Mac -- Ustaz Haslin Baharim  atau dikenali sebagai Ustaz Bollywood bersama Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre hari ini menurunkan tandatangan di plak album masing-masing pada Majlis Pelancaran Album Zikir Zindagi dan Ratib Al-Haddad di Restoran Hadramawt di sini hari ini.
Kepada para peminat lagu irama nasyid boleh dapatkan album ini di pasaran

Selasa, 12 Mac 2013

Isu 2 Wira Lahad Datu Terkorban: Fitnah Blogger Pencacai UMNO Kantoi..!!!

Cikgu Najmi@ TaipingMali tak habis-habis memfitnah TGNA tanpa usul periksa.konon-nya TGNA tidak hadir bagi menyambut 2 jenazah wira negara yang terkorban di Lahad Datu.
Dari blog Cikgu Najmi@TaipingMali: Konon-nya Tok Pa saja datang,TGNA tiada.
Najmi AAPC Kantoi
Suasana hening pagi ini ketika menyambut jenazah pahlawan negara di Lapangan Terbang Kota Bharu. Jenazah Ahmad Hurairah 24 tahun diberi penghormatan negara setelah tewas di medan peperangan menentang musuh negara.

Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail dan Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini.

Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi.
TGNA membaca doa,turut kelihatan Tok Pa' menandah tangan bersama berdoa.
Selain Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir termasuk Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan, Nasuruddin Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof serta Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Beberapa pemimpin pusat juga turut kelihatan hadir termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed serta Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin.

Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 yang bertolak dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.

Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir.

Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah akan disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Taman Desa Darul Naim 2, Pasir Tumboh.

Sementara itu, Exco Kanan kerajaan negeri, Husam Musa kini berada di kediaman keluarga Allahyarham Ahmad Farhan di Pasir Tumboh menanti untuk proses pengkebumian.- Manjadda wajada
TERKINI : Suasana menunggu ketibaan jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail di Pasir Mas,Kelantan.
~Megah bendera BULAN berkibar.- FB

......................................
Orangni:Amat menarik sekiranya pada malam ini Cikgu Najmi dan Ust Kazim dapat  berkongsi pentas ceramah di Kemunting Taiping,kemungkinan Cikgu Najmi@TaipingMali boleh bercerita panjang lebar dalam ceramahnya nanti, setakat bikin kuanseling kelentong kat murid-murid sekolah kebangsaan Palma tukang kebun sekolah pun boleh....hahaha....