Tapi korang nilai sendirilah dengan cerita dan gambar kat bawah ni......hahaha.....
Agaknya ini taraf 5 bintang kereta buat negara untuk rakyat...enjin boleh terbang keluar dari body...hahaha..
Pemberitahuan berhubung sidang media yang diambil daripada dari Fanpage beliau |
- Adalah sukar untuk pihak yang mendakwa itu membuktikan kesahihan tuntutan mereka sebagai waris Sultan yang sah berikutan perlu berdepan pelbagai prosidur ketat dan rumit kerana membabitkan salahsilah dan susur-galur keturunan Sultan sebelum ini.
- Selain itu tiada asas kuat menyokong bukti bahawa alat kebesaran diraja berusia ratusan tahun didakwa milik keturunan nenek moyang Noor Jan Shah, sultan terdahulu. Ia meragukan.
- Walaupun beliau menerima surat pengiktirafan dari ICJ sebagai Sultan Melaka, ia tidak boleh diguna pakai untuk memerintah Melaka. "Kita terikat dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Melaka sebuah negeri yang tidak mempunyai Sultan selain Undang-Undang Tubuh Melaka yang tidak boleh diubah atau dipinda tanpa mendapat persetujuan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri".
- "Saya tidak pasti sejauh mana kajian dibuat ICJ sehingga boleh mengiktiraf Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka".
Beliau memaklumkan sebelum ini memang ramai individu yang datang berjumpa beliau mendakwa sebagai Sultan Melaka dengan membawa bukti seperti salahsilah Raja Melayu, tombak, cap mohor berlambang pohon beringin serta cap mohor diraja tetapi ianya boleh dipertikaikan dari segi bukti sejarah.
- "Ada yang mengemukakan bukti cop mohor yang ditemui di Riau, Indonesia. Memang kita tahu Sultan Mahmud mangkat di Riau dan dimakamkan disitu pada 1528 dan tidak mustahil keturunan Sultan Mahmud juga ada di Riau yang boleh menjadi Sultan Melaka. Cuma dari segi kesahihan dari bukti boleh dipertikaikan, termasuk cap mohor yang juga boleh dipertikaikan dari segi bukti sejarah. Kita bawa pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Warisan Negara untuk buat kajian. Hasilnya negatif.
- "Soal mendapatkan pengiktirafan ICJ itu adalah urusan dia (Noor Jan), tetapi kita tidak boleh rekod, malah tidak ada rekod rasmi yang dicatatkan oleh kerajaan Malaysia yang mengesahkan dia adalah Sultan Melaka. Kita tidak boleh terima pakai pengiktirafan itu".
- "Mungkin dia hendak jadi terkenal dengan berbuat demikian. Niat sebenar hanya dia yang tahu".
Sebagai seorang pengkaji sejarah negara, beliau memaklumkan tidak pernah menemui bukti dalam mana-mana dokumen, risalah atau buku bahawa akan wujud seorang individu yang bergelar Sultan Melaka baru.
- "Malah, semua pengkaji sejarah negara ini juga tidak pernah membangkitkan soal berkenaan dalam mana-mana pentas perbincangan atau forum.
..... Orangni kalau wujud atau diiktiraf jadi Sultan Melaka maka bertambahlah sorang lagi Sultan dalam negara dan bertambahlah keperluan rakyat untuk itu semua...hahaha....
- Dari segi kisah sejarah lampau, memang tiada bukti akan wujud Sultan Melaka baru dan pengakuan dia mungkin kerana syok sendiri atau ada sesuatu niat yang kita sendiri tak tahu"