Pengikut

Jumaat, 14 September 2012

Islam dihina Zambry Kadir berkonsert Ambang Hari Malaysia

Dikala umat islam seluruh dunia sedang hangat memprotes filem menghina Rasullulah SAW. Semalam 14 Sept berduyun-duyun umat Islam dimasjid negeri Perak berhimpun selepas solat jumaat bagi menyatakan bantahan dan mengutuk filem tersebut.Beberapa pimpinan dari PAS dan beberapa NGO tampil bersama memberi sokongan.

Namun kelibat orang UMNO Perak dan orang PERKASA Perak tidak kelihatan langsung dalam perhimpunan ini. Mereka mungkin sibuk ditapak konsert hiburan membuat latihan dan persiapan awal.

Tambah memalukan apabila banner konsert hiburan tergantung dengan banyaknya diseluruh Bandaraya Ipoh,seolah kerajaan negeri dibawah Menteri Besar Zambry Kadir tidak peka dengan isu  junjungan mulia Nabi Muhammad dihina oleh yahudi.

Malam ini Zambry Kadir dengan bangganya mengadakan konsert hiburan dengan menampilkan Ac Mizal,Amy Search dan Ella di Ipoh sempena Ambang Hari Malaysia. Itulah perjungan UMNO Perak.... Hiburan diutamakan,Islam diabaikan.

Orang ni nak tanya sikit --> Tok Mufti ada mai baca doa tak konsert malam ni....??


Ust Kazim membela Tun Mahathir dalam program IAB - kata Guru Kanan sekolah

14 Sept 2012: Larut Perak - ‎"Kami ingat dia nak fokus isu penghinaan terhadap Rasulullah,  rupanya dia fokus isu ketuanan melayu UMNO dengan membela Tun Dr Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain" kata beberapa orang guru kanan di daerah Krian ketika menemui salah seorang pemimpin masyarakat disini.

Pada tengahari tersebut dilaporkan  beberapa orang guru dari setiap sekolah di Daerah Krian Perak diwajibkan  hadir oleh Institut Aminudin Baki (IAB) sebagai ganti progran Biro Tatanegara (BTN).

Semua para guru dipaksa hadir  untuk  mendengar tazkirah khas oleh wakil kementerian pelajaran dan pendoktrin hebat yang sekarang sudah menampakan belang keUMNOan iaitu Us Kazim Elias. Program ini berlansung di dewan Seberau Bukit Merah Perak.

"IAB Ini akan roud seluruh Perak dan Malaysia bawah kementerian Pelajaran demi kepentingan politik umno semata-mata" jelas mereka lagi  dengan nada yang agak marah dan teramat kecewa.

* Semoga ust kazim terus gigih memberi penerangan yanb jelas tentang ketuanan melayu yang diperjuangkan UMNO dan dapat  bersabar dengan segala cercaan,  itulah ujian dan habuan kerana bersama menyokong dan berjuang bersama UMNO untuk ketuanan melayu...hahaha....

Apa yang clear sekarang belang UMNO pada diri Us Kazim makin terang,jelas dan boleh dilihat dalam jarak jauh...hahaha....

Dengar cerita Us Kazim bakal bertanding mewakili parti ketuanan  melayu..UMNO la tu...hahaha...

Khabarnya DUN Kubu Gajah atau Batu Kurau,patutlah dia kerja kuat berkempen untuk UMNO...hahaha...


[Gambar] Paparan tajuk terbaik untuk dinilai rakyat

Tajuk-tajuk yang perlu dinilai rakyat....

Tajuk 1 :  Wisma, 2 premis DAP lagi ‘disimbah’ cat ---- > Siapa punya angkara....? hahaha.....

Tajuk 2:  Najib: Umno masih parti terbaik tadbir Malaysia ----> Siapa kata...? hahaha.....

Tajuk 3:  Bas PKR disimbah cat lagi, kali ke-3 -----> Siapa punya kerja....? Kah..kah...kah....

Dalam ketiga-tiga tajuk rasanya dah ada jawapan.

Ini serangkap pantun buat UMNO BN...hahaha....

Syaitan cat merah datang menyimbah
Semangat Pakatan Rakyat tidak akan berubah
Malah makin kuat meningkat bertambah
PRU 13 UMNO BN pasti jatuh tertungging rebah


Khamis, 13 September 2012

Ayuh..!!! Artis semua sertai Pakatan Rakyat....Puluhan ribu ringgit menanti anda

Ayuh...Awie....!!
Ayuh...Siti Nurhaliza..!!
Ayuh...Aflin Sauki..!!
Ayuh...Amy Search...!!
Ayuh...ayuh semua artis seluruh negara sertai  Pakatan Rakyat...!!!

Puluhan ribu ringgit menanti anda semua jika sertai PR dan kemudian naik pentas ceramah PR menghentam kerajaan....kah..kah..kah...

Inilah kenyataan seorang artis pro UMNO yang mendakwa ramai artis sertai Pakatan Rakyat hidup senang lenang hasil diupah PR dengan PULUHAN RIBU RINGGIT!!!

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

**"Apa lagi insan yang bergelar ARTIS..!!??

Jom ikut jejak langkah Bob Lokman,Aishah,Abby,Leman Raja Lawak,Hairie Othman dan sebagai....mereka semua memang senang sekarang,hidup mereka terjamin dibawah PR. Bukan saja senang wang ringgit malah senang hati apabila berada dijalan perjuangan Islam yang sebenar.

Rezeki Allah yang menentukan bukan ditentukan oleh UMNO BN....hahaha.... Walaupun kenyataan Zed Zaidi hanyalah berunsur kempen politik untuk UMNO semata-mata kata Hairie Othaman ketika aku hubungi sebentar tadi.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Perak Ust Akmal Kamaruddin pula mengajak Zed Zaidi dan semua rakan artis bersama Pakatan Rakyat khususnya PAS kerana akan menerima pendapatan yang lumayan,bak perpatah tak kenal maka tak cinta.


PM diarah tutup 20minit..?

Mula-mula aku nak bagitau tentang istilah atau shotcut PM yang aku maksud disini ialah Pasar Malam...tiada kena mengena dengan Perdana Menteri..sebab PM Najib tak akan minat semua ni...dia hanya minat menyanyi dan menari bersama isterinya saja..hahaha...

Sebut saja Pasar Malam boleh dikatakan semua orang dah tahu,kebiasaanya pasar malam akan mula beropersi seawal jam 7 petang  dan ada yang awal dari itu.

Waktu beroperasinya pasar malam ini selalunya akan melintasi waktu solat maghrib dan isyak. Selalunya time azan maghrib berkumandanglah para pelanggan akan berduyun masuk ke pasar malam yang rata-ratanya orang melayu, sebab tu ada yang panggil pasar maghrib...hahaha...

Para penjual pun waktu itulah akan jadi sibuk, maghrib entah kemana..dok sibuk ayam percik,nasi tomato,jagung rebus itu ini,sampai jadi  leka waktu solat berlalu dek kerana urusan jual beli.

Inisiatif Kerajaan Selangor dalam mendaulatkan Islam dengan mengadakan papan berupa arahan tutup 20minit wajar dicontohi oleh semua peniaga Pasar Malam,khasnya kepada peniaga orang melayu.

Hormati waktu azan dan akan membuka ruang kepada semua yang mengaku islam menunaikan perintah Allah disamping mencari rezeki halal di tapak pasar malam. Pengerusi tapak pasar malam,ketua pasar malam,koperasi pasar malam atau apa saja organisasi yang ada hubungkait dengan pasar malam bolehlah mencontohi kerajaan Selangor.

Kalau boleh sediakan ruang khas untuk bersolat dan tak jadi mustahil adakan penugasan imam dan bilal bertugas dilokasi pasar malam...masuk waktu saja tok bilal pasar malam akan laungkan azan dan tok imam pasar malam imamkan solat...MasyaAllah...indahnya kalau ini semua terlaksana ditanahair ini.

Apapun aku ucapkan tahniah dan syabas atas usaha kerajaan Selangor ini,yang seharusnya dipuji dan dicontohi semua.. Takbir !!! 


Akhirnya.. Polis Mengakui Bersalah Belasah Peserta BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR 13 September - Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf atas dan beralasan bahawa polis adalah manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.

“Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya.“Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis.

“Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku.“Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu juga manusia biasa,” katanya di hadapan panel Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Polis perlu hormati kebebasan mediaKhairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka.“Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan.

Kita tidak perlu takut dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan media,” tegasnya.Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Negara.

Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

“Kita tak perlu sekat hak yang dijamin dalam perlembagaan. Jelas Artikel 10 (dalam perlembagaan) menyebut hak untuk berpersatuan dan berhimpun. Apa yang penting kita kawal keadaan,” katanya.

Cederakan petugas media, orang awam tindakan hina Khairi yang sudah berkhidmat 38 tahun dalam pasukan polis turut mengecam tindakan segelintir anggota pasukan itu yang bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan walaupun di luar kawasan larangan yang diwartakan mahkamah.

Berikut adalah soal-balas daripada panel Suhakam:

Panel : Beberapa saksi menyatakan mereka ditangkap dan dipukul dalam hotel. Adakah ia ada kaitan dengan tindakan polis?

Khairi : Saya tidak mendapat laporan adanya tangkapan dalam hotel. Laporan mengenai kereta polis yang pecah di hotel kami ada terima laporan.

Panel : Tapi orang yang ditangkap itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), kalau di Pulapol mesti ada laporan yang dibuat.

Khairi : Saya setuju, tapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak. Boleh jadi ia hanya dakwaan semata-mata.

Panel : Bukankah kalau mereka sudah bersurai dan masuk ke dalam hotel tidak perlu ada tangkapan?

Khairi : Saya setuju 100 peratus. Sepatutnya tidak berlaku apa-apa tangkapan. Saya akan semak balik sama ada benar atau tidak.

Panel : Pihak kami terima aduan adanya kekasaran dan kecederaan ke atas orang awam ketika tangkapan dibuat. Boleh anda beritahu mengapa kecederaan boleh berlaku?

Khairi : Ketika memberi taklimat saya telah memberitahu, jangan ada apa-apa kecederaan kepada orang yang ditangkap. Kita mesti akur dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah. Melainkan ada berlaku pergerakan jenayah, kita hanya menangkapnya setakat mana yang kita mampu. Apabila berlaku kecederaan kepada orang yang kena tangkap, perkara ini hendaklah dilaporkan sebab-sebabnya supaya anggota yang terlibat dapat bertanggungjawab.

Panel : Tapi mengapa orang yang ditangkap cedera ketika dalam tahanan?Khairi : Itu adalah perbuatan yang paling hina dan langsung tidak boleh diterima!

Keadilandaily


Rabu, 12 September 2012

Masjid Negeri Ipoh Perak: Jom bantah lepas solat jumaat..!!!

Sanak saudara serta rakan sahabat semua...

Jangan lupa esok 14 Sept 2012, marilah kita beramai ramai ke Masjid Negeri, Ipoh.

Selesai solat jumaat.

Beramai-ramailah kita bersatu hati bersama menyatakan bantahan dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap Penerbitan sebuah Filem Pendek Amerika oleh Sam Bacile yang mendapat pembiayaan dari Yahudi Laknatullah untuk menghina Rasulullah SAW menerusi filem tersebut.

MOHON SEBARKAN!


Ning Baizura tarik diri dari bermaksiat harus dipuji

13 September 2012~Dr Asri TINDAKAN penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan acara persembahan ‘Guinness Arthur’s Day’ yang bakal berlangsung 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara, mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Mohd Asri yang juga merupakan Pensyarah Bahagian Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia mengucapkan tahniah di atas penarikan dirinya daripada program terbabit dengan berkata, “saya ucapkan tahniah kepada Ning.""Ini adalah sikap yang baik," katanya.

Asri turut menjelaskan, “sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram.

"Beliau mengulas mengenai pembabitan artis beragama Islam yang terlibat dalam persembahan meraikan ulang tahun syarikat minuman keras terkemuka itu.Selain itu, Asri menyeru semua artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas-asas agama dengan sebaiknya.

“Maksud saya di sini bukanlah untuk menggesa mereka menjadi pendakwah sebaliknya untuk memastikan mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar batas agama walaupun mereka terlibat dalam bidang hiburan,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai seorang lagi penyanyi yang terlibat dalam konsert itu, Mizz Nina, Asri berkata, “saya percaya dia (Mizz Nina) sebagai seorang Muslim, unsur baik ada dalam diri dia dan saya berharap dia menarik diri.

"Ning, 37, dikatakan menarik diri daripada persembahan itu selepas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi acara itu.Penyanyi itu dukacita di atas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi mengenai penglibatannya dalam persembahan acara ‘Guinness Arthur’s Day’ yang akan berlangsung di Bukit Kiara.

Ning berkata dia tidak terlibat langsung dalam promosi jenama arak itu dan gambarnya telah digunakan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya.

Pihaknya turut menjelaskan bahawa Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada tarikh itu dan bukannya didampingi oleh Guinness Anchor Berhad.

Pengurusan penyanyi itu turut berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras.

~ Sinar

Jamuan Aidilfitri PR Perak: MasyaAllah....Kita kena tolong mereka,berhenti didepan tu... - Hj Zainuddin Hamzah

12 Sept 2012- Hari ini aku nak cerita sikit...bukan cerita pasal hari raya tapi kisah yang berlaku semasa PERJALANAN ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pakatan Rakyat peringkat negeri Perak di Ipoh.

Aku bersama Sdr Fadhil yang juga Setiausaha Kawasan pergi bersama dengan NYDP Ust Zul dan Tuan Hj  Zainuddin Hamzah Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Kami bergerak dari Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam jam 1045pagi,dengan mengunakan kenderaan Pusat Khidmat.

Dalam perjalanan kami mengunakan lebuhraya menuju ke jamuan tersebut di Ipoh,setibanya didalam terowong Jelapang (Terowong Menora), tiba-tiba Tuan Haji Zainuddin Hamzah berkata " MasyaAllah... Kesian...Kita kena tolong mereka...saya nampak sebuah motosikal tayarnya pancit,mereka berdua dalam kesusahan..".

"Kita kena berhenti didepan,selepas  keluar dari terowong ni.."- katanya lagi kepada Sdr Fadhil yang memandu kenderaan. Selepas keluar dari terowong kami pun berhenti dan menunggu hampir setengah jam,barulah penunggang motosikal yang tayar belakangnya pancit bersama isterinya tiba dalam keadaan keletihan... ( Menolak motosikal pancit dalam terowong yang panas...kesian betul..)

Rupanya lelaki yang menunggang motosikal tersebut orang Kg Sempeneh Seberang(Orang Batu Kurau Perak tentu thahuu....hahaha...)bersama isterinya dari Batu Kurau  menuju pulang kerumah mereka di Ipoh,tiba-tiba tayar belakangnya pancit sebaik saja masuk terowong.

"Kami tak dapat bayangkan kalau tiada orang nak tolong kami...masa dalam terowong tadi memang banyak kenderaan yang melintasi kami,tapi semua tak berhenti,mungkin bahaya kalau berhenti dalam terowong tu" - kata Din (29)  orang kg Sempeneh tersebut.

Aku dan Din duduk bahagian belakang kenderaan  bersama motosikalnya,dalam borak-borak kami dibelakang kenderaan, Din tak henti-henti ucap terima kasih sebab tolong dia dan isterinya sebelum tiba dikedai motosikal diIpoh.

Aku kata,yang nampak motosikal awak tayar pancit dan arahkan kami berhenti tadi ialah Tuan Hj Zainuddin.

"Tuan Hj Zainuddin tu sapa..? " tanya Din. "Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang"- Jawap aku.

Alhamdullilah....Bukit Gantang ada orang macam Tuan Haji Zainuddin yang sentiasa bersikap prihatin dengan masyarakat keliling,tanpa mengira bangsa,keturunan,usia dan fahaman politik beliau akan ambil perhatian,tidak hairanlah YB DSN memberi kepercayaan kepada beliau sebagai Pegawai Khas di Parlimen Bukit Gantang.

Gambar dibawah- Kelihatan Tuan Hj Zainuddin,Ust Zul dan Sdr Fadhil mengangkat motosikal Din Kg Sempeneh keatas kenderaan Pusat Khidmat. ( Aku tolong ambil gambo je...hehehe...)


Selasa, 11 September 2012

Pengawal peribadi DSAI harus belajar dari bodyguard Najib

Ahmad berkata insiden pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengacu pistol ke arah sekumpulan pemuda pro-BN di Kampung Baru Rim Jasin Melaka petang semalam merupakan satu daripada contoh politik ganas pembangkang.

"Perdana Menteri ada berbelas-belas bodyguard dan (sudah ada) enam Perdana Menteri... tidak pernah kita dengar bodyguard berbelas-belas mengacu pistol. Tiba-tiba dia ni jadi Ketua Pembangkang bodyguad mengacu pistol," itu katanya.

* Jom kita tengok gambar dibawah untuk dijadikan contoh pembelanjaran dalam dunia bodyguard dari Najib.....hahaha...
Gambar dibawah ini diambil pada 3 Mei 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semasa program pelancaran Laporan Prestasi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)di Staf GLC  bertemakan "MemanduTransformasiNegara ".

Kelihatan bodyguard seksi berkebaya biru jarang diantara lain-lain bodyguard mengiring Najib....mungkin inilah contoh bodyguard terbaik,terhebat dan terseksi dari Najib...hahaha....

Kalau berlaku kekecohan atau ancaman,agaknya apa tindakan bodyguard seksi Najib..?? Acu angkat kain kot...hahaha....

** Apapun bodyguard seksi sebegini Najib had-kan kegunaanya hanya pada sessi lawatan tanpa Rosmah je.....hehehe...


Bangunan Wisma Bintara berusia 100 tahun musnah terbakar

11 September 2012 Taiping - Bangunan lama yang pernah berfungsi sebagai Mes Pegawai Berpangkat Sarjan (Wisma Bintara) hangus dalam kebakaran yang berlaku di Kem Tentera 9 Renjer Taiping, berhampiran Padang Esplanade, dekat sini, awal pagi semalam.

Bangunan yang dipercayai berusia 100 tahun itu hangus kira-kira 95 peratus dalam kejadian berkenaan dan difahamkan mengakibatkan kerugian dalam anggaran hampir RM500,000.

Timbalan Penguasa Bomba Zon Taiping, Mohd Roslan Abd Razak memaklumkan, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 5.46 pagi dan pasukan bomba tiba di tempat kejadian, tiga minit kemudian.

"Tiga jentera bomba bersama dua unit motosikal dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dikejarkan ke lokasi kejadian dan dibantu satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting.

Seramai 22 anggota serta pegawai daripada kedua-dua balai terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 6 pagi, manakala api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi (semalam). Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau turut memaklumkan kebakaran tidak melibatkan lain-lain bangunan dan anggara kerugian melibatkan bangunan serta peralatan yang disimpan di dalamnya."Stuktur bangunan lama yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api merebak dengan pantas," tambahnya.

~ Sinar


Isnin, 10 September 2012

[Gambar]Lihatlah.....Rosmah tersangat bersopan santun dengan Ulama-Umara' UMNO

Pandanglah....lihatlah....
Ulam-ulam pandang saja.......

hahaha...

Hebat...hebat...hebat.....inilah Wa'styleyeeahh.....hehehe...

Rosmah Mansor dengan rambut terjojol tersenggeh bangga bergambar bersama Anggota Majlis Sekretariat Ulama-Umara' (UMUM) 2012-2013.

Semua ulama-umara' tersebut ibarat ulam je bagi Rosmah, Najib hanya mampu tersenyum saja melihat telatah bini-nya...hahaha....siapa berani tegur..???

** Sumber FB - Hasnul Hadi ( gambar dicilok dari FB Senator Dato Dr Mashitah Ibrahim).


Anggota FRU dituduh rompak barang kemas RM40,000

SUNGAI PETANI – Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini dituduh melakukan rompakan berkumpulan melibatkan barang kemas bernilai RM40,000.

Tertuduh, Mohamad Firdaus Azmi, 22, yang bertugas di Johor Bahru sebagai anggota FRU, dituduh bersama tiga yang lain yang masih bebas kerana melakukan rompakan berkumpulan ke atas Siti Asa Ab Azizi pada 9 Mei lalu.

Dia yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen 4 Sungai Petani di sini hari ini, didakwa melakukan rompakan lebih kurang jam 11 pagi di Kampung Banggol Lahar, Kupang, Baling.

Firdaus didakwa di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan, pula dia dituduh cuba melakukan rompakan bersenjata yang menyebabkan cedera parah atau cuba menyebabkan kematian ke atas mana-mana orang, maka tertuduh boleh dikenakan sebat selain apa-apa seksaan yang boleh dikenakan.

Hakim Norsalha Datuk Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin  RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hasnurliza Mohd Radzi.

~ Sinar Harian

*** Selain membelasah...merompak pun boleh, hebatkan PRDM..??


Ahad, 9 September 2012

SOALAN: Bila PRU...? JAWAPANYA: Esok...

Bila PRU? Esok...Bila PRU? Esok... Bila PRU? Esok... Bila PRU? Esok... Bila PRU? Esok...

Bila PRU Tok Ketua Bahagian UMNO..?
Esok..!!

Bila PRU Tok Ketua JKKK..?
Esok.....Esok...Esok...!!!

Bila PRU Cik Puan ketua Wanita UMNO..??
Esok....Mooooh......

Nampaknya soalan bila PRU....?
Ahli-ahli UMNO dah ada jawapanya..... "ESOK.."

Hahaha.....
Inilah akibat kalau ada Perdana Menteri yang penakut nak umum PRU...hahaha...

Bukan saja ahli PR tertanya-tanya... Ahli UMNO sendiri pun berbulu dengan perangai Najib yang takut nak umum tarikh PRU..

Terbaru sekali Ahli Majlis Tertinggi UMNO Sabri Yaakob semasa kat Nilai Negeri Sembilan mengingatkan ahli UMNO supaya beranggapan PRU akan dibuat esok,gerakerja parti macam esok nak PRU dan kalau ditanya bila PRU, jawapnya esok...hahaha....

Nampak sesangat dah fedup dok menunggu Najib umum PRU,sebagai mengurangkan fedup,orang tanya je...BILA PRU..?? Ahli-ahli UMNO kena jawap ESOK.  

kita ulang soalan.....
BILA PRU...??
- Ahli UMNO kena jawap.......ESOK...
BILA PRU...??
- Ahli UMNO sila jawap....hahaha...


Artis Wanita Ahli PAS Dituduh Jual Badan

Abby Dituduh Jual Badan

MASIH teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi.

Abby bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan juga semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya.

Selepas isunya mempertikaikan kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai hukum hudud, Abby kembali memanaskan ‘alam maya’ apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti.

Abby menerusi Twitternya bagaimanapun pantas mempertahankan dirinya; “Saya tidak pernah terlintas untuk berbuat sedemikian. Fitnah bertebaran, dosa berpanjangan,” katanya ringkas.

- SINAR HARIAN


Rumah terbuka Aidilfitri PAS cawangan Changkat Ibol meriah sebab dikubu terkuat

9 Sept 2012/22 Syawal 1433- Changkat Ibol,Bukit Gantang Perak: Walaupun sudah berada hampir dipenghujung bulan Syawal,sambutan rumah terbuka aidilfitri yang dianjurkan PAS Cawangan Changkat Ibol amat meriah sekali hari ini.

Majlis yang bertempat diperkarangan markas cawangan tersebut mula dihadiri tetamu seawal jam 10pagi. Lemang,rendang serta kuih muih menjadi hidangan istimewa buat para tetamu.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YB Khalid Idham Lim,Ust Azli Musa, Cik Sandra Ng ( AMK ) dan beberapa pimpinan PAS peringkat kawasan dan cawangan.

Sambutan rumah terbuka PAS cawangan Changkat Ibol ini berlansung dengan suasana meriah dan harmoni dengan kehadiran tetamu dari berbagai lapisan bangsa.

"Suasana maufakat antara kaum dimajlis perayaan beginilah membuktikan Pakatan Rakyat amat dekat dihati rakyat dan memang tidak mustahil PR menerajui pemerintahan di Putrajaya selepas PRU akan datang" - Ujar Ust Azli Musa.

YB Idham pula menyeru ahli  PR agar teruskan gerakerja perjuangan parti, kerana kita semuanya sekarang dalam suasana menyambut hari raya setelah berjuang dengan menahan serta menjaga hawa nafsu selama sebulan diramadan yang lalu dan kini kita harus teruskan perjuangan untuk menempoh pilihanraya yang bakal tiba.

** Orangni: Teringat aku kata-kata Ust Idris Hj Ahmad ( AJK PAS Pusat ) bahawa PAS Changkat Ibol mungkin antara kubu terkuat PAS didunia, kalau benar PAS cawangan Changkat Ibol kubu terkuat maka rasanya tak rugi kalau disyorkan PAS Cawangan Changkat Ibol sebagai ikon kepada cawangan-cawangan lain di Parlimen Bukit Gantang.

Ini kerana masih terdapat sebilangan kecil cawangan PAS diBukit Gantang perlu diberi perhatian,ada cawangan yang suka berjuang secara sendirian seperti ala red-indian yang sentiasa muka serius tak pernah senyum tapi serius juga kalau berjuang....hahaha...siapa nak rapat untuk join..?? Hehe..