Pengikut

Jumaat, 4 Mei 2012

Pengawai Peribadi Wanita kepada Najib amat seksi dan cun

Mentang-mentang Rosmah tak ikut....hahaha...
Najib diiring seorang wanita berkebaya biru jarang....
Mungkin ini SB peribadi Najib time Rosmah tak ikut...hehehe...
MasyaAllah...inikah wasathiyah dalam Islam yang diwar-warkan Najib.....

Klik Imej untuk lebih jelas...

Gambar ini pada 3 Mei 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semasa Najib di program pelancaran Laporan Prestasi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)di Staf GLC  bertemakan "MemanduTransformasiNegara "

[Update] Pusat Khidmat UMNO berada dikawasan larangan semasa BERSIH 3.0

Ramai juga  hantar email dan inbox kat aku tanya pasal kesahihan gambar kenderaan van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak  YB  Datuk Dr. Rahman Ismail berada di lokasi yang diketogerikan kawasan larang pada himpunan BERSIH 3.0 . [Klik Sini ] 


Ada yang kata aku edit (Photoshop) gambar tu....hahaha...tak ada kerja aku nak edit gambar tu, aku bukan dari spesis UMNO yang suka buat cerita kelentong..hahaha... 


Ini aku upload  lagi  2 gambar yang berkaitan van dari UMNO tersebut...aku terpaksa buang wajah peserta BERSIH demi kebaikan...





Khamis, 3 Mei 2012

[Gempar] Pusat Khidmat UMNO berada dikawasan larangan semasa BERSIH 3.0


Tak faham aku…mengapa peserta BERSIH 3.0 tidak dibenarkan berada di atas di Dataran Merdeka, malah nak rapat pun tak boleh,  lebih kurang 500 meter  dari  Dataran Merdeka dikelilingi  pagar kawat berduri macam  suasana yang kita tengok kat tv di Palestin, askar Israel taruh pagar kawat berduri…saling tak tumpah keadaan tersebut berlaku  pada 28 april yang lalu di tanah air ini di ibukotaraya  Kuala Lumpur.Peserta BERSIH tak boleh lepasi pagar kawat berduri tersebut..belakang kawat berduri tu pula berbaris berlapis-lapis  pula  abang-abang polis  dengan pistol di pinggang…siapa berani coba…haha…   

Semasa aku lalu kat  bangunan  Kelab Selangor untuk bergerak  beramai-ramai  ke Masjid Negara (Tapi gagal) Ketika itu suasana ok lagi, sebab Abang Polis tak mewater canon lagi…hehehe.. Tetiba.. aku  ternampak sebuah  kenderaan  yang menimbulkan pertanyaan….kenderaan ini  bergerak  dibelakang Abang Polis yang terpacak mengawal kami didepan...makna-nya  kenderaan ini berada  didalam kawasan yang dikawal dan menjadi larangan kepada aku dan peserta BERSIH yang lain...ianya bukan kereta Polis,kalau kereta Polis..lantak  engko le..hehehe..kenderaan tu  bukan jentera Bomba,bukan kereta DBKL dan bukan juga  kereta Buggati anak Mahadhir ….…yang  aku nampak sebuah van tertera tulisan  Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak  YB  Datuk Dr. Rahman Ismail .    Memang ada logo St Jhon Ambulan,tapi apa  keistimewaan dan keperluan kenderaan berstatus politik boleh berada disitu…!!!???


Apa hal kenderaan dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen UMNO  memasuki  ke  dalam kawasan yang menjadi  kawasan larangan kepada peserta BERSIH..??? Apa Khidmat yang  YB  Datuk Dr. Rahman Ismail dari UMNO Gombak nak beri dalam kawasan  larangan  Dataran Merdeka semasa perhimpunan.  Apa keistimewaan Dr. Rahman Ismail dari UMNO Gombak  boleh masuki Dataran Merdeka … nak bantu sebagai ambulan.??!!  Banyak lagi ambulan-ambulan lain kat ibukota ni… kenapa  ambulan  tajaan UMNO juga yang diberi kebenaran..?

Banyak betul  persoalan yang timbul dengan keistimewaan kenderaan milik UMNO berada disitu…  Abang Polis boleh tengok je van UMNO  lalu  masuk..tak ditahan dan tak dibelasah pula kenderaan milik UMNO memasuki kawasan  larangan.

fikirkan…Adilkah macam tu…..300ribu rakyat datang nak duduk atas Dataran Merdeka tidak  dibenarkan,malah nak rapat  Dataran Merdeka  pun tak boleh  tapi  Van UMNO boleh bebas masuki kawasan  yang konon-nya menjadi  larangan  pada masa tersebut.

Rabu, 2 Mei 2012

Jom tengok UTK melaram dengan kenderaan semasa BERSIH 3.0

Hahaha,,,, dalam keriuhan dan kemeriahan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu..ramai yang tidak mengetahui kehadiran anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Namun kerahsiaan kehadiran mereka tidak lagi menjadi rahsia di alaf saitek ini...Kamera dan camcoder yang dibawa peserta BERSIH adalah senjata utama semasa perhimpunan ini...

Nah..!!! Saksikan sebahagian kenderaan yang di percayai milik UTK yang sedang melaram di ibukota semasa BERSIH 3.0....hahaha...

Vios ada logo Mc Donald..haha..

Tiada roadtax..???

Waja UTK







Sumber: FB Media Perak

Peniaga dan pemandu teksi ibukota disedikan skrip khas untuk BERSIH 3.0


1 April 2012
Kemunting Jaya Taiping Perak~ Datuk Mahfus Omar dalam ceramahnya disini menyentuh tentang kejadian BERSIH 3.0 baru-baru ini. Dimana pihak media massa arus perdana yang bersetonggkol dengan UMNO BN telah menyiarkan berita konon-nya peniaga dan pemandu teksi di ibukota Kuala Lumpur mengalami kerugian besar akibat kejadian perhimpunan BERSIH 3.0 .

Media-media pengampu ini telah menemubual  beberapa  pemandu teksi yang konon-nya rugi besar pada hari tersebut dengan menyalahkan penganjuran BERSIH 3.0, namun pada hakikat sebenarnya pada hari tersebut pihak polis telah menutup 50 buah batang jalan di sekitar ibukota. Jadi wajarlah pemandu teksi tidak boleh beropersi…50 jalan ditutup..!!! Teksi bukan boleh terbang…teksi kena guna jalan raya. Polis tutup 50 jalan…jadi patutlah mereka tak boleh jalan,sewajarnya pemandu teksi pada hari tersebut mendapat untung banyak sebab ramai  manusia di ibukota..jadi sebagai nak alih isu,pihak UMNO BN terpaksa putar belit  cerita dengan menyediakan skrip kepada pemandu yang ditemubual dan mungkin juga diberi sedikit imbuhan wang ringgit kepada pemandu teksi untuk memberi kenyataan sedemikian. Begitu juga dengan peniaga disekitar ibukota,ada sumber memaklumkan pihak DBKL mengarahkan semua premis  ditutup dan diberi  sogokan sebagai saguhati kepada pemilik premis perniagaan  tutup pada 28 april.

YB Mahfus Omar juga merakam ucapan tahniah kepada semua peserta BERSIH 3.0 diseluruh tanahair dan seluruh dunia,beliau juga percaya bahawa ramai dikalangan anggota keselamatan sendiri tidak suka dengan arahan yang datang dari pimpinanan UMNO BN untuk mencetuskan huru-hara pada hari tersebut.  Beliau  berkata pertembungan antara peserta BERSIH semalam bukanlah dengan polis. Memang  yang menembak,menendang,membelasah itu polis,tapi hakikat  sebenarnya ialah perserta BERSIH bertempur dengan UMNO BN,kerana arahan itu datangnya dari orang-orang UMNO BN. Jesteru itu YB Mahfus mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis yang berjaya melaksanakan tugas pada BERSIH 3.0,ini kerana dengan tindakan agak ganas dan kasar polis itulah yang menyebabkan lebih ramai lagi rakyat menolak kerajaan yang zalim UMNO BN.

** UMNO BN sekarang sudah tengelam punca dalam semua tindakan..BERSIH 3.0 menuntut keadilan  dan ketelusan dalam pilihanraya tanahair,BERSIH dianjurkan khas untuk nyatakan hasrat rakyat  tidak  puashati  dengan  Suruhan Jaya Pilihanraya tapi kenapa UMNO BN pula yang jelas nampak gelisah tidak tentu hala..??   Hahaha…

Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH 3.0 ~ 28 April 2012 adalah Hari Merdeka Rakyat – DSAI


1 April 2012 ~ Ipoh Perak:  
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapanya  didalam konvensen Pakatan Rakyat Perak di sini telah menyatakan bahawa apa yang terjadi pada 28 April 2012 yang lalu adalah suatu perhimpunan yang di istiharkan sebagai Hari Merdeka Rakyat,ini kerana dengan jumlah peserta BERSIH 3.0 yang mencecah 300ribu orang dengan satu matlamat utama iaitu menuntut  sistem pilihanraya dinegara ini supaya dilakukan secara adil dan telus.

DSAI bersama peserta konvensen PR  Perak didalam dewan di Ipoh semalam

Kehendak  dan harapan rakyat  tanahair ini yang mencecah  300ribu orang yang hadir hanya ingin berhimpun di atas Dataran Merdeka untuk tempoh 2 jam bagi menyampaikan mesej  ketidakpuasan hati dengan  Suruhanjaya Pilihan Raya  bagi menuntut  8 tuntutan ,namun ianya ditolak tanpa alasan munasabah oleh beberapa pemimpin UMNO BN. Adakah alasan Dataran Merdeka akan digunakan dengan majlis peringkat Kebangsaan boleh digunapakai..?? Dan adakah selama ini seperti acara senam robik bersama Najib dan Rosmah di-anggap majlis Kebangsaan..??  
DSAI menyampaikan amanat didalam konvensen Pakatan Rakyat Perak

Mesej ini jelas menunjukan bahawa semua rakyat sudah tahu dan arif dengan apa yang berlaku didalam sistem pilihanraya dinegara ini tidak berada dilandasan yang betul selama ini. DSAI juga menegaskan  apa yang berlaku didalam perhimpunan tersebut  bukanlah suatu ancaman kepada negara ini,sebaliknya  BERSIH di anjurkan untuk  menuntut keadilan demi keamanan negara dimasahadapan dan kekecohan yang berlaku antara peserta dan pihak keselamatan pada hakikatnya adalah disebab oleh arahan pemimpin UMNO BN yang mengarahkanya dan pihak Polis juga  diheret sama didalam melakukan kezaliman ini disebabkan UMNO BN. 


Sekiranya peserta BERSIH 3.0 yang mencecah 300ribu orang ini datang dengan tujuan untuk membuat rusuhan di ibunegara,bukan sahaja sebuah kereta…malah kenderaan watercanon sekalipun mampu diterbalik-kan dan tentu berpuluh mungkin beratus anggota Polis akan cedera,hakikat sebenar yang berlaku bukan begitu. Kebanyakan kejadian ganas yang berlaku sudah dikenali pasti adalah disebabkan tindakan provokasi  mencetus huru-hara terancang dari  mereka yang menjaga keselamatan itu sendiri,dengan bertujuan memburukan peserta BERSIH 3.0 yang datang dengan hasrat yang baik untuk negara.

DSAI bersama peminat kecil ketika mengunjungi gerai dipekarangan Dewan Konvensen 

Maka tidak hairanlah  banyak sumber  maklumat dari dalaman PDRM terbocor kepada awam…ini semua kerana ramai anggota PDRM yang tidak setuju dengan tindakan UMNO BN…Contohnya gambaHishamuddin Hussin sedang mengunakan teropong disebuah bangunan tinggi untuk tengok perhimpunan BERSIH 3.0.  Secara logiknya mana mungkin gambar ini tersiar di alam siber jika tiada yang mendedahkanya…dan siapa yang mendedahkanya..??? Hahaha….Terima Kasih Polis aku ucapkan…haha…

Hishamuddin dikantoikan oleh orang dikelilingnya sendiri..hahaha..


Isnin, 30 April 2012

[Gambar] Bersih 3.0 : Menyaksikan Masjid Jamek Kuala Lumpur dicemari kepungan Polis bersenjata


Sehari dua ini para blogger,facebooker  dan peserta BERSIH 3.0 di tanahair ini kaya dengan sumber bergambar dan vedio mengenai kejadian  BERSIH 3.0 Duduk Bantah. Disini aku kongsikan untuk semua pelayar online media siber gambar-gambar yang sempat aku rakamkan dihadapan pintu masuk masjid Jamek.

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan sahabat yang membantu aku memanjat keatas bumbung bangunan di sebelah Masjid Jamek ( Sebelah stesyen LRT Masjid Jamek). Tanpa pertolongan rakan sahabat yang baru dikenali ini adalah tidak mungkin aku dapat memanjat untuk mendapat posisi  agak terbaik merakam gambar kejadian di sekitar Masjid Jamek ini…

Walaupun kita datang dari berlainan tempat,berlainan keturunan,berlainan bangsa,berlainan taraf,berlainan ugama…tapi kita mempunyai satu tujuan yang sama….. Hancurkan kerajaan zalim pemerintahan UMNO BN..!!!!!

Bersih 3.0 Sekitar Masjid Jamek Kuala Lumpur
(Klik Imej untuk lebih jelas)

Ribuan peserta BERSIH 3.0 memenuhi ruang masjid Jamek ketika solat Zohor,keadaan masih terkawal.



Selesai solat zohor peserta mulai keluar dari pekarangan masjid menuju ke jalan utama



Lautan peserta BERSIH 3.0 di perkarangan masjid Jamek



Dihadapan pintu utama masjid jamek dipenuhi peserta yang mahukan BERSIH dalam piliharaya  memenuhi jalanraya,sewaktu ini keadaan masih terkawal


Kelihatan kenderaan yang membawa DSAI,Ambiga,Chegu Bard dan beberapa kepimpinan sedang mengibarkan bendera  S.A.M.M bergerak menuju ke Jalan TAR.



Kelihatan helikopter Polis berlegar-legar diruang udara ibunegara….berapalah kos minyak 2 helikopter yang dibelanjakan  kerajaan untuk pesawat ini yang mula beroperasi sejak awal pagi hingga lewat petang tanpa henti.



Huru hara bermula dihadapan masjid Jamek apabila pihak Polis mula menyerang peserta



Kekejaman mula berlaku dihadapan masjid Jamek,anggota Polis dengan rakus menangkap dan membelasah peserta BERSIH 3.0 tanpa belas kasihan.



Pasukan Polis mula mengepong dihadapan pintu masjid Jamek,senjata mereka diacu kearah masjid



Seorang peserta BERSIH 3.0 cedera akibar terkena peluru pemedih dari tembakan Polis diusung ke masjid untuk diselamatkan dan diberi rawatan



 Mereka masih mengepong peserta yang berada didalam Masjid…apakah ini Transformasi Najib dari kerajaan UMNO BN..??? 



Amat memalukan buat anggota Polis yang berugama Islam apabila Chua Jui Meng datang berbincang untuk selamatkan umat Islam yang terperangkap di dalam masjid Jamek. Turut serta seorang wanita yang dipercayai SB merayu konon-nya simpati dengan semua peserta BERSIH


Kelihatan Dr Hatta bersama peserta BERSIH cuba keluar dari masjid Jamek setelah dijanjikan Polis tidak akan bertindak kasar ketika bergerak keluar,namun semuanya hanya tipu muslihat mereka,sebaik saja peserta bergerakan keluar,mereka telah bertindak melepaskan gas pemedih mata.

* Tindakan PDRM mengepong di pintu utama masjid Jamek dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah  peserta BERSIH ketika menuju keluar setelah diarah menunjukan mereka tidak profesional dalam menjalankan tugas. Apa yang mereka pertahankan..??? Bertindak untuk Keamanan atau untuk kepentingan UMNO BN semata-mata..????


Ahad, 29 April 2012

Lihatlah... Lakonan Polis kepada peserta BERSIH 3.0

Memang wajar anugerah pelakon terbaik diberi kepada mereka...sebab mereka memang pandai berlakon seketika konon-nya nak tunjuk mesra dengan rakyat...tapi hanyalah seketika sahaja....apabila tahap kesabaran mereka diuji sedikit  berbanding peserta BERSIH...mereka akan bertindak diluar garis sifat kemanusiaan...
Lihatlah gambar-gambar lakonan yang sempat dirakam yang boleh dijadikan point untuk mereka memenangi anugerah Pelokan Tidak Iklas Terbaik Di Malaysia..

Kemesraan nampak terjalin....sanggup tolong peserta BERSIH ini ambil gambar..
mesra sungguh mereka...hehe..

Polis dan Rakyat sentiasa bersama..lihatlah mereka sanggup berdiri tengok saja apa yang berlaku...

Wah..!!! Polis ini dah jadi petugas Alam Flora...ambil sampah dari peserta BERSIH untuk buangkan dalam tong sampah...hebat..hehehe..

Ada lagi sampah...??? Mai abg Polis tolong buangkan dalam tong sampah...sebab sebelah sana BERSIH sebelah sini.....(Jawap sendiri...hehehe..)

Sungguh mesra nampaknya...

"Baik semua abg baju biru ni ye Mak..." - kata anak kepada ibunya. 

Paece....semua abang-abang polis spoting....


Gambar diatas semua lakonan semata-mata...lihat vedio klip dibawah,inilah hakikat sebenar mereka semua itu..!!!!!!