Pengikut

Sabtu, 8 September 2012

Punggung adalah milik peribadi!


*JANGAN ambil ringan pada punggung, sebab anggota bahagian belakang itu – tidak kira bentuk, warna atau ukuran – adalah milik mutlak peribadi, dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Ada pun perihal punggung, telah terbukti dulu, kini dan selamanya, sekiranya digunakan secara baik, ia boleh membawa faedah. Tetapi kalau tersilap guna, tidak kira apa cara, boleh membawa padah.

Seorang remaja 19 tahun telah menggunakan punggung tidak pada tempatnya, menyebabkan dia ditahan polis Selasa lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Pendek kata jangan main-main pada punggung, dan jagalah punggung masing-masing!

*ARAKIAN perihal remaja berkenaan rupanya seorang pelajar jurusan multimedia kreatif di sebuah kolej swasta berhampiran Kuala Lumpur. Ternyata dalam hal punggung pelajar semester tiga itu tidaklah begitu kreatif, atau mungkin terlebih kreatif.

Dia dikatakan terlibat dalam insiden menunjukkan punggung ke arah gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, pada perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ di Dataran Merdeka malam merdeka lalu.

Ketika rakyat seluruh negara menyatakan rasa syukur sambil menjeritkan kemerdekaan, remaja berkenaan memilih untuk mempamerkan punggungnya di khalayak ramai. Tidaklah diketahui mengapa dia tidak berasa malu berbuat demikian.

Mudah-mudahan siasatan polis nanti – di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan – dapat mengetahui bagaimana seorang yang waras boleh menayang punggung seperti menayang iPad atau iPod.

Ayah kepada pelajar berkenaan telah pun memohon maaf bagi pihak anaknya kepada Najib, Rosmah dan seluruh rakyat Malaysia.

*ADA pun perihal menonggeng punggung bukanlah sesuatu yang luar biasa di tempat kita. Dulu-dulu hanya orang tidak waras @ gila yang tidak segan silu melondehkan seluar atau kain untuk mempamerkan punggung dan benda-benda lain dalam kain.

Semenjak dua menjak ini orang waras pun gemar menonggeng punggung di khalayak ramai, walaupun tujuannya bukanlah untuk dibuat penilaian punggung siapa yang lebih besar lagi lebih menawan.

Tentu ramai masih ingat insiden bulan Mei lalu, apabila sekumpulan lelaki yang mengaku dari sebuah NGO telah berkumpul di hadapan kediaman Datuk Ambiga a/p Sreenevasan, untuk beraksi menonggeng punggung ke arah rumah tersebut.

Mereka berbuat demikian kerana menentang tindakan Ambiga menganjurkan perhimpunan ‘Bersih 2.0’. Setakat ini tidak ada tindakan ke atas tukang tonggeng tersebut. Apakah tonggeng punggung jenis ini tidak termasuk dalam kategori biadab atau kurang ajar?

Pada hemat saya, tonggeng punggung di tempat umum tidak kira di mana, apa tujuannya – sama ada bertutup atau terdedah – tetap aksi kurang sopan. Maka yang sengaja mempamer punggung di kediaman Ambiga itu pun patut disiasat.

*AKHIR kalam, masih mengenai punggung, akhir-akhir ini ada satu kegilaan baru, terutama dalam kalangan remaja di seluruh dunia, mengenai apa yang disebut ‘gangnam style’. Ini satu lagu Korea dinyanyikan oleh Jae Sang Park atau PSY.

Muzik ini disertai dengan gerak tubuh @ tarian seperti orang menunggang kuda. Sejak disebarkan dalam Youtube, 100 juta orang seluruh dunia telah menyaksi, menikmati, dan meniru penuh semangat tarian ini.

Oleh sebab macam menunggang kuda tentu sekali ada aksi tonggeng dan goyang-goyang punggung. Remaja seluruh dunia, termasuk di negara kita, sudah terikut-ikut gaya gangnam. Ada yang suka, ramai juga yang menentang.

Dulu Inul, penyanyi dangdut dari Indonesia itu pun pernah mencetuskan kontroversi di negara ini, gara-gara punggung. Persembahannya mendapat sambutan yang amat hangat, bukan sahaja sebab dangdut, lebih-lebih lagi gaya dia berpunggung-punggung.

Aksinya di pentas membuat penonton – terutama lelaki – menjerit gila-gila, terutama apabila Inul menggoyang punggungnya bagaikan menggerudi bumi itu. Sebab gaya gerudinya yang hangat itu persembahannya di sini pernah diharamkan.

Sama ada ‘gangnam’ atau ‘gerudi’ dua-dua melibatkan punggung. Bagi yang tidak suka, mereka kata itu aksi kurang sopan. Bagi yang suka @ gila-gila, itu dianggap hiburan dan penuh seni. Dulu-dulu ada seni panggung, sekarang ada seni punggung!

TOK PERAK
9 September 2012

- Sinar Harian

Umno singkir ahli sabotaj calon PRU tapi restui ahlinya mengganas

MUAR - Mana-mana anggota atau pemimpin Umno yang didapati bertindak mensabotaj calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan disingkir daripada parti - Muhyiddin Yassin.
- SH

Malang sungguh negara ini mempunyai pemimpin yang pentingkan partinya saja,keselamatan dalam negara dipinggirkan.

Kes baling kasut,buat kecoh dalam masjid,simbah cat dan sebagainya menjadi-jadi. Umum dah tahu semua ini dilakukan ahli parti mana.

Siri-siri kejadian ala penganas ini berterus berlaku,namun pemimpin UMNO terus membisu,tiada tindakan,tiada teguran,tiada ulasan.Malah media massa arus perdana pun disekat dari mengeluarkan berita kejadian keganasan tersebut.

Benarlah ada yang mengatakan 1 Malaysia 2 Undang-undang..yang simbah cat pada bas Merdeka Rakyat dan baling kasut dalam masjid tu dibawah undang-undang lain dan yang pijak gambar Najib dibawah undang-undang lain.

Paling mendukacitakan ialah Muhyiddin dok sibuk nak singkir ahli yang sabotaj calon UMNO dalam PRU. Tapi yang dok menganas baling cat,baling kasut dan sebagainya seperti direstui berada dalam UMNO.


Jumaat, 7 September 2012

YB Rosli ketua UMNO Bukit Gantang dimalukan orang kampung

Tunggu punya tunggu...punya tunggu...punya tunggu....nak tunggu Najib umum bubar parlimen baru nak bagi janji kosong lagi pada penduduk sebuah kampung di utara Parlimen Bukit Gantang, akhirnya YB Rosli dapat makan bubur basi lebih awal..hahaha...

Inilah yang berlaku pada YB Rosli ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang apabila sumbanganya untuk membodek penduduk sebuah kampung yang berada dalam DUN Kuala Sepetang yang juga terletak diutara parlimen (saja aku tak mau letak nama kampung tu....hehehe...) telah dengan nekad dan berani menolak sumbangan bernilai RM8ribu darinya,sumbangan itu berupa sebuah TV dan kos membina sebuah bilik siap ada penghawa dingin untuk kegunaan penduduk disebuah jeti yang mempunyai tarikan pelancongan.

Tak cukup dengan itu, penduduk disini juga memberi tahu telah menolak sumbangan RM1ribu dari UMNO Bukit Gantang yang diberi untuk sambutan hari raya peringkat kampung disitu.

Penduduk kampung tersebut berbuat demikian kerana sudah bosan dengan janji kosong UMNO sejak bermula penempatan penduduk disitu yang didakwa melebihi 50tahun ( akan didedahkan sedikit masa lagi..), berbagai janji kosong pemimpin UMNO ditabur kepada generasi pertama lagi dan kini hingga generasi ke-3 segala janji hanya tinggal janji.....yang hebatnya sekarang mereka penduduk kampung dah tinggalkan UMNO.

Khabarnya nama DS Nizar telah terpahat dihati penduduk kampung ini sejak beberapa kali DS Nizar berkunjung menyantuni penduduk disini. Mereka lebih senang berurusan dengan seorang pemimpin seperti DS Nizar berbanding pemimpin UMNO yang cakap tak serupa bikin dan turun padang pun udah takuuuuuutttttt......


Tatu dibadan Julia Perez Hina Islam dikecam Ulama

TATU pada bahagian belakang tubuh aktres sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe) yang tertuliskan Hayya ‘alal falah dalam tulisan Arab kemarahan ulama negara itu.

Menurut laporan portal Kapanlagi, beberapa para ulama menganggap pelakon filem Hantu Jamu Ngendong itu sengaja mencari sensasi dengan menghina Islam.

“Jupe sering mencari isu sensasi yang tidak sesuai dengan norma agama. Tambah pula ia tidak sesuai dijadikan bahan tontonan masyarakat yang majoritinya beragama Islam.

“Saya berharap pihak yang berkuasa melihat semula mengenai penghinaan agama yang dilakukan Jupe. Jika perlu, tahan saja dia,” kata Ketua Umum PP Pemuda Muhammadiyah, Dr Saleh Partaonan Daulay kepada Kapanlagi, pada Rabu.

Kalimat Hayya ‘alal falah yang bermaksud ‘mari meraih kemenangan’ merupakan salah satu ayat dalam seruan azan untuk melaksanakan solat.

Tambah Saleh, tindakan Jupe itu juga boleh mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat.“Jika hal ini dibiarkan oleh pihak berkuasa, maka masyarakat akan mula menilai aktres itu dan akan bertindak mengikut cara mereka,” ujarnya.


Rakyat Biadab, Umno Gurunya

Rosak ikan bermula di kepala, rosak rakyat kerana pemimpinnya.

Tidak hairanlah ada rakyat yang pijak gambar pemimpin di dalam himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pemimpin Umno dan media Umno tanpa segan silu membelasah, ini semua ajaran pemimpin pembangkang.

Pada hal tidak ada rekod pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab.Pemimpin Umno lupa, budaya ini dimulai oleh pemimpin Umno dan merekalah gurunya.

Rakyat masih ingat ketika penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang pada 20 April 2000, di mana Datuk Adnan Yaakob selaku Menteri besar Pahang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Pas.

Apakah ini taraf seorang ketua Umno di negeri Pahang.Begitu juga tindakan pemuda Umno dan puteri Umno yang tunjuk punggung dan isyarat lucah pada hari tersebut.

Ajaran biadab ini dilanjutkan lagi oleh Utusan Malaysia dan penceramah Umno yang menunjuk gambar lucah kononnya ini adalah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sdr Azmin Ali.

Kenapa budaya ini tidak disekat malahan diberi galakan sehingga memalukan kita yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Akhbar ini sampai ke sekolah yang dibaca oleh pelajar-pelajar.

Seolah-olah media Umno mendapat lesen untuk membuat sesuatu demi politik kotor mereka. Kenapa mereka yang pijak gambar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang tidak diambil tindakan.

Apakah beliau botol mineral, bukan manusia? Apakah beliau menjadi Ketua Menteri yang tidak sah

Idris Hj Ahmad- AJK PAS Pusat
7/9/12

Gambar dibawah menjadi bukti UMNO guru kebiadapan rakyat - penulis.


Khamis, 6 September 2012

Benarkah ini lukisan potret termahal di Malaysia..??!!

Hahaha....

Masa aku google dilaman web (FB) ..tetiba jumpa potret ini...hahaha....

"Siapa sanggup bayar harga tertinggi untuk gambar ini"- inilah posting pengirimnya diwall FB.

Ada siapa mahu membidanya..??? hehehe....


Selamat tinggal TV3 - Nurul Syuhada Nurul Ain sudah bertudung

Kerana mungkin tersasul menyebut Bintulu Daif, pengacara TV3 Nurul Syuhada Nuru Ain dimaklumkan sudah  metak jawatan di TV3.

Ahlamdulillah...inilah ketentuan dari Allah,seorang pengacara wanita TV3 yang agak popular tidak teragak-agak meninggalkan pentas media arus perdana yang semua maklum,tersangat berpengaruh,tersangat membodek Najib dan Rosmah atau lebih tepat tersangat ke-UMNOan.

Khabarnya Nurul Syuhada Nurul Ain sudah memakai tudung, mungkin ketentuan yang akan datang akan  mengikut jejak langkah mereka yang sertai perjuangan Islam, InsyaAllah...

Thursday, September 6, 2012

Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan. 

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif. 

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat. Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. ~mynewshub


Najib bikin kenyataan berbulu telinga lagi....

Hahaha.....

Inilah Perdana Menteri yang boleh dinobatkan paling banyak kali sebut nak bubar parlimen...hahaha...

Makin kerap Najib ulang kenyataan nak bubar,nak bubar,nak bubar....naik berbulu telinga rakyat negara ini dengar...hahaha...

Najib ingat...rakyat semua tak tahu yang Najib amat takut nak laksanakan apa yang dia cakap...hahaha...

Dah hampir..!!! Dah sangat hampir..!!! Tersangat hampir dah...!!! Dah ada semangat nak bubar...!!!

Terbaru... "Saya rasa dah umum pilihanraya dah"

Kita tunggu lepas ni apa pula kata Najib.....

Janji dicapati pilihanraya amat ditakuti...hahaha....


Rabu, 5 September 2012

Wakil Rakyat @ Bakal Calon : kenapa masih ada yang liat turun padang..???

Isu PRU 13 agak suam-suam kuku sekarang, pelbagai ramalan tentang tarikh PRU berlalu begitu sahaja, kalu tidak silap sudah enam kali ramalan PRU 13 dicanang oleh rakyat.

Namun tarikh-tarikh tersebut berlalu begitu sahaja, inilah uniknya Malaysia yang dikatakan mengamalkan "demokrasi" dimana tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri.

Namun bukanlah tarikh PRU 13 yang ingin saya bahaskan disini, tetapi ianya adalah berkaitan persediaan bakal-bakal calon yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti.

Umum sedia maklum bahawa tarikh expired PRU adalah sekitar bulan Mac 2013, lebih kurang enam bulan sahaja yang tinggal.

Persoalannya adakah bakal-bakal calon ini khususnya daripada Pakatan Rakyat sudah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu calon pilihanraya atau ilmu YB.

Saya melihat kebanyakan calon-calon yang bakal bertanding ini masih lagi terkial-kial dalam mempersiapkan diri mereka, khususnya yang pernah bekerja di jabatan kerajaan dan pernah menjawat jawatan yang tinggi.

Saya katakan demikian kerana sehingga sekarang masih lagi terdapat bakal-bakal calon yang tidak turun padang, mereka merasakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada mereka, pemikiran seperti ini mengundang bahaya kepada parti.

Ini kerana rakyat sekarang sudah memahami peranan atau tugas wakil rakyat, tidak seperti zaman dahulu kala yang melihat wakil rakyat itu semestinya berduit, berkereta besar, memiliki rumah yang banyak dan tanah yang berpuluh ekar.

Oleh itu bakal-bakal calon harus memahami maksud YB itu sendiri yang bermaksud Yang Berkhidmat dan bukannya Yang Berhormat.

Bakal-bakal calon harus sedar bahawa misi berkebajikan amat dekat dengan rakyat, 55tahun merdeka isu kemiskinan masih menjadi tarikan utama kepada rakyat.

Ini amat bertepatan dengan tema muktamar PAS lalu yang akan memperjuangkan sebuah negara berkebajikan, amat malang sekali sekiranya masih lagi terdapat bakal calon atau wakil rakyat sendiri yang tidak mahu turun padang dan menyantuni rakyat.

- Q'h

Selasa, 4 September 2012

Barisan Nasional berpenyakit gila - Tun Dr M

Barisan Nasional tidak waras dan tidak matang,bersamaan berpenyakit gila la tu...hahaha....

Nun jauh diSURAKARTA, Jawa Tengah - Tun  Mahathir Mohamad masih ngon ngan ngon gang bercakap pasal politik Barisan Nasional (BN).

Kata Tun M  BN mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tapi masaalah besarnya ramai anggota parti itu berfikiran tidak waras kerana tidak mahu menerima dan tidak akan menyokong calon yang ditandingi oleh BN.

Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Ini kerana, katanya, perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.

"Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.

Masaalahnya sekarang sikap tidak waras banyak berlaku dikalangan ahli komponen BN. Sikap mencantas sesama sendiri dalam UMNO sendiri menjadi masaalah terbesar didalam pilihanraya akan datang kerana tidak suka denga calon yang dipilih Najib.

"Saya tak fikir (Perdana Menteri)  Najib boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.

"Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya.

Kenyataan Mahathir kepada wartawan ini pada Isnin selepas menerima anugerah Doktor Kehormat Ilmu Sosial dan Budaya Dalam Bidang Kepimpinan dan Pemberdayaan Bangsa Melayu oleh Universti Sebelas Maret Indonesia (UNS-Solo), Jawa Tengah.


Tukar baju mayat 3 tahun sekali

Dok cerita politik je...
ni sikit cerita agak seram sikit bagi yang akan terasa seram dengan kisah segolongan kaum manusia di dunia ini yang pelik tapi itulah lah yang mereka lakukan. Cerita ini sekadar maklumat je..bukan-nya ada apa-apa pun.

JAKARTA - Setiap tiga tahun sekali iaitu pada September, sebuah kawasan perkuburan di daerah Toraja, wilayah Selatan Sulawesi Indonesia dipenuhi keluarga si mati bagi melakukan upacara Ma'ene atau ritual menggantikan pakaian si mati termasuk menyolekkan mereka.

Upacara dilakukan dengan menggali semula kubur nenek moyang atau waris, lalu menggantikan pakaian baru.

Menurut penduduk tempatan, upacara ini adalah sebagai penghormatan kepada si mati dan tanda ingatan daripada keluarga mereka.

"Mumia yang siap berpakaian baru itu kemudian dibawa berjalan mengelilingi kampung dan pastinya kelihatan seperti zombi dan ia dilakukan dengan iringan muzik seperti sebuah pesta," katanya.

Beliau berkata, penduduk tempatan percaya bahawa upacara ini dapat mengeratkan 'hubungan' dengan si mati, walaupun telah meninggal dunia lebih ratusan tahun.

Sumber: SH


Isnin, 3 September 2012

Terkini..!! Gambar Najib kena pijak lagi..!!??

Hahaha.....

Sambil senyum je mamat span kuning ni boleh pijak gambar Najib ataupun mungkin terpijak....hehehe....

** Peringatan ~ jangan di-tiru aksi berani dan merbahaya mamat span kuning ni,kerana boleh mendatangkan kemarahan dari Najib dan rakan sebodeknya...hahaha....

Gambar kejadian dan sumber dari : FB Himpunan Janji-janji tokey kedai capati...hahaha...


Zambry Kadir cakap pun keluar bau jijik

Inilah kalau bercakap dalam keadaan saja buat-buat lupa diri,dari mana dia dapat kuasa dan dari mana dia ni boleh jadi Menteri Besar Perak.

Zambry Kadir dalam memperkatakan tentang keputusan mengekalkan kerusi Sungai Siput ditandingi calon MIC ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Sungai Siput di Wisma Umno di sini  hari ini dengan slamber bercakap seperti seorang lanun,kononya kita (UMNO) tidak pernah menggunakan jalan-jalan yang menjijikkan untuk berkuasa.

Kah...kah..kah... Berdekah...dekah mau gelak juga mari...hahaha...

Hahaha....bukan saja rakyat Perak tahu itu macamana sejarah kamu boleh jadi MB Perak,malah seluruh dunia tahu la....tak payah mau cerita balik....semua orang sudah tau la tambi....hahaha...

Zambry....Lu serupa sudah main itu taik...lu saja-saja bikin lupa juga aa.... Lu punya cakap pun ada busuk juga keluar la...hahaha.....

Inilah petikan kata-kata itu Zambry Kadir : -
"Jadi berhati-hatilah dalam setiap perkara yang kita lakukan sebagai orang politik, rakyat biasa. Pengalaman politik negara selama 55 tahun kita merdeka walaupun ada perbezaan, hidup dalam sistem demokrasi yang subur, ada pemerintah, ada pembangkang, kita tidak pernah menggunakan jalan-jalan yang menjijikkan untuk berkuasa," katanya. - Bernama


Penyokong UMNO bertambah berani Najib semakin takut

Sejak kebelakangan ini tindakan ahli-ahli UMNO dan sahabat karibnya seperti PERKASA menjadi berani dalam bertindak ala-penganas dinegara dalam melepaskan rasa geram tak puas hati terhadap Pakatan Rakyat.

Siri-siri kerja ganas tidak bertamadun ahli-ahli UMNO khususnya menjadi-jadi sekarang ini. Sebab musababnya tak perlu dihuraikan panjang lebar kat sini,kalau disebut usung kepala lembu,usung kepala khinzir,simbah cat dan terbaru baling selipar dalam masjid  semasa DSAI beri tazkirah di Kedah,semuanya itu kalau ditanya kepada masyakat umum "Siapa punya kerja..?" bukanlah satu soalan yang susah hendak dijawap, hanya susunan 4 huruf sudah menjadi jawapan tepat...UMNO. Itulah jawapanya...hahaha....

Apa yang dapat aku terjemahkan disini ialah ahli UMNO sekarang ini memang berani dalam bertindak ganas dalam memprotes ketidakpuasan hati terhadap fenomena sokongan rakyat terhadap PR semakin bertambah,mereka sudah berani bertindak diluar akal waras seorang manusia,mungkin kerana berasa ada jaminan tidak akan diberi sebarang tindakan undang-undang. Pihak berkuasa seperti pihak polis pun seakan - akan merestui tindakan mereka. Kalau pihak Pakatan Rakyat baru didapati melakukan sedikit  tindakan yang tidak menyenangkan pihak UMNO BN,maka akan sepantas kilatlah tindakan diambil. Malangnya sebaliknya berlaku jika ahli UMNO lakukan.

Dalam memperkatakan keberanian ahli UMNO dan sekutunya sekarang ini,sebenarnya semua itu menjadikan Najib Tun Razak bertambah takut dan kecut untuk melafaskan tarikh PRU 13. Walaupun Najib sejak kebelakangan ini Najib tak henti-henti berkata PRU sangat hampir,namun dah hampir berbulu telinga rakyat mendengarnya..tarikh PRU 13 entah bila...hahaha.. 

Setiap kali provokasi jahat ahli UMNO BN lakukan terhadap PR,maka Najib bertambah takut dan tambah takut dan bertambah amat takut. Sudahlah Najib terpaksa berbelanja besar didalam setiap program untuk mendapat sokongan rakyat,habis semua aset dan kompenan kerajaan dikerah paksa untuk jayakan,terbaru program konon-nya sambutan 55 tahun Merdeka diBukit Jalil yang memperlihatkan UMNO BN seperti menpergunakan program tersebut untuk kepentingan politik mereka. Berbagai habuan dan upah dilambakan sebagai umpan untuk rakyat hadir. Najib konon-nya rasa dah selesa dengan sambutan tersebut dan semangat nak bubar Parlimen pun dah ada kata Najib.

Malangnya....Selang beberapa hari selepas itu bas Merdeka Rakyat milik PR  disimbah cat dan cerminnya pecah semasa sessi jelajahnya ke Kelantan,ini semua perbuatan tangan dari mereka yang tak perlu aku beritahu...sebab semua dah tahu...haha...kemudian kejadian majlis tazkirah dalam masjid diKedah dikecohkan oleh puak PERKASA sahabat kuat UMNO. Mereka (UMNO) rasa hebat berbuat demikian dan megah,konon-nya mereka berani..haha..tapi sebenarnya itulah keberanian dalam kebodohan. Kejadian ini sebenarnya membantutkan semangat dan keberanian Najib.

Perkara ini disahkan sendiri dari mulut orang kuat UMNO di Taiping Perak dalam sembang-sembang dengan aku semalam,beliau mendakwa segala tindakan ahli UMNO sekarang memang sukar dikawal lagi oleh pimpinan UMNO diperingkat kawasan seterusnya negeri dan pusat. Mereka (ahli UMNO) sebenarnya dah hilang sabar nak berpilihanraya,bertambah jadi haru-biru bila ramai rakan sahabat serta keluarga mereka sendiri meninggalkan UMNO.

Rumusanya ahli UMNO semakin berani disebabkan dah hilang pertimbangan kerana PR semakin hebat,keberanian yang mereka tujukan sebenarnya menyelahkan lagi goyahnya sokongan UMNO BN,jesteru itu impaknya kepada Najib ialah bertambah takut nak bubar Parlimen dan bertambah-tambah kecut terbayangkan menjadi pembangkang di Parlimen selepas PRU 13.

Ahad, 2 September 2012

PERKASA guna selipar khas baling DSAI dalam masjid di Aloq Setar

Hahaha.....

Orang2 UMNO termasuklah PERKASA tahu,sokongan mereka amat kurang..Jadi mereka lebihkan...Lebih Samseng dan lebihkan berSyaitan....

Selipar yang mereka gunakan untuk baling dalam masjid di ibaratkan melempar maruah Najib sendiri,kerana rakyat sekarang pandai menilai atas segala tindakan menyetan mereka ini...

Mungkin inilah selipar khas yang mereka gunakan...hahaha..


Gempar..!!! UMNO Bukit Gantang menghina bendera Malaysia

Dua tiga hari lepas kecoh konon-nya ada pihak kibarkan bendera yang dikatakan nak tukar gantikan bendera Malaysia,tapi perkara tersebut  telah dijawap apa tujuan bendera tersebut dikibarkan dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam sambutan 31 Ogos di Kuala Lumpur.

Kini isu itu dimainkan pihak UMNO yang konon-nya Pakatan Rakyat bercadang nak tukar bendera jika memerintah...bodoh punya isu yang dimainkan UMNO,dah tak ada isu la katakan..hahaha...

Mereka (UMNO) tidak sedar yang penghinaan terhadap bendera Malaysia banyak dilakukan oleh orang-orang UMNO sendiri. Mereka dengan sengaja mengubah suai bendera Malaysia dengan menjahit bendera keris telanjang dan dacing sengget bersama bendera Malaysia.

Tidak-kah itu satu penghinaan pada bendera Malaysia..?? masa bila pula bendera Malaysia dijahit dan apit dengan bendera politik dibenarkan..??

Aku jumpa bendera ni kat jalan masuk Taman Berkat didalam Parlimen Bukito Gantang Perak . Aku harap pihak UMNO kawasan terutama YB Datuk Rosli arahkan bawa turun bendera tersebut atau pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya atas perbuatan menghina bendera Malaysia ini.

Orang-orang Pakatan Rakyat pun satu hal... dok lalu lalang kat situ pun buat tahu saja...mungkin tak perasan atau saja tak nak ambil tahu..