Pengikut

Sabtu, 19 Julai 2014

MH17: Seorang Pejuang Menegakkan Hukum Allah Turut Terkorban

Published: 19 July 2014

Ketua pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar salah satu mangsa yang berada dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 Julai, 2014.

Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.

Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut.

Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.

Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.

"Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini," kata beliau dalam Whatsapp.

Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan.

Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia. – 19 Julai, 2014.

** Artikel  ini Orangni terima dari seorang rakan melalui whatsapp.

Khamis, 17 Julai 2014

TERKINI..!!!!: Petunjuk awal mengapa pesawat MH17 Di-Tembak

Pesawat MAS disangkakan pengangkut tentera Ukraine

Kiev : Media sosial komander pemberontak Ukraine mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut tentera tidak jauh dari lokasi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas dekat sempadan Russia.

Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yang disangkakan sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang besar.

"Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya.

Puak pemberotak itu pernah menembak jatuh sebuah pesawat An-26 di kawasan timur Ukraine yang dikuasai mereka pada 14 Jun lalu membunuh 49 kakitangan kerajaan.

"Kami telah memberi amaran (pada tentera Ukraine) jangan terbang di 'langit kami'," kata Strelkov dalam satu pos. "Dan ini video yang mengesahkan 'burung itu jatuh'," katanya dalam satu pos lain. - AFP

Gambar-Gambar Terkini Keadaan Pesawat MAS M17 yang Di-Tembak Jatuh

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh. "Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.

Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News

Pesawat Malaysia MH17 terhempas kerana ditembak di Ukraine

MOSCOW 17 Julai - Sebuah pesawat penumpang Malaysia membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor Interfax memetik sumber industri penerbangan sebagai berkata.

Menurut laporan itu, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu setakat ini. - Reuters

Isnin, 14 Julai 2014

Tabur Bunga atas Kubur Amalan Yahudi

KANGAR - Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, hari ini.

Ahad, 13 Julai 2014

Kekejaman Israel di Palestin menampakkan sikap celaka PR dan BN

UMNO- Tidak akan arah ahli membuat bantahan besar-besaran terhadap kekejaman Israel di Palestin sebab kat sana tiada orang pakai songkok tinggi di Palestin
.

PR- Tidak akan arah ahli buat demonstrasi besar-besaran bantah  kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin sebab tiada SPR,GST dan UMNO di Palestin.

Kalaulah Israel serang Palestin sewaktu hampir PRU....nescaya bertempiklah hero2 politik PR khususnya PAS akan kerah,akan suruh ahli turun buat demonstrasi...biar dihalang seratus kontinjen FRU pun ahli kena turun...alasanya Wa'la...tapi sekarang Israel serang Palestin diwaktu lambat lagi PRU...ahli hanya diminta berdoa dan bersolat hajat saja... Apakah perjuangan terbatas untuk menangkan parti dalam PRU saja... isu umat islam diluar negara tak tersenarai dalam perjuangan...atau macamana...cuba habaq mai wahai PR khususnya PAS....

Dan kini aku dok nampak PAS hanya parti Siasah(politik) semata-mata bukanlah parti Dakwah dan tarbiah dan itu  hanya auta politik.

Tindakan hanya demi keuntungan politik kepada pemimpin saja. Laungan Takbir hanya untuk perjuangan politik melayu Islam SAHAJA.

Beza PAS dan UMNO hanya pada bendera saja dalam isu kekejaman Israel di Palestin. Lagak hero hanya dengan membalut mafla bendera GAZA dibahu sahaja. Berdemo besar-besaran seperti BERSIH dan bantah GST hanya demi kepentingan nafsu politik semata-mata...

** Celakalah Israel dan sekutunya..!!!!