Pengikut

Sabtu, 19 Januari 2013

"PRU dah dekat dan hampir" - Jom tengok koleksi Najib menyalak....


Najib adalah  Perdana Menteri yang boleh dinobatkan paling banyak kali sebut nak bubar parlimen......hahaha...

Makin kerap Najib ulang kenyataan nak bubar,nak bubar,nak bubar....naik berbulu telinga rakyat negara ini dengar...hahaha...

Najib ingat...rakyat semua tak tahu yang Najib amat takut nak laksanakan apa yang dia cakap...hahaha...

Dah hampir..!!! Dah sangat hampir..!!! Tersangat hampir dah...!!! Dah ada semangat nak bubar...!!!,  'Rasa-rasa hendak hadap Agong esok','Saya rasa nak umum pilihan raya dah'

Terbaru hari ini ....PRU: 'Ambo nak umum dah' ketika Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di Kota Bahru Kelantan...Ini kali kedua kalau tak silap Orangni  Najib berkata sedemikian pada rakyat Kelantan.

Kita tunggu lepas ni apa pula kata Najib.....

Janji dicapati pilihanraya amat ditakuti...hahaha....



Ibarat anjing menyalak dikatakan takut akan hantu... 
Najib menyalak takutkan PRU....


Kelentong 1: Semangat nak bubar Parlimen...

Kelentong 2: Rasa nak umum PRU dah...
Kelentong 3: Esok...mau mengadap Agong...

Kelentong 4: Ambo nak umum dah

Muhyiddin pun tumpang kelentong....hahaha...

Aku rasanya banyak lagi koleksi menyalak kelentong akan dibuat Presiden UMNO selepas ini ...hahaha....

Jumaat, 18 Januari 2013

Bergambar : Rosmah lancarkan senamjoget Wanita Felda pulak dah.....

19 Jan 2013 -- Ballroom, Menara FELDA, Jalan Stonor, Persiaran KLCC, 54000 Kuala Lumpur. Berjoget sakan DS Rosmah dalam majlis Pelancaran Senamrobik Perdana FELDA. Mak ai.... Senamrobik Perdana Felda pun ada...hahaha....

Sebelum itu belansung pelancaran Persatuan Wanita FELDA (WADA). Kedua-dua program ini disempurnakan peminat Wanita Joget 1Malaysia...siapa lagi..? Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri  Najib la....hahaha....

Turut sama dalam program ini ialah isteri TS Isa Samad ,Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Dah memang jadi tradisi dalam apa saja majlis kalau menjemput Rosmah pasti ada acara berjoget atau senamrobot..hahaha..

Ceh..wah..!!!!  Rosmah Mansor ketika melakukan senamrobik pada Majlis Pelancaran Wanita Felda (WADA) dan Senamrobik Perdana Felda di sini, hari ini.Turut hadir, isteri Pengerusi Felda, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (kiri).

Aksi bini PM melakukan senamjoget atau senamrobot..??

Gelora UMNO Kemunting : Penyokong UMNO pening 6 bakal calon UMNO berentap untuk rebut DUN Kemunting

N16 DUN Kemunting didalam Parlimen Taiping Perak sekarang sudah riuh rendah diperkatakan oleh penduduk disini mengenai perebutan dan percakaran sesama sendiri dikalangan ahli UMNO untuk jadi bakal calon bagi PRU akan datang.

Zahir
Penyandang kerusi DUN Kemunting YB Dato Mohd Zahir Khalid yang menang di N16 pada PRU lepas dengan yang menang mejoriti hanya 555 undi dikatakan masih didalam keadaan tidur tak lena untuk mengekalkan keduduknya sebagai ADUN Kemunting. 

Walaupun YB yang digelar "YB Banner" ini sudah bersiap sedia sekiranya dicalonkan semula,namun keadaan dalaman UMNO di Kemunting sebenarnya bergolak amat kencang sekarang.

Apa tidak-nya....dikhabarkan ada 5 orang lagi individu  dikatakan bakal jadi calon  dan sedang hebat mengumpul kekuatan penyokong sendiri untuk bertanding di DUN Kemunting. 

Para penyokong UMNO di DUN Kemunting mulai berpecah-pecah menjadi beberapa kumpulan dan ada pening kepala dengan situasi ini.

Berikut adalah serba sedikit kisah dan cerita  5 individu yang hangat diperkatakan akan bertanding di N16 yang memeningkan kepala penyokong UMNO sendiri.

PERTAMAYB Dato Mohd Zahir Khalid ( Sinopsis cerita seperti yang diatas)

Shalimin
KEDUA: Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Shalimin  dikatakan telah dipelawa oleh MB Perak yang tidak halal DS Zambry Kadir untuk bertanding di N16, namun dikatakan Shalimin masih berbelah bagi untuk menerima tawaran Zambry tersebut kerana beberapa sebab. Sebab pertama ialah kerana risau jika tewas bertanding dalam PRU itu nanti akan memburukan krebilitinya sebagai seorang Ketua Bahagian serta Setpol kepada Zambry sendiri akan tercemar. Kedua disebabkan Shalimin masih berasa segan dengan YB Zahir yang juga rakan baik-nya dan akhir sekali Shalimin juga dikatakan telah dijanjikan jawatan senator dari UMNO Pusat sekira-nya UMNO BN berkuasa lagi selepas PRU13...jadi tak bertanding pun tidak jadi hal buat Shalimin sebab dah dijanji capati oleh Najib dengan jawatan....hahaha..

Yatimah
KETIGA: Datin Yatimah Bt Khalid  isteri kepada Dato Malek (mantan KBU Taiping) juga dikatakan hangat dilobi oleh wanita UMNO Taiping untuk dicalonkan,tambahan pula Yatimah adalah seorang isteri kepada seorang mantan YB bagi DUN N16.

KE-EMPAT : Anas Md  Yusof seorang AJK UMNO Bahagian dikatakan juga disenaraikan untuk bertanding- dari senarai  UMNO Pusat.

KE-LIMA : Jeffry Mohd Rejab  bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian juga dikatakan disenaraikan sebagai bakal calon di N16.- dari senarai  UMNO Pusat. (Dikatakan dibantah keras oleh kebanyakan ahli UMNO sendiri).

KE-ENAM :  Individu bernama Faizal  seorang peguam juga dikatakan akan bertanding bagi N16. Khabarnya Faizal ini adalah satu-satunya calon yang bersih dikalangan 6 nama yang hangat sekarang dalam UMNO Kemunting Taiping.

"Kami akan boikot UMNO sekiranya orang yang dicalon bukan pilihan kami" - Kata seorang ahli UMNO yang ditemui.

Hahaha....mana satu-kah calon UMNO bagi  N16 DUN Kemunting yang akan ke pertandingan PRU13..??? 

Nampaknya 6 Jahanam sudah muncul di N16 Kemunting yang sudah memporak peranda-kan dalaman UMNO...hahaha....

Khamis, 17 Januari 2013

Jom..!!!! Datin Seri Rosmah jemput ke rumah untuk periksa cincin-nya

Isu Cincin: Sumpah kerana Allah... tapi rambut terjojol kerana siapa..??

KUALA LUMPUR, 17 Jan - - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar sebesar gumpalan rambut-nya yang terjojol di hadapan balu-balu tentera  pada majlis Makan Malam Meraikan Balu Tentera dan perasmian Persatuan Peniaga-Peniaga Bekas Tentera di Kementerian Pertahanan Malaysia malam tadi apabila beliau dengan beraninya telah bersumpah kerana Allah swt yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.

"Saya berani sumpah... Saya berani sumpah waallah saya tidak ada cincin itu di tangan saya langsung" - Ujar Rosmah dengan berani-nya...haha..

Mungkin sudah tidak sanggup menanggung tomahan serta fitnah setiap hari berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia yang dikatakan milik beliau.

“Tak kisahlah apa mereka nak cakap…biarlah mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa…kita ni sabar sahajalah.

“Selagi saya boleh sabar saya akan sabar…saya tahu agenda mereka yang utama adalah untukk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada antaranya.

“Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya.

“Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang ke rumah saya dan lihat sendiri cincin itu…tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu. 

“Sebab itu saya berani bersumpah…kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran…kenapa kita nak takut bersihkan nama kita,” katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan.

Justeru, beliau berharap masyarakat tidak mempercayai sepenuhnya segala cerita-cerita buruk berkaitan dirinya sebaliknya Rosmah mohon di-siasat sama ada perkara itu benar atau tidak.

“Jadi mereka ini memang suka buat fitnah…kalau ada apa-apa soalan tentang diri saya boleh datang dan tanya pada saya terus.“Jangan dengar cerita dari mulut orang seperti mereka ini,” katanya. 

Sesiapa yang nak periksa cincin Rosmah....silalah kerumah-nya...hahaha.... 

Kes Naya..!!! Najib Tun Razak kirim surat kepada Orang ni blogspot

Hari ini aku memang disahkan boleh mengundi di Negeri Perak bagi Parlimen Beruas dan DUN Pantai Remis.. Kalau ada umur panjang sehingga tarikh pengundian In Sha Allah aku akan jadi pengundi buat kali pertama dalam PRU negara untuk diri aku.

Sebab sebelum ini semasa dalam perkhidmatan kerajaan aku tak pernah membuang undi sejak mula perkhidmatan sehingga tamat perkhidmatan. Semua undi bagi diri aku telah diwakil paksa tampa pengetahuan dipangkaholeh orang lain...hahaha... 

Faham-faham saja la.....time tu tak tahu lagi apa itu politik,walaupun aku amat tahu UMNO BN itu kerja-nya menipu rakyat dan anggota kerajaan.

Nak jadi cerita pagi tadi dapat satu sampul surat warna putih yang tidak di-undang, bila dibuka...terus nampak muka najib..hahaha....

Apakah malang-nya aku hari ini dapat surat ada muka Najib..???

"Marilah bersama saya membina masa depan Malaysia yang kita impikan." itulah yang ditulis dan ditandatangan oleh Mohd Najib Tun Razak.

Nasib tak ada muka Rosmah...kalau ada mungkin tak sempat aku baca dah kena masuk tong sampah...hahaha.... 

Di-bahagian  belakang surat tersebut maklumat tempat yang perlu aku buang undi jika PRU nanti. Jadi sah-lah aku (Orangni blogspot)  pengundi berdaftar...hahaha....

Nampaknya Najib sendiri merayu kat aku minta undi UMNO BN....hahaha...

Masa yang aku ambil nak fikir keputusan rayuan Najib hanya beberapa ketika saja..ambil kamera,snap gambar....lepas tu aku gumpal-gumpal surat tersebut kemudian keeeeeeee...TONG SAMPAH jua tempatnya...hahaha... Itu lah jawapan kepada rayuan kamu Najib...hehehe....
Ke Tong Smapah surat ini jawapanya...

Yeah..!!! Disahkan....Aku boleh undi Pakatan Rakyat PRU-13 nanti..

Rakan sahabat yang berkemungkinan juga terima surat sebegini dinasihatkan jangan meniru aksi agak ganas aku buang surat tersebut ke tong sampah...sila bakar atau masukan ke lubang tandas adalah lebih baik....hahaha....


Rabu, 16 Januari 2013

PANAS..!!! Sijil Kahwin Ulama Muda UMNO di Selatan Thailand tersebar

Seseorang setelah E-mail kat aku gambar sijil pernikahan yang dipercayai dikeluarkan dari negara Selatan Thailan..

Tertera kat sijil tersebut ialah nama seorang Ulama Muda UMNO yang lantang bersuara sekarang.. 

Nama pengantin perempuan Pn. Maria Joy Frlano...siapa perempuan tersebut..?? Nama-nya bukan macam nama orang melayu. Ada sumber mengatakan perempuan tersebut dari Filipina. Benar kah...???

Kesahihan-nya aku pun tak tahu....korang nilai dan selidik sendiri...hahaha...

Tertera nama penganti lelaki Fathul Bari Mat Jahaya

Keratan dari penulisan MSO yang menyentuh isu ini

Isnin, 14 Januari 2013

Edisi Thumpho Haoup : Orang Melayu Perak udah tak hinggin baca sorat khabo Melayu...sorat khabo cina deme baca..

Sekarang ini orang orang sebelah lambor,Batu 16 dan Bota sudah mula membaca surat khabor Cine.Nampaknya surat khabor Cina telah meningkat permintaannya akibat pertambahan pembacanya.Ini telah  dinyatakan sendiri  oleh Cina Tanjung Tualang dan Pekan Parit.Peniaga peniaga surat akhbar ini menyatakan keheranan mereka dengan gelagat pembaca Melayu yang ganjil ini.Biasanya pembeli Melayu ini membeli dengan kuantiti yang besar.

Pihak yang menyiasat telah melakukan siasatan terhadap fenomena baru tersebut.Mengapakah terjadinya suatu perkara yang mustahil itu.Penyiasat  telah pergi ke pusat pusat tuisyen di sekitar Bota dan Seri Iskandar,meninjau kemungkinan wujud kelas kelas bahasa Cina yang diikuti oleh pelajar Melayu.Didapati tiada pusat tuisyen yang menganjurkan kelas bahasa Cina disini.




Siasat punya siasat,rupa rupanya gelagat orang ramai ini berpusu pusu mendapatkan surat khabor cina ini ialah untuk mendapatkan gambaran yang sebenar mengenai Himpunan Rakyat KL122.

Mereka terpaksa mendapatkan naskah Nanyang Siang Pau,Sin Chew Daily dan Guang Ming ini kerana mendapati lapuran dari akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan dan Berita Harian adalah penuh dengan penipuan dan data data yang dikeluarkan adalah diragui dan boleh dipertikaikan kebenarannya.

Untuk menangani permasalahan ini,maka mereka terpaksalah membaca naskah berbahasa Cina yang lebih telus dan benar dalam melaporkan berita berita negara.

Oleh kerana tidak boleh membaca tulisan mandarin,maka penduduk terpaksalah meminta rakan tionghua mereka untuk membuat terjemahan.Mana mana yang tak ade rakan tionghua tu,terpaksa lah mereka meneka dan mengagak isi cerita berdasarkan gambor..hi..hi..Walaupun terpaksa berbuat demikian,mereka tetap berpuashati daripada terus diperbodohkan oleh surat akhbar-surat akhbar Melayu itu.. - TBO

Orangni: Alamat Thumpho Haoup le sorat khabo yang nyokong UMNO...ramei udah tak hinggin membace utusan meloya dan suku sakatnye...asyik memuto belit cherite je..korje nye....hahaha...


Najib Perdana Menteri Pertama ucap "Terima Kasih" kepada Peserta HKR#112KL

"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat Akta itu," - itu kata-kata Najib pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini hari ini. - Bernama.

Walaupun ayat kenyataan Najib nampak berlapik dengan konon-nya disebabkan pembangkang menghormati semangat Akta,namun tersirat maksud lain sebenarnya.

Tidak pernah-pernah keluar dari mulut  seorang Perdana Menteri Malaysia dari UMNO mengucapkan penghargaan "Terima Kasih" kepada pembangkang tapi kali ini Najib dilihat akur dengan kemampuan Pakatan Rakyat yang berjaya melaksanakan sebuah himpunan terbesar di Stadium Negara.

Sebenar-nya kejayaan Pakatan Rakyat mengadakan siri-siri himpunan bukan ini kali pertama,sedah banyak kali dianjurkan dan semua-nya berjaya dilaksanakan. Namun disebabkan provokasi jahat arahan UMNO BN sendiri yang menyebabkan segalanya nampak huru-hara.

Kejadian baling kasut,baling batu,simbah cat dan sebagai-nya semua berlaku didalam perhimpunan atau program Pakatan Rakyat disabitkan oleh UMNO BN sendiri.

Tiada dalam lipatan sejarah politik anggota atau penyokong Pakatan Rakyat membuat kacau didalam program UMNO BN. Sebaliknya hanya UMNO BN dilihat yang melakukan.

Sekarang Najib sudah sedar,sudah akur dan sudah yakin bahawa Pakatan Rakyat mampu melaksanakan sebarang perhimpunan besar dan sebagai-nya untuk kebaikan negara.

Bayangan UMNO BN menjadi pembangkang selepas PRU 13 seperti dijangka awal oleh Presiden UMNO sendiri.

Mengenai ucapan "Terima Kasih" Najib...Ucapaan balas "Terima Kasih Kembali" atau "Sama-sama" terpulang kepada rakyat yang datang menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Ada sesiapa nak ucap "Sama-sama Najib"..??



Ahad, 13 Januari 2013

AMARAN KEPADA UMNO BN: Tipu PRU,Rakyat Bangkit Humban Kamu..!!!! - DSAI

12hb Januari 2013 – Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #112KL aku tengok memberi banyak kesimpulan untuk politik Malaysia. 

Hakikat sebenarnya menunjukkan himpunan ini adalah himpunan rakyat terbesar bagi penyokong Pakatan Rakyat sebelum menghadapi PRU yang sangat hampir dan macam biasa UMNO BN berusaha menipu rakyat dengan mengatakan  jumlah kehadiran  himpunan tersebut sangat kecil serta yang paling ketara ialah mengatakan  HKR dengan panggilan Himpunan Shamsidar.


Semua ini menunjuk-kan kerisauan tahap melampau,kritikal dan nazak dipihak UMNO BN amat ketara sekali dengan kelancaran dan kejayaan HKR. 

Sifat Media Massa yang dikuasai UMNO BN yang memutar belit keadaan sebenar (HKR) dengan menyiarkan berita-berita palsu sebenar-nya sudah muak bagi rakyat mendengar dan mempercayainya.

Semakin kuat Media Massa menipu maka semakin kuat kebencian rakyat terhadap UMNO BN. 

Jesteru itu aku berpendapat bahawa kata ucapan  Datuk Seri Anwar Ibrahim di HKR yang menyentuh kata-kata yang tertera disehelai banner didalam Stadium Merdeka yang berbunyi " AMARAN: Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu" tidak di-hiraukan UMNO BN,kerana memang sifat menipu itu sudah sebati dengan UMNO BN sejak sekian lama. 

Menyentuh  Deklarasi HKR #112KL yang baca oleh semua yang membanjiri Stadium Merdeka pada HKR yang menyenaraikan 10 tuntutan sememang-nya sudah tidak di hiraukan dan terus langgar oleh UMNO BN.

Media  yang bebas dan telus yang dituntut dalam deklarasi terus di langgar Media Massa UMNO BN tak sampai 24jam di baca oleh peserta HKR. Dikelentong jumlah yang hadir serta di ubah nama perhimpunan kepada nama yang tiada kaitan langsung dengan HKR.

UMNO BN sebenarnya sudah lama dihayun-hayun oleh rakyat untuk dihumban...seperti perbuatan orang nak buang sampah kedalam tong sampah...1...2...tunggu angka 3 saja lagi untuk dihumban kedalam tong sampah, begitulah keadaan-nya.


Isu Kalimah suci "Allah": Ini Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak


Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.


Sumber FBMisbah Munir Munir

Jom tengok..!!! Sebahagian Gambar HKR Dalam Stadium Merdeka yang menyeramkan Najib

Peringatan : Kepada ahli UMNO BN yang tertengok gambar-gambar ini atau teringin nak tengok,akan tetapi  lemah semangat dinasihatkan sila tinggalkan parti UMNO BN sebagai mengelak-kan penyakit lemah semangat berlarutan...hahahaha.....
Sila Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

























**Semua gambar-gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 diatas bukanlah hak milik pemilik Orangni blogspot.....hanya kamera yang ambil gambar ini sahaja hak milik Orangni blogspot...hahaha....