Pengikut

Sabtu, 30 November 2013

Kazim Elias digelar "TOK GURU TEROMPAH" oleh Mantan KB UMNO Bukit Gantang

Saya mengucapkan "TAHNIAH" kepada Peresiden UMNO Malaysia yang telah melantik Ahli Agama sebagai MT tambahan. Tahniah kepada Ustaz Qazim Elias Al Hafiz moga dapat merperjuangkan soal agama dari dalam. Tapi percayalah akan ada kumpulan yang akan berkata "TOK GURU TEROMPAH". - FB Rosli Husin mantan ADUN Terong
Dalam para macai-macai UMNO Munafiqkun dok sibuk ucap tahniah,syabas dan macam-macam kata penghargaan kat Kazim Elias sempena dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO semalam,rupanya ada juga sorang mantan YB ADUN Terong yang juga mantan Ketua UMNO Bahagian sempat ucap tahniah disamping menyindir Kazim Elias sebagai "TOK GURU TEROMPAH".

Konon-nya bakal ada kumpulan yang akan berkata "TOK GURU TEROMPAH" kat Kazim Elias....hahaha... nampaknya belum sempat orang lain atau orang luar dari UMNO gelar Kazim apa-apa lagi,Rosli Husin dah agak Kazim bakal terima gelaran amat busuk ini iaitu sebagai "TOK GURU TEROMPAH".

Korang tahukah apa maksud "TOK GURU TEROMPAH"..???

Maksud tersiratnya macam ni.... korang tentu pernah pegi ke mana-mana tandas awam,tandas surau atau tandas masjid...kasut terompah kayu amat popular disediakan untuk digunakan untuk masuk tandas dan tujuan masuk tandas..sebab masuk tandas tak perlulah Orangni nak ulas...hahaha...

Selesai urusan dalam tandas...kayu terompah kayu ini akan ditinggalkan setelah selesai tugasnya menjadi alas kaki untuk membawa seseorang untuk urusan melepaskan bahan buangan...hahaha...

Kasut terompah kayu hanya jadi alas kaki untuk masuk dalam tandas saja_dah selsesai hajat ditandas terompah tidak digunakan lagi.

Haaa...Faham tak lagi..?? Macam tu lah maksud busuk yang tersirat untuk gelaran "TOK GURU TEROMPAH" didalam UMNO.

Orang macam Kazim ini hanya akan jadi alas kaki bagi puak pemimpin UMNO Munafiqkun dalam isu agama,setelah selesai mempertahankan mereka,menjawap segala isu dalam hal agama semata-mata untuk kepentingan diri,sepertimana terompah kayu menjadi alas kaki seseorang dari terpijak bahan najis dalam tandas,maka ia akan ditinggalkan dan akan digunakan bila keperluan untuk hajat membuang najis sahaja.

Orangni bagi satu contoh Kazim akan menjadi "TOK GURU TEROMPAH",andaikata ada soalan atau isu mengenai seorang isteri PM yang suka menjojolkan rambut (mendedahkan aurat) maka jawapan pasti isteri PM tidak salah,PM tidak salah dan UMNO itu tidak salah dengan jawapan-jawapan yang direka oleh Kazim malah pihak yang mempertikaikan isteri PM pula akan salah kerana mempertikaikan...itulah "TOK GURU TEROMPAH" didalam UMNO Munafiqkun. Selamat menjadi "TOK GURU TEROMPAH" sebagai alas kaki puak pemimpin UMNO kepada Kazim diucapkan....hahaha....




Jumaat, 29 November 2013

Pendedahan Tergempar..!!! Kazim dilantik sebagai MT UMNO tanpa mendaftar sebagai ahli dalam UMNO..!!??

TENGOK, DENGAR DAN FIKIR...
TENGOK: Pada banner yang terpanpang dibelakang Kazim,ada tertera angka 1434H dipercayai dalam bulan syawal dalam tahun ini (2013)

DENGAR: "Saya bukan ahli UMNO" - kata Kazim... 

FIKIR...: Munafik jenis apakah manusia bernama Mohamad Kazim Elias ini..?? Adakah beliau dilantik jadi Ahli Majlis Teringgi tanpa perlu menjadi ahli UMNO..?? 
Musykil: Tak sampai setahun jagung jadi ahli UMNO,andaikata Kazim mendaftar selepas berceramah dalam video diatas dah boleh jadi MT...wah..!!! hebat betul cara Kazim mengampu....hahaha....



Wajah terbaru Kazim Elias selepas dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO

Dibawah ini cerita terbaru pasal Kazim...

Dibawah ini wajah terbaru Kazim...
Ini wajah terbaru kazim yang dah lama sebenarnya dan kerana gambar inilah Orangni pernah dimaki hamun serta dihentam teruk dalam komen diblog ini dalam tajuk "Kazim dijemput UMNO untuk berceramah Politik Perdana di Selama Perak."
Paling bestnya ada macai UMNO yang ugut nak suruh Kazim buat report dan dakwa Orangni...hahaha..
Haaa...sekarang apa macam macai UMNO..???
Bukankah Kazim itu memang sebusuk usus yang rosak dalam UMNO...???
Hahahahahahaha.......

Rabu, 27 November 2013

Gambar Terkini Datuk Fauzi Shaari Bekas Calon PAS Larut Masih Di Wad ICU

Sebelum ini Orangni ada update mengenai kisah Datuk Fauzi Shaari  dirawat di hospital Selayang, tingkat 9B. Nampaknya bekas calon PAS Larut dalam PRU-13 ini masih terlantar diwad ICU dihospital tersebut hingga sekarang.
Datuk Haji Fauzi Shaari (lahir 25 September 1950) adalah bekas anggota polis dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.

Setelah bersara dari PDRM Dato Haji Fauzi Shaari telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Perak pada 20 Mei 2012.

Pada PRU13 yang lalu Dato Fauzi telah bertanding mewakili PAS di Parlimen Larut,bagaimanapun beliau tewas ditangan calon BN.


** Marilah kita semua mendoakan semoga Dato Fauzi kembali sembuh dari segala penyakit yang dihidapinya...amin..


Waran tangkap pengendali BLOG 'Papa Gomo'

Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, selepas gagal hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak penjagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.
Hakim Syarie Mohammad Adib Husain mengeluarkan perintah itu selepas mendengar permohonan peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isteri Wan Muhammad Azri, Bellina Omar Sharifuddin Chin, 28, selaku pemohon kes berkenaan. 
Pelaksanaan waran tangkap itu diberikan kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis. 
Mahkamah kemudian menetapkan 28 Januari tahun depan untuk sebutan kes.
Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan mahkamah, notis tunjuk sebab disampaikan kepada Wan Muhammad Azri selaku responden di kediamannya pada jam 9.41 malam, 7 November lalu.

Selasa, 26 November 2013

11 PKR Sabah melompat tepat seperti yang dijangka

Seperti yg Orangni jangka...
Bila Najib bagi signal, mereka akan umum KELUAR PARTI. 

Orangni  dah update dalam blog sebelum ini tapi xde yg nak ambik kisah,maklumlah blog Orangni tak hebat untuk diambil perhatian...hahaha....

Nah...ambikaw..!!! 11 ahli PKR dah melompat keluar dan sokong UMNO BN..: 

1) Angki Addek ( Adun Kota Marudu)
2) Anthony Mandiau (Kota Marudu)
3) Juhani Abd Halim
4) Mohd Jun ( Kelabakan)
5) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6) Lokuan Ureh ( Semporna)
7) Timoty Lim ( Sepangar)

8) Apandy Sipin ( Persiangan)

9) Soloh Yuna (Kota belud)
10) Jelani Hamdan (Adun Matunggong)
11) Jeremmy Malajad (Kedamaian)

Now u see lah!! Ini 11 dari 15 yg aku target! And definately tepat kesemua 11 nama tu. Yang 4 lagi kenapa? Najib x bagi ishtihar ke?

Yang ni baru considered PENGKHIANAT!!!


Ini jangkaan Orangni: 

Jumaat, 8 November 2013

Edisi Demam Panas: 15 Cabang PKR Sabah Akan Bubar Dan Sertai Parti Baru Dalam Waktu Terdekat..???

Isnin, 25 November 2013

YB Ust Azam ucap terima kasih kepada PAS Kawasan Bukit Gantang


** Turut menjadi ahli panel dalam forum tersebut ialah Ust Mohd Akmal Kamarudin (Timbalan ketua Pemuda PAS Perak/Pendakwah bebas)
Surau Hidayah Taman Jebong Aman : YB Mohd Azam ADUN N20 Sungai Limau dalam forum Maal Hijrah disini sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada jentera PAS Bukit Gantang dalam menjayakan PRK  N20 baru-baru ini. 

Beliau mewakili PAS Kawasan Jerai juga amat menghargai jentera PAS Perak yang berkampung di Sg Limau sepanjang PRK. 
( PAS Perak - Kampung Selingkoh dan Simpang Tiga)

YB Azam juga turut  menyentuh isu salahguna kuasa oleh UMNO BN dalam PRK tersebut -
"Seandainya seorang tok iman sebuah masjid mengunakan duit tabung masjid,khemah masjid, semua barang masjid dan semua AJK masjid semata-mata untuk majlis kenduri kahwin anaknya..bagaimana pendapat tuan-tuan..?. Begitulah keadaan UMNO BN didalam PRK Sg Limau baru-baru ini. Mereka (UMNO) salahguna semua jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka dengan mengunakan slogan "Berani Hijrah",sebaliknya mereka menghina konsep hijrah tersebut dengan salahguna kuasa dengan menyongok pengundi dengan kebendaan.
******
** 4 Nov : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila hanya memperoleh 10,985 undi.
Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.