Beginilah antara rupabentuk Mykad baru ini nanti bagi menggantaikan mykad lama. Kebetulan antara kami baru sahaja menukar Mykad sebelum ini, yang mana mengalami kerosakan di bahagian cipnya. Cepat sangat berkaratnya. Padahal, bukannya terdedah di tempat yang lembap apatah lagi tempat yang basah. Tetapi itula…
“Kalau dah nak jadi, jadi juga”
Tetapi, ada tetapinya walau secanggih mana pun kaedah encrypt, kad pengenalan (IC lama) masih dianggap antara yang ada “kualitinya tersendiri” ditambah dengan hasil handwritting yang agak unik. Memang legend kad pengenalan lama seperti di bawah ini.
Yang mana kebetulan, mykad anda dah sampai tahap kena bertampal-tampal tepi dengan salotape (pita pelekat), mungkin inilah peluang terbaik anda untuk menukarnya dengan yang baru.
Tetapi kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, pengguna MyKad lama tak wajib untuk tukar kepada MyKad baru. Terpulang….kepada kepada kita semua. Cuma yang baru nak buat itu, semestinya Mykad baru ini pilihan yang terbaik
Antara kelebihan dan penambaikan Mykad baru ini adalah :
- Mampu menangani masalah pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.
- Diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan
- Menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.
- MyKad baru ini juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.
Dalam pada masa yang sama kami nak berkongsi koleksi gambar kad pengenalan lama milik Perdana Mneteri malaysia yang terdahulu. Antaranya :
1) Kad Pengenalan Lama Tunku Abdul Rahman
2) Kad Pengenalan Lama Tun Abdul Razak
3) Kad Pengenalan Lama Tun Hussein Onn
4) Kad Pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad
5) Kad Pengenalan Tun Abdul Ahmad Badawi
P/S : Cuma diharap, Mykad baru ini penambaikan yang dilakukan ini berjaya ditingkat daripada segi ketahanannya seperti yang diwarwarkan. Apa pandangan dengan Mykad baru kali ini?