kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran.
-A.Samad Said
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said Sasterawan Negara Malaysia semalam didalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 begitu terharu kerana pembaca PUISI sepertinya telah diangkat dan diberi peluang berpuisi demi menuntut keadilan dinegara ini.
Pak Samad juga tidak menyangka rupa-rupanya Puisi boleh diangkat dan menjadi senjata dalam perjuangan dinegara ini dalam menghancurkan kezaliman.
"Di usia saya 78 tahun, ini-lah kali pertama saya membaca Puisi dihadapan hadirin sebegini ramai"- Ujar Pak Samad diatas pentas HKR semalam.
Kurang 24 jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, rupanya khabar dari seberang tambak seakan menambah semangat peserta himpunan!
Bukan setakat pakar poltik mengesahkan, malah hasil kajian pakar ekonomi turut senada seirama meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang kali ini.
Ini disahkan sendiri ketua ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang disiarkan di akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya.
Azrul menambah, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.
Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini.
Ia mengambil kira corak demografi dan pendapatan penduduk sesebuah kerusi parlimen dan dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang disemak setiap bulan sebagai rujukan, malah Bank Negara turut menganalisis data ekonomi negara dan bank komersil akan membandingkannya dengan data mereka.
Dari segi reaksi warga perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau berkata ia sesuatu yang lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru dengan dasar serta polisi kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj terhadap kerajaan baru walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini mencecah RM502 bilion tahun lalu.
Manakala dari sudut pasaran saham, beliau menjangka akan ada perubahan positif terhadap urusniaga yang indeks utama Bursa Malaysia, FBM-KLCI kini berlegar antara 1650 ke 1700 mata sejak sebulan lalu.
Beliau menjangka aliran modal masuk ke Malaysia akan bertambah selepas pilihanraya umum yang akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kadarnya perlahan.
BN kini berusaha keras memenangi pilihanraya umum kali ini yang disifatkan paling getir dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahu lalu dari British.-- harakahdaily/-
Setelah beberapa siri melucahkan pemikiran rakyat dinegara
ini yang didalangi puak UMNO BN seperti isu vedio Trio Datuk T dan sebagainya.
Nampaknya puak Syaitan yang dikenali ini tak henti-henti
membuat kerja jijik dengan memfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat dengan
mengunakan tektik vedio lucah sebagai senjata mereka.
Terkini didapati dalam beberapa blog dan portal dari lidah
Syaitan yang dikenali mengeluarkan posting yang mengatakan terdapat sebuah
vedio hangat 28 saat di Pulau Pinang.
Buat permulaan sekarang para blogger dan cybertrooper UMNO BN seolah-olah buat tertanya-tanya...siapa boleh sahkan.? siapa punya angkara..? siapa individu tersebut..? Ini semua soalan yang sengaja dibuat-buat dan kemudian meletuplah di Youtube dan akhirnya masuk lah cerita lucah dalam TV3 suku...hahaha....
Sebagai permulaan siri fitnah lucah untuk kali ini diserkap konon-nya melibatkanpemimpin
PKR ,seorang lelaki Melayu yang merupakan seorang rakan karib Ketua Umumnya,DS
Anwar Ibrahim. kalau tidak silap panggilan mesranya ialah “Chot”.
Menurut posting dari blog pemuja Syaitan yang dikenali video
tersebut telah tersebar dengan meluas di Pulau Pinang menerusi kedai-kedai
telefon bimbit di mana para “tauke” kedai serta pekerja-pekerja yang
rata-ratanya Cina DAP sudah maklum mengenai video “panas” itu.
Apa la nak jadi dengan
anakbangsa negara ini, sudah tentu slot video hangat dan kisah lucah ini
dimainkan didada TV seperti TV3 dan RTM yang sememang-nya menjadi Pak Turut
kepada UMNO BN. Siapa la pulak pelakon yang diupah UMNO untuk siri fitnah lucah kali ini..
Rakyat Selangor "DiKambing Hitamkan" oleh Syaitan Yang Dikenali
Tong Air untuk lakonan:Pemimpin UMNO sanggup anjurkan lakonan mengenai isu air.
10/01/2013--Jam 12:35, Taman Maluri: Dipercayai kerana 'Ikut Arahan Sekat Air' oleh UMNO BN yang terdesak ingin merampas Selangor dari kerajaan PR....akibatnya sebatang paip air besar pecah dihadapan CIMB Taman Maluri. (Vedio dibawah)
Arahan Siapa? Memancut-mancut kelangit keluar,melimpah dan membazir, lebih setengah jam dibiarkan air memancut keluar.
Puak UMNO BN Selangor 24jam melalak dalam media massa arus perdana konon-nya air kat Selongor tiada. Seolah-olah Selangor dah kering kontang.
Maka puak Syaitan yang dikenali ini menganjurkan siri-siri lakonan konon-nya Selangor sekarang hadapai krisis air yang kritikal, sebenarnya UMNO BN yang kritikal sehingga sanggup menyusahkan rakyat.
UMNO BN dikatakan sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk kerja jahat mereka...sudah la SYABAS....jangan nak berdolak dalih lagi...cukuplah SYABAS bermain dengan game politik air ni..korang jangan ingat rakyat Selangor semuanya bodoh pemimpin UMNO ..Menurut laporan ramai rakyat Selangor tau siapa yang benar siapa dan yang salah..memang zalim SYABAS ni.
PAIP SYABAS PECAH, KERANA 'SEKAT' AIR!
Syabas Mempunyai Agenda Tersembunyi Untuk Menimbulkan Suasana Panik
SHAH ALAM - Siasatan Kerajaan negeri menunjukkan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengenai kegagalan rumah pam di Wangsa Maju berpunca dari sistem VSD (variable speed drives) adalah tidak berasas.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana sistem VSD memerlukan penyelenggaraan berkala sedangkan Syabas tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.
Sebelum ini katanya, Syabas hanya memanggil pembekal untuk penyelenggaraan apabila ada masalah timbul.
Menurutnya, siasatan tersebut dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor dengan memanggil semua pihak terlibat dengan pembinaan rumah pam di Wangsa Maju.
“Pihak terbabit termasuk jurutera perunding yang mereka bentuk rumah pam tersebut, kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membina, subkontraktor yang dipertanggungjawabkan dalam hal berkaitan Mechanical & Electrical dan pembekal utama VSD kepada pam-pam tersebut,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, menurut pembekal VSD tersebut, insiden ‘pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.
“Sekiranya parameter melebihi had yang ditetapkan dalam sistem VSD, maka barulah pam tersebut akan terhenti (tripped). Syabas sepatutnya mengenal pasti punca sebenar berlakunya kekerapan ‘pump tripped’ hingga menjejaskan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.
“Pembekal mengesahkan mereka dipanggil oleh Syabas pada 29 Disember 2012 jam 3 petang dan pada 2 Januari 2013 pembekal mengganti semua VSD di pam-pam berkenaan. Sehingga 8 Januari 2013, pembekal menukar dua set peralatan VSD,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga mendapati dakwaan Syabas bahawa alat gantian yang terlibat perlu diimport dari Finland tidak benar kerana pembekal mengesahkan alat ganti boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan ‘courier’ sahaja.
Dalam pada itu katanya, terdapat percanggahan kenyataan Syabas menerusi media masa di mana 8 Januari 2012, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Halim Mat Som menyatakan masalah gangguan air di Lembah Klang boleh diatasi dalam tempoh tujuh hari tetapi semalam, Pengerusi Syabas Tan Sri Rozali Ismail menyatakan masalah ini berpanjangan sehingga Tahun Baru Cina.
“Kenyataan tidak konsisten ini menunjukkan seolah-olah adalah agenda tersembunyi untuk menimbulkan suasana panik dan seterusnya membangkitkan rasa marah dalam kalangan pengguna di Lembah Klang kepada kerajaan negeri yang difitnah dan ditohmah sebagai punca masalah,” katanya.
Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri kesal Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak menjalankan peranan di bawah undang-undang dan hanya berdiam diri sepanjang krisis bekalan air berlaku.
Beliau berkata, SPAN sepatutnya menjalankan siasatan terperinci dan bukan hanya menerima apa sahaja yang dikatakan Syabas.
“Kita menganggap masalah gangguan air ini sebagai masalah yang perlu diberi perhatian segera oleh Kerajaan Pusat kerana ia membuktikan kegagalan projek penswastaan air yang diberi kepada syarikat tidak berkelayakan dan kompeten.
“Kita yakin masalah ini hanya dapat diatasi jika Kerajaan Pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan air sepertimana yang dihasratkan oleh Akta Perkhidmatan Industri Air atau WSIA 2006,” katanya.
Berdasarkan tweet terbaru kartunis Zunar menyatakan: Terkini: polis baru batal permit utk HKR guna Stadium Merdeka Santu ini -- Zunar Kartunis (@zunarkartunis) Aku tak pasti sejauhmana kebenaran berita ni.. Tadi kat TV pun polis dah keluarkan kenyataan tetiba saja disyorkan buat buat kat Bukit Jalil pula... Macam-macam la alasan..Teringat aku masa kita mintak Stadium Bukit Jalil, kenapa pula tak dapat..? Ini semua dah dijangka....sebab puak Syaitan Yang Dikenali memang tidak boleh dipercayai walaupun 0.1%...hahaha.....
Himpunan Kebangkitan Rakyat disaran guna Stadium Nasional Pulak dah.....
10 Januari 2013
Stadium Merdeka
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini menyarankan supaya penganjur perhimpunan menggunakan Stadium Nasional di Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun kerana ia lebih sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar.
Katanya, stadium itu juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam lengkap termasuk Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selain memenuhi keperluan dari aspek keselamatan.
Beliau juga meminta mereka menyemak semula hasrat menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat berhimpun kerana perbadanan stadium itu meletakkan syarat utama agar ia tidak disertai lebih daripada 30,000 orang berdasarkan kapasiti stadium.
Sambil mengingatkan penganjur supaya memastikan peserta perhimpunan tidak berhimpun di Dataran Merdeka di sini, Mohmad juga berkata lokasi pertemuan untuk himpunan itu hanya dibenarkan di stadium dan bukannya di lokasi-lokasi yang dijanjikan.
"PDRM memegang jaminan pihak penganjur dalam pertemuan dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini bahawa perhimpunan itu akan dijadikan perhimpunan paling aman dalam sejarah selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman (APA) sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini.
Bersandarkan kepada jaminan itu, beliau meminta pihak penganjur himpunan supaya lebih bertanggungjawab dan mengotakan apa yang dijanjikan.
"Polis sama sekali tidak membenarkan sebarang bantahan jalanan dan pembabitan kanak-kanak dalam perhimpunan," katanya.
Mohmad berkata polis akan bertindak profesional tanpa menyebelahi mana-mana pihak dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku sebelum, ketika dan selepas perhimpunan tersebut.
"Tanggungjawab polis adalah untuk memastikan keamanan dan keselamatan sentiasa terpelihara, bukan sahaja ke atas peserta malah ke atas orang awam yang tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut.
"Adalah penting untuk memastikan perhimpunan ini tidak mengancam keselamatan awam dan menjejaskan urusan perniagaan serta urusan seharian rakyat," katanya.
Penganjur himpunan itu memberi jaminan tiada kekecohan akan berlaku semasa perhimpunan itu kelak.
Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, pihaknya telah bermesyuarat dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan beliau telah memberi jaminan untuk mematuhi Seksyen 15(1)Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Penganjur dan peserta tidak dibenarkan melakukan sebarang perbuatan atau memaparkan pernyataan yang menimbulkan perasaan tidak puas hati atau mengancam ketenteraman orang awam," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Zainuddin di sini.
Beliau memberi jaminan hanya 30,000 peserta sahaja dibenarkan masuk ke dalam stadium itu seperti ditetapkan pihak pengurusan stadium itu.
"Peserta dibenarkan membawa sepanduk dan kain rentang tetapi dengan syarat tidak menggunakan kata-kata yang boleh menimbulkan unsur keganasan," katanya.
Zainuddin pula berkata, PDRM akan sentiasa memantau keadaan demi keselamatan orang awam sepanjang himpunan itu. - Bernama
Orangni:Kita tunggu lebih kurang 48jam lagi sebelum 12/1/2013...akan berbagai alasan dan saranan akan dikeluarkan bagi mengagalkan HKR...semua ini membuktikan kerajaan UMNO BN teramat-amat-amat-amat-amat-amat-amat takut dengan kebangkitan rakyat...
Setiap kali ada anjuran perhimpunan kat Kuala Lumpur pasti ada puak-puak pendokong keris telanjang UMNO akan buat lawak...hahaha... Kali ini tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada sabtu 12/1/2013. Kebenaran mengunakan stadium sudah diluluskan semalam.
Hari ini sebuah pertubuhan Pemandu dan Pengusaha
Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) pula buat laporan Polis. Konon-nya mereka bakal rugi besar kerana periuk nasi mereka akan ditaruh pasir....hahaha...
Woi..!!! HKR bukan pesta main pasir la...hahaha... kalau dah ramai masuk KL yang untung tentulah pemandu teksi sebab ramai yang datang tu telah diarahkan tidak membawa kenderaan ke pusat bandar.
Pak Long,Mak Long,Apek,Aiya dan semua yang datang tu tentu naik pengangkutan awam termasuk la teksi...kenapa la puak-puak ni suka sangat buat lawak bodoh..hahaha...
Tak cukup dengan laporan Polis, Khabarnya SMS berunsur ugutan pun telah disebarkan bagi menakut-nakutkan orang ramai yang akan ke HKR nanti.
SMS yang diterima itu, antaranya berbunyi “Kami akan halang himpunan haram dari malam lagi. Kami Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO lagi akan tunggu di d/merdeka dari malam lagi. Jangan jadi pengkhianat negara”.
“Ternyata regim usang ini sedang menghayati zaman akhir pemerintahan mereka dengan melakukan provokasi, sabotaj dan menggunakan samseng upahan untuk menakut-nakutkan rakyat,” katanya selepas menyerahkan sejambak bunga kepada Timbalan Ketua Balai IPD Dang Wangi, M Nazir, di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
Menurut Shariful Azmir, SAMM tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis kerana menyifatkan tindakan bacul samseng Umno itu sebagai isu remeh.
“Kita tidak akan lapor polis kerana mahu fokus kepada HKR di Stadium Merdeka 12 Januari ini.
“Tidak perlu kami layan provokasi kerana kami sudah terbiasa dengan sikap samseng Umno,” katanya.
Penyerahan bunga tersebut sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan polis ke HKR secara aman menjaga keselamatan rakyat.
Bagaimanapun, M Nazir yang berlagak sombong menolak untuk menerima risalah dan brosur mengenai pesanan kepada pihaknya supaya tidak menzalimi rakyat, sebaliknya menyatakan tugas mereka menjaga ‘keselamatan’ rakyat.. --- http://www.keadilandaily.com/?p=42750
Apapun suka aku ingatkan kepada mereka yang akan sertai HKR #112KL DILARANG KERAS BAWA PASIR...bawalah semangat perjuangan untuk menegakan keadilan dinegara ini....dan satu lagi jangan lupa bawa $$ongkos$$...hahaha...
Sebab perjuangan kita bukan macam UMNO BN yang penyokong hanya bergerak kalau dapat upah atau bayaran...
10/1/2013: Menurut sumber FB hari ini menyatakan: TALIBAN PERAK MENANG
Keputusan Saman
Malu (fitnah)Ustaz NorazliVs Fauzi Muda di Mahkamah Sesyen
Ipoh....Alhamdulillah Mahkamah memerintah Fauzi Muda untuk membayar gantirugi
sebanyak RM100,000 kpd Ust. Norazli....Kemenangan awal buat PR 2013!! Tahniah.
IPOH 1 FEBRUARI 2012 : Writ permohonan saman telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil Ipoh pada bulan lalu terhadap beberapa individu serta sebuah akhbar arus perdana terpaksa ditangguhkan lagi ekoran pihak defendan dan peguam tidak hadir.
Pada 11 Disember 2011, Norazli Musa,45 atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ustaz Taliban' menyaman dan menamakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, (WAWASAN) iaitu Fauzi Muda kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan mengaibkan diri beliau serta disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia
Dalam tuntutannya ,Norazli yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Perak,menamakan Fauzi Muda (kanan) yang dinamakan sebagai defendan pertama ekoran kenyataannya di media dengan mengatakan bahawa beliau telah membelanjakan RM 500,000 untuk rumah beliau di Tasek,Ipoh.Semasa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah di Perak selama 10 bulan setengah juga tegas beliau, Fauzi telah menuduh beliau antara salah seorang 8 daripada pemimpin utama PR yang menjadi jutawan segera.
Defendan kedua yang dinamakan adalah Utusan Melayu Berhad ekoran akhbar berpengaruh itu didakwa menerbitkan kata-kata defendan pertama yang dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011.
Norazli berkata tuduhan dua defendan itu tidak berasas, berniat jahat dan serta mahu merosakan reputasi beliau sebagai ahli politik.
Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.
Beliau diwakili peguambela Amirul Fairuzzeen dari firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha, Amir and co.
Manakala pihak defendan pertama pula ,Fauzi Muda diwakili peguambela Norali and co dan defendan kedua diwakili Dato Hafarizam Harun. Walaubagaimanapun kedua-dua defendan dan peguam mereka tidak hadir atas alasan tidak sempat menyediakan butiran hujahan.
Menurut Amirul, berdasarkan Aturan 14 Kaedah Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, Penolong Kanan Pendaftar berhak memberikan penghakiman terus ekoran ke tidak hadiran mereka , walaubagaimanapun pihak beliau dan anak guamnya (Norazli) tetap bersabar dan memberi pihak mereka peluang serta penjelasan mereka di mahkamah.Menurutnya lagi ini bukan sioal wang tapi ianya adalah maruah diri yang harus dipertahankan.- wargamarhaen.
** Orangni: Syukur Alhamdulillah..nampaknya bakal calon DUN Trong ini mendapat kemenangan sebelum PRU -13, semoga dengan kemenangan saman fitnah jahat ini terus menjadi dorongan bagi memperolehi kejayaan untuk merampas DUN Trong yang kini dimenangi YB Dato Rosli dari UMNO dengan kemenangan tipis mejoriti hanya 916 pada PRU 2008.
ALOR GAJAH Melaka - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran.
Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat.
Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar.
“Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat.
“Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya.
Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan.
Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar.
Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan. "Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya. “Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya.
Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar.
Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan.
“Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya,” katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati. - Sinar
KUALA LUMPUR, 9 Jan Tersangat pelik pakaian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Malam Cinta Rasul sempena Ulangtahun ke 2 TV Al Hijrah di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Jalan Cheras di sini hari ini.
Nak kata tak tahu tatacara berpakaian...mustahil, mungkin Muhyiddin buang tebiat kot....hahaha......
Muhyiddin pakai jubah putih dah kira ok la... Tapi dikepala pakai songkok hitam...hahaha.... Tetamu yang lain mengenakan pakaian yang sepatutnya...
Mungkin Muhyiddin nak tujukan dalam dirinya kuat UMNO atau orang terkuat UMNO ataupun dia-lah yang layak ganti Najib sebab kuat ketuanan melayu UMNO...hehehe.....
Berjubah masih bersongkok tinggi....hahaha...
Lain dari orang lain....hahaha....
Sepatutnya bawa keris telanjang UMNO.....baru lebih keUMNOan...haha....
KOTA BAHARU, 9 Ogos - Kenangan pahit menjadi buruh paksa 64 tahun lalu masih menghantui seorang warga tua yang kini berumur 81 tahun.
Pengalaman sukar semasa Perang Dunia Kedua itu mengingatkan beliau akan bahaya pencerobohan kuasa asing dan erti kemerdekaan.
Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan, beliau sebak kerana terkenang keperitan hidup pada zaman penjajahan Jepun. "Pak cik tidak dapat lupakan kekejaman Jepun sehingga akhir hayat dan pak cik tidak akan halalkan perbuatan kejam mereka," kata Muhammad Awang yang terlantar akibat lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar lebih tiga tahun lalu.
Muhammad hanya mampu terbaring dan isterinya Khadijah Awang Ngah, 76,menjadi tempat beliau bergantung hidup menguruskan makan minumnya. Khadijah seringkali mencelah sebagai "jurucakap" suaminya itu disebabkan pertuturan Muhammad yang tidak jelas tetapi pengalaman Muhammad ketika menjadi buruh paksa itu tetap terpahat kukuh dalam ingatannya.
MUHAMMAD MEMULAKAN PERJALANAN BERBAHAYA
Ketika menceritakan kisah silam itu, air mata Muhammad sentiasa bergenang dan kadang kala keadaan menjadi lebih emosi dengan tangisannya semakin kuat.
Pada Jun 1942, pemerintah tentera Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk, di daerah Kanchanaburi di Thailand, ke Thanbyuzayat di Burma.
Ketika dibawa ke Thailand ketika itu, Muhammad yang berasal dari Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas baru memasuki usia 18 tahun.
Mengikut catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer dari Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India.
Muhammad turut serta dengan 61,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda dan 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu dari rantau itu.
Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang.
MUHAMMAD TERSEKSA
Muhammad dipaksa menaiki sebuah keretapi bersama ramai yang lain dari Pasir Mas untuk ke Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa enam hari. "Duduk dalam keretapi itu sangat sedih, makan tak cukup, duduk berhimpit-himpit sehinggalah sampai ke Ban Pong (Thailand). "Dari Ban Pong kami diangkut dengan lori dan selepas beberapa jam pula kami sampai ke satu tempat," katanya.
Sambil menyeka air mata, Muhammad berkata mereka ditempatkan di rumah panjang iaitu bangsal buluh yang beratapkan daun sagu dan berlantaikan buluh. Setiap bangsal itu memuatkan lebih 100 orang dan keadaannya diibaratkan macam tin sardin dengan tiada ruang untuk tidur atau bergerak.
Di tapak itu mereka diarahkan membuat kerja-kerja seperti mengangkut tanah dan menambak jalan keretapi dengan dikawal ketat oleh tentera Jepun. "Jika kami lambat, kami akan dipukul dengan buluh, rotan atau "makan penampar Jepun".
Makan minum juga tidak cukup dan belum pun tiga bulan di situ masalah kesihatan mula timbul," katanya. Muhammad berkata antara masalah yang biasa dialami ialah cirit birit selain malaria dan kepialu.
Beliau berkata ubat-ubatan pula tidak mencukupi dan setiap hari terdapat dua atau tiga orang buruh yang mati dan keadaan itu sangat menakutkan dirinya. "Pak cik membilang hari bila agaknya nasib (untuk mati) akan tiba.
"Setiap hari lihat mayat yang kemudiannya kami isi dalam guni dan ditanam di merata tempat," katanya.
MUHAMMAD MAHU MENYELAMATKAN DIRI
Lebih setahun di sana, Muhammad yang semakin terseksa akhirnya cuba mencari helah kembali ke tanahair dan helahnya menggunakan miang buluh akhirnya berjaya.
Semasa menebang buluh, beliau mengambil miang buluh dan melumurnya diseluruh tubuh dan apabila badannya basah akibat peluh, seluruh badannya bertukar menjadi merah menyebabkan tentera Jepun menghantarnya pulang.
"Tentera Jepun ingatkan saya hidapi penyakit berjangkit dan saya terus dihantar pulang dengan segera. Saya sampai di rumah waktu malam ketika keluarga sedang menilik nasib saya melalui permainan puteri," katanya. Selepas pulang, Muhammad akhirnya memilih kerjaya tentera sehingga bersara dan melalui perkongsian hidup dengan Khadijah, pasangan itu dikurniakan 10 anak iaitu lima lelaki dan lima perempuan.
PENGAJARAN DARIPADA PENGALAMAN MUHAMMAD
Ketika ditanya akan pengajaran daripada pengalaman yang dilaluinya, Muhammad berkata ia membuatkan beliau menghargai kemerdekaan negara. Beliau juga menyeru kepada generasi muda supaya menghargai pengorbanan mereka yang membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan mereka yang berkorban demi keamanan negara.
"Bukan senang negara diberikan kemerdekaan dan pemimpin pula berjaya membawa negara menjadi maju dan kita hidup senang," katanya. Mengakhiri perbualan, Muhammad berkata; "Jangan ada lagi yang jadi macam pak cik ketika itu, rakyat merempat dan negara mudah dijajah". Sementara Muhammad terpaksa mengharungi kenangan pahit itu sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya, rakyat Malaysia boleh belajar menghargai semangat kemerdekaan daripada pengalaman pahit yang dilalui Muhammad kerana penjajah.-Bernama
Nah sekarang..!!! Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.
Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata, "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.
Soalan : Kenapa Najib tidak mengambil tindakan Undang2 keatas kehilangan Duit Pampasan Rakyat Malaysia ? Siapa yang menjadikan Rakyat papa kedana sebenarnya ? Rakyat berhak mengetahui kemana perginya Dana Pampasan 207 Billion masa Tun Mahathir menjadi PM Malaysia ....
Ingat..!!!! : Tak kira sesiapa pun pemimpin mahupun dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat , kalau membuat kesalahan harus dihukum di sisi Undang Undang ...nampaknya kerajaan Umno/BN lebih kejam dari tentera Jepun kerana terus menipu buruh paksa tentera Jepun dan waris-waris mereka sejak sekian lama.
Menurut sumber ramai dikalangan mangsa trajedi ini telah meninggal dunia dan hanya waris-waris mereka yang masih hidup sekarang ini seperti isteri (Balu) dan anak-anak mangsa trajedi tersebut. Bermakna sekian lama UMNO BN menyapu RM207 Billion hak anak-anak yatim dari mangsa buruh paksa tersebut.
IPOH - Beberapa Orang Asli di Tapah kesal dan kecewa dengan pandangan bahawa masyarakat itu merosakkan undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
Seorang penduduk, Bah Jali a/l Bah Jit, 54, berkata, mereka tidak berpuas hati apabila Adun Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan mengaku mengadakan program berkenaan dengan tujuan mengurangkan undi rosak yang berlaku dalam kalangan Orang Asli.
Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan itu menyinggung perasaan mereka sedangkan tiada bukti kukuh mengenainya. “Bagaimana mereka yakin banyak undi rosak disebabkan Orang Asli sedangkan ia juga berlaku melibatkan pengundi lain. Kenapa kali ini kami dituduh sedemikian?” katanya kepada media selepas demonstrasi aman di hadapan Pejabat Jakoa Negeri Perak dan Kedah di sini, semalam.
Bah Jali berkata, sebelum ini tidak pernah dibuat program ‘melatih’ mengundi secara betul. Sementara itu, Bendahari PKR Perak, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata, isu tersebut boleh dianggap mencabuli hak Orang Asli.
Yit Thong berkata, program tersebut perlu dihentikan segera kerana didapati mengandungi unsur pelanggaran undang-undang yang melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957. “Kami menggesa Ketua Pengarah Jakoa supaya meletak jawatan segera kerana gagal melindungi hak Orang Asli malah dijadikan alat kempen politik pilihan raya Umno dan BN.
Taktik-taktik kotor yang digunakan terhadap Orang Asli seperti cara mengugut dan menyogok tidak boleh diterima. “Jangan bodohkan masyarakat Orang Asli. Hak kebebasan mengundi dalam Perlembagaan Persekutuan mesti dihormati,” katanya.
Bagi Ahli Aktivis Sosial PKR, Bah Tony berkata, pihak Jakoa sepatutnya profesional dan menjaga hal ehwal Orang Asli bagaimanapun telah diperalatkan untuk berkempen bagi BN. Beliau turut kecewa kerana masih banyak masalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang masih belum selesai seperti pencerobohan tanah di kawasan Orang Asli yang sepatutnya didahulukan bukannya mengadakan program latihan mengundi. - Sinar
Baru-baru ada sikit kecoh didada media massa tempatan konon-nys di Dun Selama Perak bergelora...konon-nya ada segelintir ahli PAS nak boikot calon atas beberapa sebab. Tapi cerita sebenarnya gelora tersebut berlaku pada UMNO Selama Perak. Ahli UMNO sendiri bersumpah dihadapan Dato Fauzi dan Ust Akmal bahawa tidak akan undi UMNO dalam PRU akan datang hatta sampai kiamat..!!! "Sampai kiamat saya tak akan undi UMNO" itulah antara kata-kata dari salah seorang ahli UMNO Bahagian Larut yang juga orang kuat YB Dato Hamzah ahli Parlimen Larut. "Saya dah lama bersabar dok dalam UMNO....depa hanya menipu orang kampung sebab nak undi masa pru,tobat...tobat...sampai kiamat dato...saya tak akan sekali-kali undi dah UMNO lagi..walaupun khabarnya UMNO kat Selama ni nak tumbang 4 ekor lembu dalam masa terdekat ini.." luahan dan janji sumpah orang kuat UMNO Selama disampai kepada Dato Fauzi Shaari di sebuah kampung di Selama Perak bersama Ust Akmal Kamaruddin dan rombongan dalam sebuah program menyantuni rakyat di Dun Selama pada ahad lalu disini. Mantan Pengarah JSJ (PDRM) Dato Fauzi Shaari adalah seorang anak tempatan disini bersama Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perakpada sabtu lalu telah menyantuni masyarakat serta menyampaikan bantuan disekitar kampung Ulu Damak tanpa mengira fahaman politik. Sebelum itu Dato Fauzi dan Ust Akmal bersama anak muda di Kampung Torak Selama dalam program santai bersama anak muda yang dihoskan oleh Leman Raja Lawak. Menurut sumber program anak muda ini juga dianjurjayakan oleh salah seorang ahli UMNO juga. Salah seorang ahli UMNO di Selama Perak yang aku temui disini berkata "Memang kami akan pakai baju logo UMNO masa PRU nanti,Ust dan Dato jangan terkejut pula....kami buat kerja macam orang depa, tapi undi...kirim salam nak bagi kat UMNO..." Rata-rata ahli UMNO disini sudah sedar segala pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO di Selama Perak. Berbagai janji yang konon-nya nak bantu penduduk di sini hanyalah auta semata-mata.
Banyak projek terbengkalai dikesan di Dun Selama khususnya di Parlimen Larut bakal didedahkan seperti projek tanaman cili dan ayam yang hanya tinggal janji dicapati dari UMNO sejak beberapa tahun lalu.
Dari sumber yang digali,dikorek dan ditemui menyenaraikan 2 nama bakal calon UMNO untuk DUN Changkat Jering.
Mereka ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang,Cik Jamilah Binti Zakaria dan Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang, Jama'ei Idris telah disenaraicalon oleh pimpinan UMNO Pusat bagi bakal calon DUN Changkat Jering dalam PRU13 nanti.
Ini bermakna UMNO mengenepikan calon tua bangka mereka yang tewas pada PRU 12 iaitu Datuk Mat Isa begitu juga YB katak yang melompat kerana dikatakan diupah oleh UMNO diibaratkan jauh panggang dari api dari disenaraikan.
Cik Jamilah Zakaria yang disenarai calonkan untuk bakal calon ini ialah isteri kepada seorang yang dikenali oleh penduduk disini sebagai "Ali Balak".
Nampaknya banyaklah balak-balak sekitar Changkat Jering bakal dibalak mereka...haha...
Manakala Setiausaha UMNO Bahgian Bukit Gantang pula masih dikatakan tercari-cari rentak dan sokongan dek kerana Ketua UMNO Bahagian YB Rosli masih dalam dilema yang besar tentang arena politiknya bakal diakhirkan oleh rakan-rakan seUMNOnya...hahaha....
Apapun dilaporkan kedua-dua nama ini masih belum turun padang dan masih belum diketahui masyarakat tentang mereka ini bakal calon...elok-lah dok diam-diam pada pendapat aku, sebab masaalah dalaman UMNO Bukit Gantang masih bergantang-gantang belum diselesaikan...hahaha.....
DUN Changkat Jering didalam Parlimen Bukit Gantang ini menimbulkan konterversi yang menjadi salah satu punca tercetusnya sejarah hitam negeri Perak pada feb 2012 yang mana tiga ekor katak telah melompat parti menjadi Adun Bebas.
Tiga katak tersebut termasuklah YB Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang menang didalam PRU 2008 diatas tiket PKR bagi DUN Changkat Jering dengan mejoriti 1102 menewaskan calon UMNO BN Datuk Mat Isa Ismail.
Nampaknya setelah habis madu sepah dibuang begitulah keadaan-nya Osman Jailu yang mengesahkan tidak akan bertanding lagi untuk PRU akan datang.
Siapa lagi mau ambil katak...hahaha...UMNO Bahagian Bukit Gantang pun tak berani nak letak Osman Jailu sebagai calon,apatah lagi Pakatan Rakyat khususnya Bukit Gantang.
YB yang lompat ini dikatakan terus meminggirkan diri serta dipinggirkan oleh semua lapisan masyarakat disini.
Itulah hukuman yang selayaknya bagi individu yang bergelar YB katak di Changkat Jering.
Semoga tiada lagi katak akan muncul di Changkat Jering, se-elok dan semoleknya bakal calon Changkat Jering dari parti yang teruji sejak sekian lama.
* Sepekara lagi Aku juga berharap Menteri Besar Perak yang sah (DS Nizar) bertanding disitu dan berdepan dengan Bini Tokey Balak merebut dan memenangi Dun Changkat Jering untuk dibersihkan dari najis pengkhianatan YB Katak dan kroni-nya....hahaha... (Sekadar pendapat aku...).
Artis yang dimaksudkan bersama Pakatan Rakyat ialah Ahmad Busu merupakan seorang pelawak dan pelakon di Malaysia yang cukup popular di era 1990an.
Ahmad Busu atau polular juga dengan watak Mat Deris ini berasal dari kampung Temelok Trong Perak (Parlimen Bukit Gantang).
Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), 2+1 dan Camni Camtu.
Namun kini, di dalam usia senja Ahmad Busu semakin kurang beraksi dalam dunia. Apatah lagi kini beliau dikatakan menderita pelbagai penyakit seperti diabetes.
Menurut sumber beliau sekarang lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa lapangnya di rumah bersama keluarga di Taman Sri Andalas, Kelang.
Nama Ahmad Busu sekarang kembali panas disebut-sebut kembali apabila tersiar gambar beliau bersama beberapa ahli Pakatan Rakyat negeri Selangor di sebuah laman FB.
Aku tidak menolak kemungkinan Ahmad Busu semangnya bersama dengan Pakatan Rakyat memandangkan keluarga dikampung kelahiranya juga dikatakan orang kuat PAS di DUN Trong Perak.
Aku tak kisahlah Abg Ahmad Busu tinggal dimana atau jadi pengundi di mana sekalipun, samada di Bukit Gantang Perak atau di Klang Selangor..janji sokong Pakatan Rakyat...hahaha...
Syukur...seorang demi seorang artis tanahair mulai berani dan bersemangat tampil bersama Pakatan Rakyat...
Kepada artis-artis yang masih berasa segan silu tampil kedepan menyokong PR...tak apa....Asalkan Bukan UMNO....ABU...hahaha....
Pi mai pi mai tang tu.....Pakatan Rakyat tetap dihatiku.... Ahmad Busu bersama ahli PR