Pengikut

Sabtu, 13 Julai 2013

Curi Lembu 3 ekor, Guna Sebuah Kereta Proton Wira [ Gambar ]

Lebih muatan: Pencuri berjaya memuatkan seekor lembu di dalam but kereta.
BUKIT MERTAJAM: Selepas melemahkan tiga lembu menggunakan ubat pelali, tiga lelaki membawa masuk haiwan berkenaan ke dalam Proton Wira di Sungai Lembu di sini dalam kecurian yang dirancang.
Kesemua pencuri itu, yang berusia dalam lingkungan 20-an, menggunakan sumpit untuk menenangkan haiwan, yang diikat dalam sebuah ladang kelapa sawit, pada kira-kira pukul 1 pagi Jumaat.
Seorang saksi, yang enggan dikenali, berkata dia melihat pencuri berusaha untuk meletakkan lembu yang tidak sedar dalam kereta yang tanpa mempunyai tempat duduk belakang.
Dia kemudiannya segera memaklumkan perkara itu kepada unit peronda sukarela di kawasan berkenaan.
Salah seekor daripada tiga lembu dimuatkan di bahagian belakang kereta yang tidak mempunyai tempat duduk.
Pada masa yang sama, salah satu daripada tiga lelaki dapat masuk ke dalam kereta dan memandu, manakala dua yang lain menaiki motosikal dan mengikut dari belakang.
"Sebaik sahaja mereka menghampiri ke jalan utama, unit peronda tiba dan cuba menghalang mereka.
"Pemandu itu bergegas keluar dari kereta dan menaiki salah satu motosikal dan melarikan diri," katanya.
Penduduk kampung kemudian mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan lembu yang tidak sedar dari dalam kereta.
Jurucakap polis berkata, pemilik lembu tersebut telah membuat laporan, menambah bahawa tiga lelaki terbabit disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian lembu di kawasan itu.

Update Pergaduhan di Flat Rebana : Polis Tahan Tiga Lelaki Susulan Kes Gaduh dan Pukul

KLANG: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan antara dua kumpulan di Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja, Kapar di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohamad Shukor Sulong berkata ketiga-tiga lelaki berusia 24, 35 dan 33 tahun itu ditahan berasingan di Jeram, Kuala Selangor, dan Klang Utama, Klang.
“Ketiga-tiga suspek ditahan antara 10 malam dan 12 tengah malam tadi… dua daripada mereka diberkas di sebuah rumah di Jeram manakala seorang lagi ditahan di tepi jalan di kawasan Klang Utama.
“Seorang daripada suspek yang ditahan itu merupakan individu yang dikehendaki polis kerana disyaki memukul seorang lelaki dalam pergaduhan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira 10.45 malam itu, sekumpulan lelaki yang sedang berbual di kawasan flat itu diserang sekumpulan lelaki lain dipercayai bersenjatakan parang, kayu dan besi.
Berikutan kejadian itu, dua lelaki berumur lingkungan 20-an cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Mohamad Shukor berkata pergaduhan itu berpunca daripada salah faham susulan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada Rabu di sini, dan bukan disebabkan faktor perkauman seperti yang dihebah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Dua suspek yang ditahan itu direman empat hari bermula hari ini manakala seorang lagi direman sehari… polis juga masih mengesan seorang lagi suspek yang merupakan rakan kepada tiga lelaki yang ditahan malam Jumaat, yang kita percaya turut terlibat dalam kejadian itu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 326 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang pelajar lelaki tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi di sini, Nguyen Chee Ming, 14, maut selepas mengalami pendarahan teruk dan retak tempurung kepala akibat dihempap tiang gol di padang sekolah berkenaan dalam kejadian kira-kira 5 petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi, berkata mangsa dilihat bergayut pada tiang gol itu sebelum ia jatuh dan menghempap mangsa.
“Remaja itu mengalami kecederaan di bahagian kanan kepala dan dilaporkan mati ketika dalam perjalanan ke HTAR,” katanya sambil menjelaskan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
– BERNAMA

Terkini..!!! : Pergaduhan di Flat Rebana Klang...???

Info terkini drpd Klang Utama:
Untuk makluman awal kes rusuhan diantara kumpulan lelaki Melayu dan kumpulan lelaki India di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang.
Terdapat (3) laporan polis yang berkaitan kejadian iaitu:
1. Bukit Raja Rpt 4238/13 (maklumat pertama)
2. Bukit Raja Rpt 4239/13
3. Bukit Raja Rpt 4240/13
4. Bukit Raja Rpt 4238/13


Mangsa yang cedera adalah seperti berikut:-
1. Zon merah(kritikal)-Kamala Gasan,26 tahun (0163536027) cedera_kepala ditetak s'jata tdk pasti.
2. Zon hijau(pesakit luar)-Nithiaraj a/l Sennasamy 900414085677,no 37 lorong sungai keramat 1 klang utama


Manakala (3) lagi mangsa masih belum diperolehi butir-butir.
Fakta kes: Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, anggota gerakan terima maklumat dari (1) (P) india maklum ada pergaduhan antara kumpulan lelaki melayu dan kumpulan lelaki India di flat rebana, bukit raja, klang.

Siasatan awal terdapat tiga kejadian iaitu:
1. Pengadu: Thangarajah a/l Mylyaganam, 34 thn, membuat laporan Bukit Raja Rpt 4139/13. Pada 11/07/13 jam l/k 2300hrs, semasa pengadu dirumahnya nampak anak saudaranya (mangsa) iaitu:
1. Shuhendran
2. Parthiban
3. Gunaselan


Telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu seramai l/k 100 org bersenjatakan batang besi, kayu, parang dan pisau.
Saspek lelaki melayu tersebut turut membakar (2) buah m/sikal milik mangsa.


2. Pengadu: Muthamimaran a/l manimaran, umur 16 thn membuat laporan bersabit Bukit Raja Rpt 4240/13.

Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2340hrs, semasa pengadu dan kawannya nama Ganesran a/l sekaran berada di depan Pasaraya Econsave Klang telah diserang oleh sekumpulan lelaki melayu l/kurang 30 org bersenjatakan kayu dan besi. Pengadu dan kawannya telah dipukul oleh saspek dan mendapat kecederaan di kepala.

3. Pengadu: Murugan a/l verappan , umur 55 thn telah membuat laporan bersabit Bukit Raja 4241/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, semasa pengadu dirumah telah terima maklumat mengenai anaknya bernama Prakash telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu berjumlah seramai 10 org dan m/sikal miliknya telah dibakar. Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkait satu kejadian (1) lelaki melayu telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama.

Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 KK, I.O insp kartini, IP 1500/13, Bukit Raja Rpt 4209/13. 

Kejadian susulan iaitu pada 11.07.13 jam lebih kurang 1930hrs, (1) lelaki melayu kerja berniaga pasar malam telah diugut oleh (1) lelaki India dan saspek lelaki india telah menyepak dan menaburlan makanan peniaga melayu tersebut. (Tiada laporan polis dibuat) Tindakan : Sepasukan anggota polis dari cawangan MPV, Balai Bukit Raja, Balai Bandar Baru Klang dan cawangan jenayah IPD Klang Utara dan dibantu oleh pasukan D7 IPK Selangor. Telah sampai ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.


Pemantauan masih dijalankan. Pihak gerakan telah dimaklumkan supaya mengarahkan MPV dan RCJ supaya membuat rondaan di kawasan yg terlibat.
Terima kasih YDH Dato' / Tuan / Puan. -Sumber PDRM, JKK FC, copy and paste. - Sumber dari: FB

Terkini: Video Rumah Mertua Artis Adam Corrie Kecurian Ketika Berbuka Puasa



Sumber Klip video yang dimuat naik dilaman FB ADAM CORRIE seorang artis tanahair: 

Assalamualaikum dan selamat malam sahabat semua. 

Pastikan rumah sahabat sudah dikunci dan dalam keadaan selamat. 

Ini video kejadian di rumah mak mertua saya di Alor Setar ketika waktu maghrib dan berbuka puasa. Mereka mencuri. 

Semoga mereka di bukakan hati balik ke pangkal jalan dan dirahmati Allah. 
Senyum selalu... Senyum itu sedekah..
........................

Walaupun kejadian kecurian berlaku rumah mertua Adam Corrie, nampak sifat berhati mulia dibulan puasa dari Adam boleh dipuji... 

Orangni berharap semoga Adam Corrie serta sekeluarga sentiasa berada dalam kebahagiaan dan sentiasa dilindungi Allah...amin..

PRK Kuala Besut: Muhyiddin Silap Bidas Kena Kepala Sendiri

Camni ceritanya....TPM Pak Muhyiddin Yassin menyelar tindakan parti politik tertentu yang mendakwa dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) menyimpang daripada landasan Islam.

Dengan lagak seperti hero...!!! beliau mencabar pihak berkenaan supaya mengatakan bahawa usaha yang dilakukan kerajaan seperti pembinaan institusi tertentu sehingga tertegaknya syiar Islam di Malaysia sebagai bertentangan dengan agama.
Yang bestnya Pak Muhyiddin kata "Ini bukan kempen pilihan raya, tapi menceritakan perkara benar. Sebab ada orang cabar kita. Baru-baru ini saya dengar beberapa pemimpin parti politik tertentu berkata apa yang dibuat oleh Umno tidak Islam dan bercanggah dengan agama dan Umno tidak berjuang berlandaskan Islam.
"Kenapa mereka kata begitu kerana dari soal akidah ia perkara berat. Menuduh seorang Islam berbuat sesuatu yang dikatakan bertentangan dengan agama walaupun ia adalah suatu ibadah...saya tidak boleh nak sebut apa hukumnya, terserah pada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai,".
.......Kah...kah...kah....Gelak sikit....Sungguh Hebat Bidasan Pak Muhyiddin terhadap  Pihak Dakwa BN Tidak Ikut Islam....
Pribahasa Orangni: Kalau tangan sendiri baling batu kat tembok...kemudian melantun patah balik kena kepala sendiri memang amat sakit dari dibaling oleh tangan orang lain..hahaha...

Video UMNO Roboh Rumah Rakyat Kuala Besut

Saksikan  tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu merobohkan rumah-rumah rakyat ketika penghuninya tiada di rumah sebagai tindakan zalim yang mengambil kesempatan atas kesusahan hidup rakyat.

Sila klik sini untuk tonton : http://www.youtube.com/watch?v=MMLSWLSmrbo&feature=youtu.be

Sejarah kezaliman UMNO BN meroboh rumah rakyat  dalam tahun 2006 di bumi negeri Terengganu : http://www.youtube.com/watch?v=E2XrB_9Cyd8

PRK Kuala Besut : Sehelai Poster Bikin Cerita

INI BULAN RAMADHAN ...
Tak baik tipu-tipu ..

 Gambar ni tak di- edit tau , jadi biarlah gambar kat bawah ni yang menceritakan....

Jumaat, 12 Julai 2013

Kerabat Diraja Arab Saudi Ditahan Atas Tuduhan Memperdagangkan Manusia

13 Julai 2013, Sabtu :-




Baru-baru ini, isteri kepada seorang putera raja dari Arab Saudi telah di tahan atas tuduhan memperdagangkan manusia. 

Beliau yang dikenali sebagai Michele ditahan dikediamannya di Southern California Condominium di Central Park West atas tuduhan memaksa seorang wanita dari Canyon yang berusia 30 tahun sebagai hamba demostik (domestic slave).  

Mangsa mendakwa bekerja tujuh hari seminggu tanpa diberi cuti.Mangsa bekerja siang dan malam selama 16-17 jam sehari dan terpaksa menjalankan apa juga tugas yang diarahkan majikannya.  

Mangsa mula bekerja dengan majikannya semenjak 2012 di Arab Saudi dan kemudiannya pada awal tahun ini majikannya telah membawa mangsa ke USA tetapi enggan menyerahkan pasport mangsa kepada mangsa. Mangsa berjaya melarikan diri dari kediaman majikannya pada Selasa lepas 09 Julai 2013 dan telah membuat laporan polis.

Pihak polis memaklumkan bahawa Michele yang berusia 42 tahun mungkin akan menghadapi lebih banyak pertuduhan lagi apabila pasukan polis yang datang ke kediamannya mendapati ada empat orang pekerja Filipna yang pasport mereka juga disimpan oleh majkannya. 

Michele sekarang sedang ditahan dengan jaminan USD 5juta dan jika didapat bersalah, beliau akan berhadapan dengan hukuman penjara 12 tahun. 

Sumber :- CNN

Beribu Orang Perak Kerumuni Klinik Bergerak Dr Zambry Di Bazar Ramadhan

Lawak di bulan  posa gamaknye Si MB Perak ni...hahaha...
Van Klinik Bergerak Dr Zambry bersiap sedia tunggu pelanggan bermasaalah
Udah ada klinik bergerak bername Klinik Dr Zambry Kadir rupenye...nampak cam udah idak percaye dengan wakil-wakil rakyat dari UMNO BN seluruh Perak jer....

Zambry terpaksa guna sebuah van macam orang berjuei kat pasar malam untuk digunakan jadi klinik bergerak...( Orang kat DUN Pulau Pangkor tunggu le bot atau sampan klinik bergerak Dr Zambry agaknye...hehehe...)

Kepade orang-orang Perak..kalu kome ade sebarang  masaalah apapun..baik kesihatan seperti masaalah kulit berbintat-bintat ke,kulit melebor ke...boleh le nunggu klinik bergerak ni....

Agaknya kepada yang nak dirikan tiang seri rumah pun boleh minte ayor renjisan dari Dr Zambry di klinik bergerak ni..

Untung le kome... Yob dan Yong kalau ada masaalah ape-ape atau ape saje le...baik yang beso atau ditahap thumpo pun jangan gundah gulene..tunggu je klinik bergerak Dr Zambry...nanti ada awek cun akan sambut kome dengan ucapan "Salam 1 Malaysia,Salam 1 Perak dan Salam Perak Aman Jaye dan juge Salam Klinik Dr Zambry.." memang panjang salamnye...tapi awek ni akan cube selesaikan apa masaalah kome...

Bertepatan dengan slogan Perak Aman Jaya "Tiada Terpinggir,tiada tertinggal dan tiada terlopong"...hahaha....
Awek cun melayan salah seorang dari ribuan yang hadir di Hulu Kinta apabila beroperasi di tapak bazar Ramadhan Batu 8 bermula jam 4 petang tadi.
Lepahs ni YB-YB UMNO BN Perak boleh goyang telo le...Zambry udah takeover semua koje-koje deme...hahaha..

PRK Kuala Besut: Video Oh Abe Ku I Love You Sudah Lama Tersebar..??

Calon UMNO BN dalam PRK N1 Kuala Besut Tengku Zaihan 37 , yang juga dipanggil mesra oleh macai-macai UMNO sebagai "Abe Ku" sebenarnya nama manja tersebut telah lama dipopularkan oleh seorang artis wanita seksi dari pantai timur dengan lagu " Oh Abe Ku I Love ".

Diharap sempena musim kempen PRK yang berlangsung dalam bulan ramadhan ini supaya puak UMNO tidak membawa atau menghidangkan hiburan yang menjadi hukum wajib dalam kempen-kempen UMNO sebelum ini.
Salah satu kempen hiburan dari UMNO BN
Maklumlah nama lagu pun dah sepadan dengan nama calon UMNO...dah tentu macai-macai UMNO nak guna kesempatan untuk tarik golongan muda dengan mengunakan pentas hiburan....hahaha....
Abe Ku....

...................

Rosalinda - Oh Abe...Ku I Love You

** Mesej Orangni: Jangan Bawa Kempen Lucah boh..!!!

Ummat ISLAM Ipoh Ditindas, Dataran MBI Khas Untuk Hiburan SAHAJA



Niat untuk mengadakan solat tarawih dan tazkirah sepanjang Ramadan di padang Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak kesampaian apabila permohonan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditolak.
        
Ahli Jawatankuasa Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Cawangan Perak, Roslan Ali berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan pada 17 Jun lalu untuk mengadakan projek transformasi bagi menyatupadukan masyarakat Islam melalui majlis keagamaan.
        
Menurutnya, ia adalah program kali pertama dilaksanakan di luar masjid dan merupakan pendekatan baru untuk berdakwah secara santai sepanjang Ramadan.
        
“Kami melihat lokasi di padang Dataran MBI sangat sesuai memandangkan ia di tengah bandar raya, selain menyediakan pelbagai kemudahan untuk  orang ramai.
        
 “Selepas membeli belah dan berbuka puasa di Dataran MBI, mereka boleh terus berjemaah dan bersolat tarawih sambil mendengar tazkirah di sini,”katanya.
        
Beliau berkata, pihaknya turut menjemput Imam bertaraf Al-Hafiz dari Bangladesh untuk mengetuai solat tarawih yang bakal diadakan nanti.
        
Katanya, permohonan mereka bagaimanapun telah ditolak melalui satu pesanan khidmat ringkas (SMS) beberapa hari lalu yang dihantar pegawai yang bertanggungjawab tanpa memberi sebarang alasan.
        
“Saya terkilan juga sekurang-kurangnya berilah jawapan bertulis. Saya mahukan penjelasan mengapa permohonan ini ditolak sedangkan sebelum ini, pelbagai bentuk hiburan boleh diadakan di lokasi sama.
        
“Saya sangat berharap pihak berkenaan dapat memberi keizinan untuk kami adakan solat tarawih di Padang Ipoh selama dua hari sebagai ganti kepada cadangan asal sebelum ini yang ditolak,” katanya.

Ada orang islam yang "PANAS" bila alunan al-quran dan zikrullah dialunkan di tempat2 awam....  lagi panas bila dengar tazkirah... Islam x dapat dikembangkan sebab masih ramai orang islam yang benci melihat ISLAM itu mahsyur....  lainlah konsert untuk belia ...bercampur2 dengan bukan mahram...itu baru lah terbaik.
Orangni yakin kalau Media Prima TV3 mintak kelulusan nak buat jom heboh gerenti lulus dalam 5 minit je..................

Khamis, 11 Julai 2013

Terbongkar UMNO Kuala Besut Takut Pada Mesej

KUALA BESUT -Satu arahan seperti pro UMNO telah dikeluarkan dari pihak SPR yang mana parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut tidak dibenar memasang sebarang replika sepanjang tempoh berkempen, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Konon-nya beliau berkata larangan julung kali itu dibuat SPR bagi memastikan kempen PRK Kuala Besut berjalan dalam keadaan aman, harmoni serta lancar terutama semasa Ramadan tanpa sebarang sindir menyindir kepada mana-mana pihak.

Ewaaah...!!! SPR macam kena warning dari DS Rosmah jer....hehehe....
Al-Maklum semua tahu pada PRU-13 yang lalu kalau diadakan carta berkaitan replika nescaya replika berbentuk cincin 24juta tentu berada di tangga pertama di-ikuti replika Lembu NFC,beg tangan,jet dan sebagainya.


Replika dilarang kerana tak mahu unsur sindir dari mana-mana pihak_betul ke..??
Apa yang Orangni nampak sebenarnya SPR dan juga UMNO khususnya takut dengan mesej dari pihak yang buat replika...kerana sesuatu replika dibuat tentu ada mesej dalam berkempen bukan semata-mata nak menyindir,tapi kalau ada yang terasa tu bermakna mesej tersebut sampai la....hahaha....


Orangni baru nak bercadang buat replika botol dakwat kekal yang tak kekal untuk dibawa ke PRK Kuala Besut...kot-kot SPR boleh faham mesej dari Orangni....hahaha....

Kenapa SU Politik Muhyiddin Yassin bersama 19 yang lain angkat sumpah depan Najib..???

KUALA LUMPUR, 11 Julai  -- Sebanyak 21 orang Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Najib  Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini Khamis.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara  Dr Ali Hamsa. 

Majlis angkat sumpah itu diketuai Datuk Jailani Ngah diikuti Wong Nai Chee dan Datuk Muhammad Khairun Aseh sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Ini kira ok la...sebab angkat sumpah untuk SU Politik Najib sendiri.

Tapi mengapa Datuk Mohd Nardin Awan dan Datuk Tahir Mohd Taat  mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dihadapan Najib..?? Muhyiddin tak layak-kah mendengar sumpah menyimpan rahsia dari SU Politiknya sendiri..??

Mungkin Orangni tak berapa faham prosuder nak jadi SU Politik dalam dunia politik tanahair terutamanya dalam UMNO BN ,sebab angkat sumpah ni bukan main-main...angkat sumpah atau akujanji ataupun baiah adalah perkara yang sama.

Jika dalam dalam PAS dipanggil berbaiah...samalah dengan janji setia ataupun sumpah setia. Dan nak melaksanakan bolehkah dihadapan individu lain yang dipertanggungjawapkan untuk melaksanakan tugas..??

Adakah Najib saja yang layak dengar angkat sumpah untuk simpan rahsia untuk tugas individu lain..?? 

Ataupun adakah telah diwakilkan oleh individu-individu berkenaan untuk Najib saja  dengar angkat sumpah berkenaan...nampaknya macam semua orang-orang besar dalam pentadbiran Najib macam TPM dan Menteri-Menteri yang lain tak boleh diharap dan tidak boleh dipercayai,sebab tu la kot bersumpah hanya depan Najib saja....hahaha.....
Najib  Razak (duduk, kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa (duduk, kiri) bergambar bersama 21 setiausaha politik selepas Majlis Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia oleh Setiausaha Politik tersebut di hadapan Perdana Menteri di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

TAHNIAH..!!! UMNO PERLIHATKAN PEMBAHARUAN DALAM PRK KUALA BESUT

PRK Kuala Besut memperlihatkan satu ‘pembaharuan’ dalam kempen UMNO . 

Jika dulu UMNO  sering menengahkan ciri-ciri ‘Hero Melayu’ seseorang calonnya dan kemudiannya membandingkan dengan calon lawan yang akan dicemuh sebagai ‘kurang Melayu’ tetapi kali ini keadaan tampak agak berbeza.

Calon UMNO BN, Thankyu Zaihan Che Ku Abd Rahman tidak dicanang sebagai ‘Hero Melayu’ untuk mengambil hati pengundi, tetapi sebagai ‘Pucuk Muda ’. 

Beliau adalah bekas seorang jurutera awam terpaksa berhenti kerja kerana dicalonkan oleh UMNO dek kerana ketandusan calon. 

Orangni merayau dibeberapa laman web dan blog pro-UMNO juga memainkan faktor Usia Muda Thankyu Zaihan sebagai modal utama kempen mereka.

Konon-nya PAS memilih calon seorang yang dah tidak bertenaga untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat berbanding calon pilihan UMNO yang nampak muda,gagah dan lebih hensem...

Selama ini parti UMNO BN amat gemar mendabik dada dengan ‘KeMelayuan’ atau ‘Hero Melayu’ pemimpin mereka,tapi kali ini semua benar-benar berubah...mereka laungkan "Hero Pucuk Muda".

Sebolehnya, UMNO akan cuba menunjuk-nunjuk betapa pemimpin mereka melayu. 

Akan tetapi, Kuala Besut menyaksikan UMNO  terpaksa berbangga dengan "Pucuk Muda" pula. Thankyu Zaihan dijulang sebagai calon tepat kerana "Pucuk Muda". 

Tindakan ini seolah-olah UMNO dalam PRK pertama ini jelas menunjukan calon yang tidak berapa bersemangat melayu.Mungkin ini startegik dari UMNO pusat yang mana tahu bahawa isu melayu tidak lagi boleh dipakai. Nak main isu Islam alamat tempah tiket kecundang...maka diketengahkan calon berusia muda sebagai tektik pembaharuan dalam kempen.

Nampaknya, PRK Besut bukan mengenai membuat pilihan antara si alim dengan si jahil,si pucuk muda atau pucuk lama atau Islam dengan kafir sepertimana setiap kali berlaku pertembungan antara PAS dengan UMNO.

Tetapi pengundi Kuala Besut perlu hanya perlu membuat pilihan antara ‘Pucuk lama dari PAS’ dengan ‘Pucuk Muda yang masih mentah dari UMNO BN’ untuk menjadi wakil mereka. Maka benarlah bahawa UMNO telah berubah. 

Akhirnya, slogan ‘UBAH’ DAP terbukti berjaya mengubah UMNO...hahaha...
Sebelum diumum jadi calon...BERSONGKOK Imej Melayu dari Thank Yu Zaihan

Diumum jer jadi calon...songkok dibuang diganti topi/cap....
UMNO dah UBAH..

Rabu, 10 Julai 2013

Rogol Atlet Wanita Ketika Mabuk: 3 Atlet Sukma akan di-dakwa hari ini [ Gambar ]

PETALING JAYA: Tiga atlet Sukan Malaysia (Sukma) dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan merogol seorang pengiring bagi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang berumur 19 tahun.
Tiga atlet yang berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan reman berikutan dakwaan rogol itu pada 7 Julai berlaku semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.
Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.
Tiga atlet Sukan Malaysia (Sukma) dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan merogol seorang pengiring bagi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang berumur 19 tahun
PETALING JAYA -  Tiga atlet bola baling didakwa di tiga Mahkamah Sesyen secara berasingan terhadap tuduhan merogol seorang pegawai tambahan pasukan bola baling Wilayah Persekutuan di perkampungan sukan, Sukan Malaysia (Sukma) Ke-16 di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Rabu lalu.

Bagaimanapun kesemua atlet tersebut mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Yasmin Abdul Razak, Hakim Abu Bakar Manat dan Hakim Rozina Ayob.

Ketiga-tiga remaja tersebut didakwa merogol wanita berusia 20 tahun di sebuah bilik di Kolej ke-2 UPM, Serdang, antara jam 4 pagi hingga  4.10 pagi, pada 4 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan  yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sabitan.

Mahkamah membebaskan mereka dengan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dan dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan .

Mereka bertiga juga diarahkan melapor diri dibalai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan 20 ogos untuk sebutan semula.

 Sumber berkaitan : Atlet Wanita Mabuk Di Rogol Rakan Bergilir-GIlir : KJ SALAHKAN JURULATIH/PENGURUS PASUKAN



Gempar..!!! Pentas PAS Kuala Besut Hampir Runtuh

BESUT – Ceramah Pengisytiharan Calon Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut di Kampung Nail, kelmarin gempar seketika apabila lantai pentas utama yang menempatkan semua barisan tertinggi kepimpinan Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul  Hadi Awang dan pertugas media hampir runtuh.

Nasib tak runtuh...kalau runtuh la...tak dapat dibayangkan apa nak jadi,dah la TG Presiden pun ada atas pentas tersebut...

Kejadian itu berlaku sebaik selesai pengumuman calon dibuat, di mana pada ketika itu petugas media mula mengambil tempat di pentas yang diperbuat daripada kayu untuk sesi sidang media bersama calon dan pemimpin tertinggi daripada parti itu.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dan sesi sidang media diteruskan di pentas berkenaan, namun pihak keselamatan Pas terpaksa mengehadkan hanya sebahagian wartawan dan jurukamera dibenarkan menaiki tempat itu bagi mengelak kejadian menjadi lebih teruk.

Berikutan kejadian yang tidak diduga itu, hasrat pihak media untuk menemu bual Abdul Hadi juga tidak kesampaian apabila pengiring pemimpin tertinggi itu segera membawa turun tetamu kenamaan tersebut meninggalkan pentas.

Rasa-nya pihak penganjur majlis sebegini dalam PAS perlu lebih peka,bukan Orangni nak mengutuk...tapi nak tegur sikit_bukan keselesaan yang diutamakan,tapi tahap keselamatan perlu diutamakan,kalau nak jadi kecelakaan memanglah kalau ditakdirkan nak jadi,ia akan terjadi. Tapi sikap redha dan tawakal tanpa persiapan sewajarnya tiada alasan untuk katakan redha.

Dah tahu PRK pertama selepas PRU 13_ dah tentu la ramai teruja nak buat liputan,kalau runtuhlah pentas tersebut pada hari tu...nescaya imej PAS pasti tercemar dan dicemarkan oleh puak-puak lawan.

Jangan hanya istilah redha dan tawakal saja jadi jawapan dan alasan pada semua keadaan. Ibarat tahan teksi di tengah lapangan terbang.....redha sampai bila pun teksi tak lalu kat situ,silap-silap dilanggar kapal terbang ataupun dihantar ke wad sakit mental....hahaha....

TIPS Kejutkan Orang Bangun Bersahur

Peringkat 1 bagi yang liat bangun sahur
1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia slow-slow
2. Sentuh bahu-nya dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama-nya slow-slow
3. Renjis sedikit air kat muka dia slow-slow
4. Tampar tampar manja pipi slow-slow
5. Tutup kipas/air cond


Peringkat ke-2 kalau still tak ada effect
1. Jerit nama dia sekuat hati...!
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!


Peringkat ke-3  jika still tak ada effect juga
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je apa-apa surah tapi disyorkan surah Yaasin..


Peringkat ke-4 (akhir)  Seandainya masih still tak ada effect juga...
1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...


** Tips diatas sekadar cadangan untuk dicuba,mengikut umur yang bersesuaian...hahaha..

Selamat Bersahur dan berpuasa dibulan Ramadhan ~~  Orangni

Askar Mati Bunuh Diri Di Kem Kementah

Askar Berusia 24 Tahun Ditemui Mati Bunuh Diri Di Kem Kementah Seorang askar berusia 24 tahun ditemui mati bunuh diri di kem tentera di Jalan Padang Tembak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin WahDatuk Ku Chin Wah mengesahkan lelaki itu menggantung dirinya dan ditemui mati oleh polis selepas mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7 pagi Rabu.

"Kami masih menyiasat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini.

Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu.

Menurut kenyataan, askar itu ditemui mati di pada pukul 5.45 pagi di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak di sini.

Kenyataan itu menambah bahawa Angkatan Tentera telah menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menarik Punya Kes..!!! Kerajaan Malaysia Kalah Kes Saman Di Mahkamah

Agak hebat dan menarik berita ini....Lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis hari ini menang saman mereka terhadap polis dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan dengan niat jahat ke atas mereka semasa perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Dunia pada 9 Dis, 2007. Senang cakap Kerajaan Malaysia kalah...kalah saman dengan pihak yang menyaman...hahaha....

Mahkamah memberikan ganti rugi RM10,000 setiap seorang kepada R. Sivarasa, N. Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan dan memerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.

Pada 8 Dis, 2010, mereka memfailkan saman sivil terhadap Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika itu Supt Che Hamzah Che Ismail, Ketua POlis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan ke atas mereka.

Orangni yakin berita sensasi ini tidak mungkin keluar di Media Massa Arus Perdana yang menjadi lidah pengampu kerajaan UMNO BN....tobat lahom tak keluar....hahaha.....

Mangsa Mercun Pertama Ramadhan 1434/2013 [ Gambar ]


ALOR SETAR, 10 Julai -- Kelihatan mangsa mercun pertama Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13,(Gambar) melecur pada bahagian muka akibat terkena mercun buatan sendiri mendapat rawatan di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam tadi Mohd Aiman bersama lebih 10 rakan bermain mercun buatan sendiri di padang permainan di Taman Bersatu di Baling.

Mangsa yang melecur 80 peratus pada bahagian muka dan empat peratus di bahagian tangan di kejarkan ke Hospital Baling untuk rawatan awal sebelum di rujuk di HSB awal pagi tadi.

Brown Di Halang Masuk Sarawak Untuk Membela Diri Dalam Perbicaraan

KUCHING: Pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menggambarkan seolah-olah terdapat percubaan untuk berlaku tidak adil apabila beliau dihalang memberi keterangan dalam saman fitnah yang digambarkan sebagai dirancang.

“Pendirian saya adalah saya tidak menerima perintah arahan ‘di luar bidang kuasa’ yang sewajarnya diberikan untuk kes di Sarawak, terutamanya apabila ia dilakukan di negeri yang saya tidak dibenarkan masuk,” kata Brown, yang telah dinafikan masuk ke Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Rabu lalu.

“Saya tidak fikir ia adalah adil untuk meneruskan perbicaraan kes dan menang apabila saya tidak hadir kerana kegagalan saya untuk membela diri dan kemudian cuba dan menguatkuasakan penghakiman di UK,” kata Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown.

Beliau telah menjadi kritikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan telah menerbitkan banyak laporan rasuah di bawah pentadbiran beliau.

Brown, kelahiran Sarawak sedang menghadapi saman sivil berhubung artikel yang diterbitkan pada 1 Mei bertajuk “Dirty Dayak Datuks – BN’s Crony Candidates”. Mengambil tindakan undang-undang terhadap Brown adalah Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Greame Iaan Brown, Asian Plantations (Sarawak) Sdn Bhd, Keresa Plantations Sdn Bhd dan Rajang Wood Sdn Bhd.

Kerajaan negeri melarang Brown memasuki Sarawak untuk membela dirinya di mahkamah telah menarik perhatian media global. Bagi media antarabangsa, Brown menggambarkan plaintif sebagai ahli perbadanan transnasional, yang mempunyai bursa saham British dan Eropah.

Saman itu difailkan sehari selepas artikel itu dikeluarkan di Sarawak Report. Perbicaraan diteruskan di Sarawak. Pada Isnin, walaupun defendan tidak hadir di mahkamah, beliau telah diwakili oleh Adun Batu Lintang, See Chee How (PKR).

Setakat ini, satu salinan injunksi terhadap Brown telah dibatalkan manakala satu tarikh pada bulan Ogos telah ditetapkan untuk mendengar permohonan Brown untuk membatalkan saman keseluruhan.

Plaintif telah memohon dua injunksi terhadap artikel yang didakwa berunsur fitnah. Dalam temuramah melalui e-mel dengan ‘The Star’, Brown berkata, plaintif juga telah mendapatkan peguam di UK.

“Ini menguatkan fakta bahawa mereka mengakui bahawa (mahkamah UK) adalah bidang kuasa yang sesuai,” katanya yang telah kembali ke London. “Peguam saya telah memberitahu saya terdapat pendengaran pada bulan Ogos untuk mempertimbangkan permohonan kami untuk keseluruhan kes itu dibatalkan di Sarawak dan membatalkan perintah ‘di luar bidang kuasa’ yang dikeluarkan.”

Brown baru-baru ini memenangi anugerah International Press Institute di atas kerja-kerja beliau di Radio Free Sarawak.

Apabila ditahan di lapangan terbang Kuching minggu lalu, sebelum dihantar pulang, Brown membuat video di YouTube menuduh individu yang bersubahat dengan pertubuhan politik menyalahgunakan kuasa mereka untuk menutup mulut pengkritik.

Tokoh terkemuka lain yang dihalang memasuki Sarawak termasuk aktivis Maria Chin Abdullah, Datuk Ambiga Sreenevasan, Wong Chin Huat, Ong Boon Kiong dan Kua Kia Soong. -mStar

Selasa, 9 Julai 2013

Kenapa YB Jadi Sangat Sibuk Di Bulan Ramadhan Kali ni..???

Tahukah anda bahawa Ramadan tahun ini boleh dikatakan akan menjadi satu bulan yang sangat sibuk untuk ahli-ahli politik terutamanya pada mereka yang bergelar Ahli Parlimen, Orangni rasa yang terlibat jadi sibuk hanya dikalangan YB dari PAS dan UMNO saja...yang lain tu tak kot...hehehe...
Selalunya aktiviti politik biasanya berkurangan semasa bulan puasa yang menjadi tempoh refleksi rohani bagi umat Islam di mana sikap buruk seperti bercakap tentang keburukan orang lain tidak dilakukan, tapi tahun ini semuanya agak berubah. Hentam menghentam dalam Dewan Rakyat akan diteruskan...hahaha..
Dah tu sampai lewat malam pun YB-YB akan bersidang,hinggakan berbuka puasa dan bersolat terawih pun di dalam Parlimen, bersahur kat mana entah la...dan tentunya menyebabkan ahli politik di negara ini akan mempunyai rehat yang sedikit..Mmmpp rehat sedikit tak apa...janji tanggungjawap banyak diselesaikan dari rehat banyak habuk pun tarak..haha....
Selain Dewan Rakyat yang dok bersidang, Ahli politik dari Umno dan PAS juga perlu bersedia untuk menentang satu sama lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai ini...fuh..!!! Kesibukan yang agak melampau ni...hehe..

Lepas bersidang diKL (Parlimen) Zupppp..... ke Kuala Besut,pup-pap-pup-pap kerja politik kat area PRK....Zupppp...ke Parlimen bersidang...pergi-balik-pergi-balik....memang sibuk....Taaaaapiiiiii....(Dengan Izin ) many can claim tu....hehehe.....
Apapun diharap kepada YB-YB semua dapat menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang kesibukan ini...mana nak tahu,malang tak berbau...tup-tup satu lagi PRK selepas N1...hahaha....

Pendedahan Tentang Calon PAS PRK Kuala Besut

KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan,  Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long(gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.

Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.

Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.- Harakahdaily

Najib Umum Bonus Raya


Kuala Lumpur: Najib semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan. 

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.- BH

...........


GEMPAR...!!!! Mufti Perak Di Terjah Ketika Majlis Teropong Anak Bulan Ramdhan [ Bergambar ]

Pasir Panjang Segari: 8 Julai -- Semalam aktivis berkaitan alam sekitar (KUASA) sempat terjah mufti Perak Tan Sri Dato Sri Harussani dalam majlis melihat anak bulan, kebetulan aktivis berkempen Selamatkan Penyu Segari semalam di pusat penyu sebelah dengan Baitulhilal ( Salah satu lokasi melihat anak bulan di Perak ), jadi kami tunggu kot-kot Zambry Abd. Kadir nak mai...rupa-rupanya dia tak mai, bila tak mai sasaran kami adalah exco dan Tok Mufti, polis tengok saja..tq beb! 
Beberapa Aktivis sempat bersuara pada tok mufti dan para agamawan yang ada situ untuk beri kerjasama dengan adakan tazkirah atau khutbah jumaat menyentuh perihal alam sekitar dalam memelihara bumi tuhan yang depa sujud.... 
so far amat jarang agamawan bangkit pertahankan bumi tuhan, kecuali terbaru aku mendengar tazkirah  DrMAZA.com dalam youtube yang lantang berkata perihal ini,"Banyak ayat dalam al-quran menyatakan DUNIA DIKECAM tapi ALAM ITU DIHORMATI".
Seorang aktivis alam sekitar menyerah risalah "Selamatkan Penyu Segari"
Kelihatan Tok Mufti melihat risalah tersebut...harap-harap mesej ini sampai kepada Zambry Kadir
Menjaga alam sekitar tanggunjawab semua
Mengedar risalah berkaitan "Selamatkan Penyu Segari"
Menjaga Alam Sekitar adalah ibadah dan merosakanya adalah salah
Orang Besar/Kaya Perak turut menerima risalah
Syabas dan terima kasih kepada pihak Polis Balai Segari yang memberi ruang untuk  aktivis
Hampir 80% yang hadir ke Pasir Panjang Segari tidak tahu ke-ujudan pusat penetasan penyu dan lokasi  pendaratan penyu di  berada sini.
Pengamal media yang hadir ke Majlis tengok anak bulan turut menerima risalah
Salah seorang VVIP dipercayai Orang Kaya Perak menerima risalah
Imam Masjid Segari ( Berjubah kelabu) 
Mereka yang hadir ramai yang terkejut dengan berita projek mega di Pantai Pasir Panjang ini bakal melenyapkan  spises  penyu di sini yang mana ada 3 spises dari 6 spises di dunia mendarat disini.
Page FB dan Sumber Berkaitan Penyu Segari:-