Pengikut

Jumaat, 18 Mac 2011

CELARU DAN HARUBIRU KENYATAAN TOK MUFTI PERAK


IPOH – Perbuatan menaikkan tiang seri dan merenjis yang dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong tahun lalu, tidak salah di sisi syarak.

Mengikut Kitab Tajul Muluk karangan Al-Hafiz Abdul Azim Al Manzari, upacara ancak melibatkan bacaan mantera tertentu dan terdapat bahan-bahan tertentu yang digunakan untuk tujuan itu.

Katanya, kitab itu juga menjelaskan upacara ancak itu mesti mempunyai satu bekas dan dibuat tiga jenis nasi berwarna merah, kuning dan putih; tiga biji telur berwarna merah, kuning dan putih; tiga jenis pisang dan beberapa bahan lain sebelum ia dihanyutkan ke laut.

“Upacara merenjis sebenarnya sudah sebati dengan masyarakat Melayu dan ia tidak melibatkan masalah akidah.

“Melainkan jika perbuatan yang dilakukan itu mengikut Kitab Tajul Muluk, itu memang jelas khurafat dan haram dilakukan.

“Dalam upacara MB jelas menunjukkan tiada peralatan atau perbuatan yang membuktikan ia adalah upacara ancak,” katanya.

*** Adakah Tok Mufti memberi fatwa terbaru mengenai "Merenjis".
Adakah dengan tindakan Zambry Abdul Kadir tersebut,perbuatan "Merenjis" difatwakan BOLEH.
Aku terbaca sebuah artikal di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Menyatakan HARAM.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

*** Bertambah celaru umat Islam dengan kenyataan Tok Mufti ini apabila cakap2 Tok Mufti bercampur gaul antara kepentingan diri,politik dan Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan