Pereka fesyen Muslim yang berhasrat ke peringkat global dan mempunyai pengiktirafan untuk jenama dan produk, mestilah memenuhi permintaan pelanggannya yang kini amat mengikuti trend, kata isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau berkata pereka dan penggerak dalam perniagaan ini mestilah menganggap pelanggan sebagai komponen paling penting baginya kerana pelanggan hari ini mempunyai citarasa global, sangat pentingkan trend dan juga kualiti. “Sentiasa ingat bahawa fesyen hari ini melangkaui sempadan malahan dalam mengekalkan rona etnik atau budaya,” beliau berkata pada Festival Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana, Rabu. Untuk mampu berbuat demikian, pereka fesyen mestilah peka dengan trend fesyen terkini dari ibu negara fesyen yang terkenal di dunia. Jika bercakap mengenai aspek perniagaan dalam industri fesyen, tanpa ragu-ragu bahawa fesyen Islam cepat berkembang sebagai perniagaan yang menguntungkan yang pasarannya kini bernilai lebih US$96 bilion setahun. Rosmah, penaung IFF berkata dalam sebarang bentuk, fesyen adalah satu pasaran yang besar yang harus diterokai dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya. “Berlainan dengan pandangan umum bahawa fesyen dan Islam adalah tidak selari, saya ingin mengulangi bahawa pakaian Islam khas untuk wanita masih boleh menjadi fesyen yang kontemporari dan bergaya dalam memenuhi ciri-ciri pakaian Islam termasuk kesederhaan,” kata beliau. Beliau berharap bahawa IFF akan melenyapkan tanggapan bahawa wanita Muslim tidak boleh bergaya tetapi fesyen Islam mempunyai gaya tersendiri dan semakin menarik perhatian ramai. Menegaskan bahawa fesyen Islam kini dianggap satu nafas baru dalam budaya global, katanya tidak menghairankan bahawa jenama dan pereka terkenal dan butik mewah dilaporkan bersaing untuk mereka dan mengeluarkan koleksi fesyen Islam. “Adalah menjadi harapan saya bahawa IFF akan terus menyediakan landasan untuk pereka-pereka melancarkan fesyen Islam agar mereka mampu bersaing di pasaran fesyen dengan pereka-pereka antarabangsa yang terkenal di dunia,” kata beliau. Antara yang hadir pada majlis ini adalah Ketua Pengarah Presiden Pertama Kazakhstan, Dariga Nursultanovna Nazarbayeva, Mienteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Buruh dan Perlindungan Sosial Kazakhstan Gulshara Nurshaevna Abdykalikova. - MK
Rakyat sedang sibuk fikir beban kenaikan harga barang...
Najib "sibuk" dengan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana Kazakhstan.
Rosmah pula sibuk menyibuk dengan Festival Fesyen Islam (IFF) di Astana Kazakhstan.
Sambil tu mereka berdua juga sibuk merisik seorang pemuda Kazakhstan untuk anaknya yang sibuk nak kawin...hehehehe...
Gambar Atas.: Rosmah sedang sibuk melangkah-kan kaki dengan rambut terjojol ke Festival Fesyen Islam (IFF) di Astana Kazakhstan yang di iring dengan sibuk oleh Sharizat yang sibuk tersenggih....
http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/?dsr=photos%3Asubid%3Dview&num=379
Najib "sibuk" dengan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana Kazakhstan.
Rosmah pula sibuk menyibuk dengan Festival Fesyen Islam (IFF) di Astana Kazakhstan.
Sambil tu mereka berdua juga sibuk merisik seorang pemuda Kazakhstan untuk anaknya yang sibuk nak kawin...hehehehe...
Gambar Atas.: Rosmah sedang sibuk melangkah-kan kaki dengan rambut terjojol ke Festival Fesyen Islam (IFF) di Astana Kazakhstan yang di iring dengan sibuk oleh Sharizat yang sibuk tersenggih....
http://www.pmo.gov.my/dati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan