Pengikut

Khamis, 23 Februari 2012

[Taiping] Nissan Navara 4x4 terjun dalam parit didepan-nya Jalan raya pula kritikal

Simpang Taiping Perak - Sebuah kenderaan pacuan 4x4 Nissan Navara telah terlibat dalam kemalangan setelah mengelak sebuah motosikal yang keluar dari persimpangan tiba-tiba disini. Bagaimana pun tiada kehilangan nyawa berlaku,penunggang motosikal dilaporkan cedera ringan,manakala pemandu kenderaan pacuan 4x4 selamat keluar bersama 2 penumpang yang lain dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Saksi kejadian menceritakan  bahawa ini kali kedua kejadian sedemikian berlaku disini.
Terbabas



Penulis Orang Ni ingin mengalih perhatian  mengenai  1 kilometer dari tempat kemalangan ini ialah keadaan jalan raya diantara Pekan Simpang Taiping ke Taman Berkat yang mengalami  kerosakan yang amat kritikal dan merbahaya kepada penguna,terutamanya penduduk setempat yang kerap mengunakan jalan raya ini untuk aktiviti harian mereka,keadaan kerosakan  jalan ini sudah berlarutan hampir 2 tahun tanpa di dibaiki atau diselenggara oleh pihak berwajib, dilihat ada kerja tampal menampal yang seperti melepas batuk ditangga saja.

Menghairankan penulis ialah baru-baru pihak Majlis Pembandaran Taiping (MPT) dan PBT disini sibuk sangat membaiki semua jalan raya yang bakal dilalui oleh Najib dan rombongan ke Taiping,sehinggakan jalan raya yang masih elok di Cangkat Jering pun diturap baru,malangnya jalan yang dimaksudkan penulis tidak dilalui Najib,walaupun jaraknya tidak sampai 2 kilometer dari lokasi persinggahan Najib kesini. Apa yang jelas disini ialah pihak berwajib seperti MPT akan kelam kabut buat kerja atas dasar bodek  terhadap pemimpin dalam tugas.

Gambar jalan raya yang diambil sehari sebelum lawatan Najib ke Taiping dan sehingga kini masih tidak dibaiki.
Sumber Berkaitan Klik [ Sini ]

Slogan  Zambry MB Mahkamah Perak  "Tiada yang Terpinggir dan Tiada yang Teringgal" boleh dianggap dusta dan omongan kosong saja..

1 ulasan:

  1. eksiden adalah akibat laju dan cuai, terjadi sebelum kawasan jalan yg rosak tu dan saya dah tinggal di situ dah 30 tahun. jalan tu mmg selalu di turap. Penurapan dilakukan oleh Sykt Belati Wangsa, Sykt konsesi JKR. (MPT tk turap jalan) tp sebabkan tanah gambut, dan akibat dr lori2 berat yg lalu lalang, jln tersebut mmg cepat rosak.takde kena mengena ngn najib dan zambry. Jgn semua isu nk dipolitikkan mcm haramkah..kah kah kah.

    BalasPadam