Pengikut

Khamis, 14 Jun 2012

Bangunan UMNO Bukit Gantang bakal disita dalam masa 24jam lagi..??


Menurut sumber yang masih tidak rasmi hari ini menyatakan proses penyitaan sebuah bangunan yang didakwa Bangunan yang didiami UMNO Bukit Gantang sudah boleh dan bakal diambil tindakan mahkamah iaitu penyitaan. Proses pendakwaan dibuat keatas sebuah yayasan yang diragui dan dipercayai tidak wujud di parlimen Bukit Gantang iaitu Yayasan Darul Taklim. Menurut sumber lagi menyatakan pihak berkenaan tidak gagal dalam perjanjian ( Dipercayai pembayaran ) sejak tahun 2002 lagi yang ada kaitan dengan sebidang tanah seluar 5 ekar di Terong  yang  dikatakan akan dibina  premis untuk tujuan pendidikan orang  islam . Kes  ini telah  2 kali dibuat dakwaan dimahkamah terhadap pihak yang mendiami bangunan ini yang dipercayai kakitangan  UMNO Bukit Gantang. Bacaan pertama tidak dimaklumkan apa keputusanya dan keputusan kedua (Hari ini) mahkamah telah mengeluarkan arahan menyita bangunan yang dimaksudkan.

Melalui pendakwa kes ini  juga dimaklumkan pihak mahkamah Taiping telah membenarkan bangunan tersebut disita dari beroperasi  bermula  hari ini 14 June 2012 sehingga  05  July 2012. Ini bermaksud Bangunan yang dijadikan pejabat UMNO Bukit Gantang tidak boleh digunakan atau beroperasi sehingga tarikh tersebut,ini kerana dimaklumkan juga pihak UMNO Bukit Gantang secara diam-diam membuat bantahan dimahkamah tanpa pengetahuan pihak pendakwa. Sebarang harta benda yang berada didalam bangunan tersebut  adalah dilarang dikeluarkan sehingga tempoh yang dinyatakan tadi.

Hari ini pihak pendakwa tidak dapat melakukan penyitaan bangunan yang dimaksudkan atas sebab dokumen perlantikan pihak keselamatan yang dilantik masih belum dapat disiapkan, dengan itu  proses  penyitaan  ini  akan dilaksanakan esok pagi  15 June 2012.

*** Proses undang-undang sudah berjalan…diharap tiada tangan-tangan kasar,ganas dan ghaib datang esok hari untuk  melepaskan mereka yang nyata wajar diambil tindakan….

Bangunan UMNO Bukit Gantang ini bakal disita esok..?

-- Aku dilokasi-lokasinya esok....yang lain sekiranya perlu..??? --

Tiada ulasan:

Catat Ulasan