Pengikut

Jumaat, 14 September 2012

Islam dihina Zambry Kadir berkonsert Ambang Hari Malaysia

Dikala umat islam seluruh dunia sedang hangat memprotes filem menghina Rasullulah SAW. Semalam 14 Sept berduyun-duyun umat Islam dimasjid negeri Perak berhimpun selepas solat jumaat bagi menyatakan bantahan dan mengutuk filem tersebut.Beberapa pimpinan dari PAS dan beberapa NGO tampil bersama memberi sokongan.

Namun kelibat orang UMNO Perak dan orang PERKASA Perak tidak kelihatan langsung dalam perhimpunan ini. Mereka mungkin sibuk ditapak konsert hiburan membuat latihan dan persiapan awal.

Tambah memalukan apabila banner konsert hiburan tergantung dengan banyaknya diseluruh Bandaraya Ipoh,seolah kerajaan negeri dibawah Menteri Besar Zambry Kadir tidak peka dengan isu  junjungan mulia Nabi Muhammad dihina oleh yahudi.

Malam ini Zambry Kadir dengan bangganya mengadakan konsert hiburan dengan menampilkan Ac Mizal,Amy Search dan Ella di Ipoh sempena Ambang Hari Malaysia. Itulah perjungan UMNO Perak.... Hiburan diutamakan,Islam diabaikan.

Orang ni nak tanya sikit --> Tok Mufti ada mai baca doa tak konsert malam ni....??


Tiada ulasan:

Catat Ulasan