Ada yang menjadi nujum bagi UMNO menjangkakan Anwar akan bertanding di kawasan parlimen Ipoh Timur kerana beliau menyanyikan lagu Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah Johor.
Pun begitu, hasrat Anwar telah disambut konon-nya menurut sumber mengatakan bahawa Ahli Parlimen Tambun dan Pasir Salak iaitu, Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Dato Seri Tajudin Rahman kedua-dua-nya orang kuat UMNO di negeri Perak mengalu-alukan Anwar bertanding di Perak.
Menghairankan juga kenapa orang-orang kuat dalam UMNO sendiri menjemput DSAI bertanding di Perak..??
Sewajar logik akalnya kalau dah jemput DSAI bertanding di Perak mengapa tidak mengundang sama Si Presiden UMNO Najib Tun Razak juga bertanding dimana-mana kerusi Parlimen di Perak.
Membanggakan apabila Ketua Pemuda Pas Perak juga mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Lumut dan ada juga mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Tambun.
Ramai dikalangan UMNO sibuk membuat andaian bahawa Anwar sebenarnya hanya akan bertanding di kawasan ramai pengundi Cina kerana konon-nya beliau tahu bahawa pengundi Melayu yang beragama Islam sudah menolak beliau dan macam-macam lagi andaian negatif terhadap PAS bagi menampakan konon-nya PAS tak berapa suka dengan kehadiran Anwar.
Hakikatnya akan hasrat Anwar untuk bertanding di Perak sebenarnya telah mengundang gelisah,resah dan keluh kesah dikalangan orang kuat UMNO Perak terutamanya Zambry Kadir sendiri.
Zambry Kadiaq |
“Hanya kerana manusia kecil seperti saya, pembangkang terpaksa angkut Anwar untuk lawan BN….saya tak tahu apa dah jadi dengan pembangkang hingga sampai ke peringkat merayu-rayu kepada Ketua Pembangkang agar datang dan bertanding di negeri Perak”- itu ulasan Zambry Kadir yang tak faham keadaan setiuasi sebenar. Anwar memikirkan dan BERHASRAT untuk bertanding di Perak bukan di angkut Pakatan Rakyat Perak...hahaha...
UMNO Perak seakan-akan menerima amaran gempa tsunami politik yang bakal tiba pada PRU-13 nanti, Zambry dan UMNO Perak dilihat jadi terkedu dengan hasrat Anwar ini.
Kemana mereka (UMNO) nak minta tolong..??
Nak jemput Najib Tun Razak bertanding di Perak..??
Beranikah Najib..??
Ada kejantanankah Najib..??
Zambry ada berani ke jemput Najib...???
(Jawapanya....semuanya tidak,tidak,tidak dan tidak mungkin....hahaha...)
Orangni teringin nak lihat bakal mantan PM dan bakal PM bertanding di negeri Perak, tapi beranikah Zambry Jemput Najib Ke Perak..???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan