Menurut Tengku Adnan, kerajaan yang memerintah iaitu BN mahu rakyat menilai sendiri secara sistematik dan kreatif seterusnya membawa kesedaran parti mana yang perlu dipilih sebagai pembela nasib mereka nanti.
Cuma Orangni berharap sikap setiap bahagian Umno dan BN wajib menjadikan buku tersebut sebagai tukun dan diperap di bilik gerakan atau pejabat Umno Bahagian dan cawangan. Paling terbaik ialah mengtongsampahkan risalah jijik
Orangni masih ingat apabila melawat sebuah pejabat Umno Bahagian dalam PRK peringkat Parlimen, berlonggok-longgok risalah, akhbar dan bahan-bahan cetakan tersusun kemas di dalam dewan berhari-hari tanpa diedarkan dan tindakan sedemikian adalah amat baik.
Rakyat yang menerima risalah jijik ini amat perlu menghumbannya ke tong sampah dan jangan buang merata-rata kerana akan merosakan kebersihan alam sekitar.
Selamat Mengtongsampahkan
Risalah ManiFestong UMNO BN
Ke Tong Sampah.... |
...................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan