Peace, Stability,
Progress,dan Najib MY PM inilah ayat yang tertera pada T-Shirt yang dikatakan akan
digunapakai oleh penyokong BN sehingga kedalam ruang pembuangan undi pada esok hari 5 April.
Baju-baju ini sebenarnya sudah lama di edarkan secara percuma dalam program-program konon-nya berselindung dengan nama 1Malaysia For Youth, hakikatnya sebenar ialah program UMNO BN.
Menurut sumber mengatakan T-Shirt sedemikian akan di-edarkan percuma kepada penyokong BN hari ini dan alasan T-Shirt ini boleh digunapakai hingga waktu membuat pangkah undi kerana konon-nya T-Shirt ini tiada logo atau simbol parti.
Persoalanya ialah bolehkah baju atau T-Shirt sedemikian boleh diguna oleh pengundi BN hingga kedalam ruang membuang undi..?? Tidak-kah ianya melanggar Tataetika Pilihan Raya (SPR) pada para yang bertajuk 9. Hari Mengundi.
...........................
TATAETIKA PILIHAN RAYA
TATAETIKA PILIHAN RAYA
9. HARI MENGUNDI
9.1 Semua pihak dan penyokong calon hendaklah:
(j) Tidak boleh memakai, memegang atau membawa
apa- apa bentuk atau jenis pakaian, topi atau tudung,
barang hiasan, roset, botol air atau payung dan
seumpamanya yang padanya tercetak atau tertera
nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti
politik di dalam jarak kawasan 50 meter atau di
dalam jarak kawasan tertentu dari sempadan
mana-mana Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh
SPR;
..................
BUKTI T-SHIRT INI ADA UNSUR POLITIK UMNO BN
................
BUKTI T-SHIRT INI ADA UNSUR POLITIK UMNO BN
FB Najib Razak menyatakan:Ceria bersama menyokong laungan #BetterNation. |
Peringatan buat penyokong Pakatan Rakyat: Janganlah dok pakai baju-baju yang ada logo atau simbol berkaitan kepartian pada masa nak mengundi esok...kalau semangat sangat nak pakai...lepas pangkah undi, pakai lah puas-puas untuk kita raikan kejayaan kita nanti....hahaha.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan