Pengikut

Selasa, 4 Jun 2013

UMNO Lemah Tenaga Zahir dan Batin

Perjuangan Umno Sudah Tidak Bertenaga

Selepas keputusan PRU 13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadi BN parti tunggal dan gubal semua parti komponen jadi satu sahaja. 


Ia disuarakan oleh pemangku Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn.

Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.


Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir mengatakan Umno menang bukan kerana kuat, tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno.

Sampai bila Melayu hendak ditakutkan. Kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai. Sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada hantu. 


Umno berada di situasi yang merbahaya jika hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi. Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut. 


Mereka sedar, Melayu musnah semua angkara Umno. Golongan ini mula mempersoal, kenapa 57 tahun merdeka, Melayu semakin tertinggal ke belakang. 

Umno telah kianat amanah untuk membantu orang Melayu. Berapa banyak projek yang dikhas untuk orang Melayu gagal diselenggarakan dengan baik. 

Kenapa Umno hendak mengkambing hitamkan kaum lain, supaya Umno terus selamat. Melayu terpelajar sudah menganggap, Umno mesti bertanggungjawab terhadap musibah yang menimpa kepada orang Melayu. 

Mereka mahu Melayu yang bermoral dan telus untuk memimpin negara. Umno telah meninggal rekod yang terlalu buruk kepada sejarah perjuangan orang Melayu di negara ini.

YB Ust Idris Hj Ahmad
Ahli Parlimen Bukit Gantang
4/6/13 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan