Pengikut

Selasa, 15 Oktober 2013

Songlap Daging Korban Memang Berlaku



Salah satu sumber berkaitan daging lembu korban 
Masjid sana 20 ekor,surau sini 10 ekor ,sana 9 lembu ,sini lembu 6....

Tapi wajarkah jenis-jenis segelintir Melayu nak bangga dengan jumlah binatang yang dikorbankan_kalau perangai tunjuk konon sibuk datang tolong tapi masih berebut-rebut daging korban mengalahkan fakir miskin kebuluran seminggu tak makan,sedangkan datang dengan berkereta,rumah tersergam besar,tanah ber-ekar luas,seolah-olah hari raya Aidil Adha adalah pesta rebut daging dikalangan yang datang tolong,siap ada yang dah target nak itu ini dalam daging korban,sesetangahnya macam anggap binatang korban tu untuk diberikan kepada yang menyembelih dan yang melapah saja dan yang datang tengok tu boleh dok diam-diam_kalau dapat pun sikit saja_sungguh sedih bila ada golongan miskin yang sewajarnya menerima daging korban dipinggirkan dari menerima hak mereka......buat malu kat lembu saja...hahaha....
Gambar Hiasan
Paling memalukan ada yang dengan muka tak malu dikatakan songlap atau senang cakap curi bahagian daging korban...agaknya dah kemaruk sangat nak makan daging dizaman sekarang ini.

Berikut adalah sedikit info berkaitan pembahagian daging korban_rasanya masih belum terlambat:

Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus: Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. 


Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!

Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).

Adakah sah qurban itu?

Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.

Jadi, macamana nak upah mereka?

Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?

Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja.

Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.

** Diharap ibadah korban bukan pesta kaut,cilok,kebas atau songlap daging korban....hahaha.....



1 ulasan:

  1. owh..ini isu dah berpuluh tahun daa! yg dulu baya remaja tengok org tua pau lebih 1/2 kg..la nih dia dah tua la pulok..tp balon sampai 1kg..lps tu yg geng surau n tukang sembelih n lapah tuh pulok mmng kojenye berhujah nak masak sup ke kurma..ke panggang ker salai...haaakan demer tengah berlatih nak kena bakor n salai nnt.
    cheers

    BalasPadam