Pengikut

Khamis, 21 November 2013

Fathul cedera kerana ekzos motosikalnya meletup

FATHUL menerima rawatan di HKL, semalam.
Kuala Lumpur: Tindakan seorang ‘mekanik amatur’ menyiram ekzos motosikal dibaikinya dengan petrol mengundang padah apabila ekzos itu meletup, menyebabkan muka, telinga dan tangannya melecur.
Kejadian berlaku di rumah mangsa, Fathul Mizan Albar di Kampung Pandan, di sini, ketika remaja berusia 17 tahun itu membaiki motosikal Yamaha 125Z milik abangnya, kira-kira jam 6.30 petang kelmari.
Fathul berkata, sebelum kejadian abangnya meminta dia membaiki ekzos motosikal yang dikhuatiri tersumbat.

“Saya tanggalkan ekzos itu dari motosikal dan memeriksanya. Yakin ekzos itu tersumbat, saya menyiram dengan petrol dan membakarnya seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini sebelum memadamnya kembali. “Namun, beberapa minit kemudian ekzos itu tiba-tiba meletup,” katanya ketika ditemui wartawan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan