Aku tahu dan dapat rasakan...ibarat ditelan mati mak dan diluah mati bapak,macam tu lah rasanya rasa sesetengah ahli dalam PR terutamanya bagi penyokong PAS khususnya dinegeri Perak.
Okey...take the point..!!!
Dok riuh di media alam maya pasal isu calon wanita DAP di Teluk Intan dengan isu seperti yang aku sebuat diatas tadi tetiba keluar pula klip video [2:13] bertajuk "Dyana: Saya tak akan undi sokong hudud".
woohh..!!! Ini dah macam bagi bola tanggung kat Umno BN dalam prk Teluk Intan...
Dalam video tu calon DAP bagi kerusi Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata beliau tidak menentang hukum hudud.
Namun selaras dengan pendirian partinya, katanya, jika terpilih sebagai ahli parlimen, beliau akan mengundi tidak akan menyokong hukum Islam itu jika dibentangkan..
Pada pendapat aku kenyataan tersebut pasti mengurangkan beberapa peratus undi untuk kamu...walaupun kamu (Dyana Sofya) guna alasan itu dasar parti sekalipun. Sebab jawapan atau ayat perkataan yang akan kamu terima ialah "kamu tu seorang Islam" [ Titik ].
Satu lagi...aku dok perati kenyataan calon DAP ni macam senada dengan pendirian Tan Lian Hoe pengerusi parti GERAKAN Perak yang siap ada page Facebook untuk tentang hudud dilaksanakan.
Hmmm...kebetulan pula calon BN di Teluk Intan juga dari parti GERAKAN iaitu Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong .... jadi bab hudud ni di Teluk Intan kedua-dua pendirian calon dan parti kiri dan kanan senada dan seirama...kot-kot ada calon bebas macam Nabi Bux je kot yang bakal memanaskan lagi suasana prk P076 nanti...hahaha..
Susah juga mau cakap isu ni nak buat camana kan..???
Hahaha......aku bukan pengundi di Teluk Intan..jadi pengundi Teluk Intan lah yang sewajarnya memilih yang mana satu Intan atau Kaca... Kome tentu pandai memilih sebab kome duduk di Teluk Intan....hahaha....
Ini page FB dari parti GERAKAN berkaitan hudud |
Ini kenyataan Bakal calon DAP berkaitan hudud |
Soalan: Apa beza calon DAP dan parti GERAKAN..??
A. Sama
B. Serupa
C. Sama serupa
D. Bikin pening....hahaha...
Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
BalasPadamSekiranya berminat, sila hubungi :-
DRINA DMARYA RESOURCES
No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
(Atas Kedai Kek Bee's)
Tel : 03-33745230/ 013-3311606
WEB KAMI :
kahwinthaibest.blogspot.c0m
drina1998.blogspot.c0m
Sebagai seorang Muslim saya yakin mereka tidak akan turun mengundi secara senyap kerana DAP dan Gerakan tidak menyokong Hudud sedangkan Hudud Hukum Allah.Sesiapa muslim menyokong bermakna mereka telah melakukan Syirik secara tidak langsung.Jangan memutar belit apa yang saya kata ini kerana ia adalah fakta nya.Allahuahad.Allahuakhbar.
BalasPadam