Pengikut

Ahad, 27 Februari 2011

71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak siap sedia untuk direbut..


BN Sarawak sudah sedia hadapi pilihan raya negeri: Taib

BELADIN (SARAWAK): Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga sudah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini. "Sudah..sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di sini. Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata senarai itu meliputi semua calon yang akan mewakili BN untuk merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Pilihan raya Sarawak dijangka berlangsung dalam masa terdekat memandangkan penggal DUNnya akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada pilihan raya negeri lalu, BN menguasai 63 kerusi. Sementara itu, mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang mengkritik kerajaan Sarawak, Abdul Taib berkata perkara itu adalah perbuatan nakal namun tidak akan menghalang kerajaan BN untuk terus membangunkan Sarawak.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib berkata Sarawak telah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sejak 40 tahun lepas dan kini hampir 94 peratus rakyatnya telah bebas daripada belenggu kemiskinan. Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga berkata kejayaan dasar politik pembangunan yang diperkenal kerajaan negeri ternyata berjaya membawa perubahan besar kepada kemajuan Sarawak. "Sekarang kita bukan sahaja perlu kerja kuat, malah perlu meningkatkan lagi pengetahuan untuk lebih maju selain perlu merancang untuk melahirkan lebih ramai pemimpin yang bijak dan faham apa kemahuan rakyat di peringkat bawahan," katanya. Abdul Taib juga mengakui kejayaan Sarawak hari ini adalah hasil daripada keberanian pemimpin serta rakyat untuk melawan arus kemajuan tanpa perlu menoleh kebelakang. - BERNAMA

Hahaha...NAKAL... Tok Uban tak sedar atau sedang palau (mabuk)..?? Jika dikata pengkritik kerajaan Sarawak NAKAL, Orang ni kata Tok Uban bukan sekadar NAKAL tapi Lanun...habis semua khazanah bumi kenyalang disapu bersih oleh kroni anak menantu Tok Uban...

Untuk mengetahui LANUN dan GATAL Tok Uban boleh klik sini :http://www.sarawakreport.org/ms/news/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan