Pengikut

Selasa, 1 Mac 2011

KPI - Zaman akhir Umno sudah hampir… (Petunjuk Prestasi Utama)


Sasaran Mejoriti KPI dalam PRK menjadi sebutan mengerunkan kepada para pemimpin Umno,terutamanya TPM. Boleh diperhatikan dan dinilaikan sejak berlansungnya beberapa PRK sejak PRU12 yang sekarang berjumlah 14kali (Tidak termasuk PRK Merlimau dan Kerdau) kemerosotan jumlah mejoriti dalam pengundian walaupun Umno menang dalam PRK tersebut sasaran KPI-nya amat tersasar dari sasaran ataupun dengan perkataan yang lebih tepat ialah merosot.

Mencontohi kemorosotan KPI dalam PRK yang terdekat ialah PRK Tenang,yang mana sebelum berlaku-nya hari pengundi (Masa tempoh berkempen) TPM telah menyebut satu angka sebagai sasaran dalam PRK Tenang,dengan nada yang yakin TPM melaungkan sasaran KPI bagi PRK Tenang dan akhirnya laungan itu menjadi senyap walaupun Umno BN menang,mungkin TPM meraung dalam nada perlahan. PRK Tenang menyaksikan kehancuran harapan TPM dan Umno BN dalam sasaran KPI kerana DUN Tenang adalah dahulu sebuah kubu kuat bagi Umno BN.

Dengan kemenangan dalam kejatuhan KPI Umno BN seperti di PRK Tenang menunjuk-kan sasaran KPI bermejoriti tinggi dalam PRK bukan sekadar mimpi ngeri tapi ianya adalah hakikat sebenar penolakan pengundi terhadap kepimpinan Umno BN sekarang.

MENYINGKAP HARAPAN DAN SASARAN TPM SEMASA PRK DUN TENANG:

LABIS, 22 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sasaran untuk menang majoriti lebih 5000 undi pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dan satu cabaran kepada jentera Barisan Nasional (BN).

“Saya yakin dengan calon kita. Latar belakang cukup baik, tidak ada apa-apa masalah perwatakan. Lagipun kawasan ini merupakan kawasan beliau sendiri. Kriteria ini dapat membantu pengundi-pengundi buat keputusan,” katanya.

“Kita mahu lihat pelan transformasi Perdana Menteri diterima baik di semua peringkat masyarakat,” katanya. –MediaUMNO

Keputusan rasmi PRK Tenang:

BN = 6,699

PAS = 2,992

Majoriti = 3,707

Tidak hairanlah Umno BN sekarang melipat kali ganda usaha pelbagai cara,dari projek-projek mee segera,hidangan hiburan tidak bermoral dan yang terbaru di Kerdau dilaporkan sebuah trak dengan muatan 100 kotak untuk diberi kepada warga miskin diKerdau,diluar kotak tersebut tertera ayat “Berakhirlah Zaman Miskin” .Memang nampak jelas apa sebenarnya yang berlaku mengenai sokongan rakyat terhadap Umno BN sekarang dan kempen Umno BN seperti mengajak rakyat menjadi kebudak-budakan dalam berpolitik…mana mungkin 100 orang sahaja yang miskin di Kerdau..!!! Terbelakah si-miskin nanti dengan menerima sekotak bantuan akan tidak miskin lagi..!!! (Mungkin ada Jongkong emas kot….) mungkin perkataan yang paling sesuai pada 100 kotak-kotak sogokan itu ialah “Berakhirnya Zaman Umno BN”….

KPI Umno BN dalam berkempen juga menujuk “Zaman akhir Umno sudah kian tiba…”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan