Pengikut

Khamis, 29 Mac 2012

Restoren PERKASA edar risalah hentam PAS kepada pelangan…bodoh punya kerja

Risalah Bodoh punya kerja..!!! 

Inilah orang UMNO,inilah orang PERKASA dan inilah kalau orang melayu UMNO  berniaga sekarang ini….oleh kerana  dah nampak sangat sokongan  rakyat terhadap UMNO BN dah ditahap nazak dan si tokey itu pula terlalu taksub dengan kepompong  politik sempit dan sasau  dalam kepala otak….maka ini-lah jadinya.. Aku tak kisah-lah kalau mana-mana tokey kedai atau restoren tu pro  kepada mana-mana parti politik..lantak korang lah..tokeynya PERKASA ka,PEKIMA ka, JATI ka ataupun tokeynya spesis karat  UMNO ka..apa aku nak kisah..itu hak individu. Dalam masa nak berniaga kalau nak berkempen tu pun agak-agaklah… nampak macam glamour  bergaya  jadi  tokey  restoren…tapi sebenarnya bodoh tahap gaban..!!!

Perkara yang aku nak sentuh kat sini ialah tentang sebuah restoren ikan bakar di Kemunting Taiping  yang menurut cerita tokey-nya orang kuat PERKASA…( PERKASA tu rakan seselimut UMNO la…hahaha…) Aku dapat sehelai risalah kertas A4 yang tertera isi kandungan  berbentuk politik yang menghentam PAS dengan berbagai dakwaan dan tomahan liar( Gambar diatas). Risalah ini aku terima dari seorang rakan yang telah menjadi pelangan restoran tersebut dan beliau mendakwa diberi risalah ini  ketika sedang menjamu selera disitu. Naya punya kes…nak makan dapat  risalah fitnah…memang dalam  risalah tu tiada tertera nama restoran atau nama pengedarnya,namun semua orang sekitar Taiping tahu yang restoran tu  tokey-nya orang kuat PERKASA. Nampak sangat si tokey tu ada rasa  takut dalam kerja jahat politik,edar risalah dalam restoran berani tapi nak taruh nama-nya dalam risalah takut....hehehe.. 

Sudah teruk dan sangat parah UMNO Perak khususnya UMNO Taiping sekarang ni…sampai pelangan yang datang untuk menjamu selera  ke restoran pun diberi risalah politik. Bagi aku tersangat benggap  si tokey restoran tersebut dengan apa  yang dilakukan itu jelas menampakan keadaan UMNO sekarang diambang sakaratulmaut . Aku nampak macam tokey restoran orang PERKASA tersebut dah jadi sub kontrator  yang ambil tender edar risalah dari UMNO BN untuk hentam PAS…kah..kah..kah…

Aku  tak nak-lah sebut secara detail mengenai lokasi restoran  yang dimaksudkan di Kemunting Taiping ni..sebab aku tak mahulah dikatakan taruh pasir dalam periuk nasi orang,walaupun orang itu UMNO atau PERKASA. Bagi aku kalau nak berniaga buatlah dengan cara profesional  janganlah  kerana kebodohan berpolitik perniagaan lingkup..haha…

Kepada orang-orang UMNO atau PERKASA yang jadi tokey restoran di seluruh negara janganlah edarkan  risalah yang jelas berunsur tomahan dan fitnah ,sebab  aku hairan adakah belum cukup dengan media massa  arus perdana yang menjadi lidah utama penyebar  fitnah dari UMNO BN ..???  TAPI  kalau nak teruskan juga  edar risalah sedemikian….lantak  koranglah…sebab restoran tu hak korang. Tapi ingat..!!!! pelangan-pelangan  yang datang  tu ada akal fikiran dan ada pendirian masing-masing. Setakat edar risalah yang berunsur  fitnah sedemikian rupa  tiada faedah dan tiada kesan apa-apa,  kerana  rakyat  di alaf saitek ini sudah bijak menilai. 

1 ulasan:

  1. brother, ko patut dedahkan restoran tersebut.Ambil gambar tokey bangang tu sekali.apasal pulak ko kata taruh paasir kat periuk dia? kau pun satu hal.Kau nak orang-orang kita bagi peluru pada dia utk tembak kita orangkah? Aku syorkan ko dedahkan gambar dan lokasi restoran tersebut kpd ramai biar org kita selamat dari bersubahat dengan musuh Islam ini.

    BalasPadam