Pengikut

Selasa, 27 Mac 2012

Stadium Perak Jadi Tempat Pembuangan Sampah...Zambry tak jemput TV3..??




"Beginilah keadaan negeri dibawah Pakatan Rakyat..bla..bla...yang tak mampu jaga kebersihan....sampah banyak...bla....blu...bla...kotor...bla..bla..ibarat burung gagak memutihkan bulunya...tetap akan hitam...karam singh untuk TV3 suku..."- Sebahagian sedutan ulasan Karam...hahaha...


Dalam negara ini kalau cerita sampah banyak,cerita sampah tak dikutip,sampah busuk mesti di bayangkan 4 buah negeri oleh media massa arus perdana seperti TV3.. Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan lah akan jadi mangsa lensa dan ulasan Karam singh angkat tangan 8 kali..


Namun kalau perkara sedemikian berlaku di negeri dibawah kerajaan UMNO BN maka senyap sunyilah semua itu...Lihatlah apa yang berlaku di stadium Ipoh Perak,ianya sebuah kawasan tumpuan umum di yang menempatkan acara-acara sukan,tempat makan dan sebagainya dilaporkan dipenuhi sampah sarap...  Kalaulah perkara ini berlaku di 4 buah negeri dibawah Pakatan Rakyat maka jadi sasaulah pihak media arus perdana datang membuat laporan dan kemudianya di ikuti ulasan puak pemimpin UMNO BN yang konon-nya nak jadi hero sampah..haha..


Menurut sumber, masalah itu timbul sekitar dua minggu lalu, iaitu selepas perlawanan bola sepak antara Perak dengan Kelantan yang berlangsung di stadium berkenaan.Namun, timbunan sampah masih belum dibersihkan hingga menimbulkan bau yang busuk.

Turut meloyakan tekak apabila menghidu bau busuk dari cecair yang dipercayai minuman basi yang diletakkan di bahagian kerusi penonton dan pintu pagar stadium yang tidak dibersihkan oleh pihak bertanggungjawab.
Difahamkan, pihak pengurusan telah melakukan kerja-kerja pembersihan tetapi hanya menolak sampah dari kerusi penonton di tingkat atas menggunakan mesin angin ke bahagian bawah.Namun, sampah sarah itu dibiarkan pula di satu sudut, seolah-olah menunggu ia lupus begitu sahaja.
Di kawasan lain, kelihatan sampah sarap bersepah-sepah di atas rumput yang turut kelihatan panjang dan sudah pasti pemandangan itu menyakitkan mata sesiapa sahaja yang memandang.Adakah kerana kekalahan Perak menyebabkan pihak pengurusan kecewa dan enggan membersihkan stadium selepas perlawanan?
Mana pergi MB Zambry Kadir dan mana pergi exco belia dan sukan Perak Dato' Zainol Padzi Paharudin..?? Adakah terlalu sibuk dengan kerja menyambut Najib dan Mahyudin ke Perak yang berulang-ulang kali sehinggakan tak sempat tengok2  tempat penting macam persekitaran stadium Ipoh..???!!!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan