Pengikut

Khamis, 12 Julai 2012

BERSATU..!!! UMNO Taiping pecah tanah UMNO Bukit Gantang pecah kepala

Muhyiddin dimajlis pecah tanah di Taiping...konon-nya tanah belakang kedai mamak A.Rahman Taiping ini adalah tanah kurnia menurut sumber yang masih diragui..... banyak betul tanah kurnia yang UMNO dapat...rakyat nak dapat tanah punya la susah...

Bersatu untuk poket kroni UMNO boleh dipercayai...hahaha..

Merempat dibangunan yang disita,begitulah nasibnya UMNO Bukit Gantang sekarang. Dalam menjalankan kerja-kerja politik didalam keadaan yang memalukan,kali ini UMNO Bukit Gantang dirundung kesedihan yang melelehkan air luir...apa tidaknya..!! Jiran Parlimennya UMNO Taiping baru-baru ini melakukan majlis pecah tanah untuk dibuat bangunan baru mereka yang bernilai 1juta dijankakan siap dalam masa setahun dari sekarang. Majlis ini disempurnakan Muhiyiddin Yassin..

UMNO Taiping buat majlis pecah tanah...UMNO Bukit Gantang pecah kepala dibuatnya...hehehe.. Dalam majlis tersebut Muhyiddin mengingatkan kepada UMNO Perak dibawah Zambry Kadir MB Perak supaya BERSATU kalau mahu menang di Perak pada PRU akan datang. Sungguh melucukan harapan Muhyiddin ini..dikala UMNO Bukit Gantang buntu tiada bangunan beroperasi secara sah,tiba2 UMNO Taiping boleh planing bikin bangunan baru...bersatu apa macam tu..???

YB Rosli yang perasan nak jadi calon Parlimen Bukit Gantang dilaporkan sedih dan kecewa dengan jiran Parlimen-nya itu... UMNO Parlimen Bukit Gantang seperti dianak tirikan oleh UMNO negeri dan  pusat. Manakala UMNO Taiping berlagak macam abang long dengan adanya Datuk Salimin yang dikatakan merebut tempat politik YB Zahir ADUN Kemunting yang semakin terpinggir.

BERSATU dalam istilah UMNO hanya pada lambakan duit dan kuasa saja...yang lainya hanya indah dibibir saja...habuk pun tarak..hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan