Pengikut

Khamis, 12 Julai 2012

Terbukti..!!! Selama Perak dilanda ribut selepas omong kosong Muhyiddin

12 Julai 2012 ~ Selama Perak : 4 buah kampung dan lebih 80 keluarga di Selama dalam perlimen Larut terjejas dan mengalami kerugian besar apabila ribut yang membawa angin kencang telah merosak-kan kediaman serta harta benda penduduk disini.

Kejadian ribut kencang ini dilaporkan berlaku pada sebelah lewat petang sejurus berakhirnya program Muhyiddin Yassin di kg Sg. Seputeh yang juga didalam DUN Selama Larut Perak.
Dalam program Perasmian mini RTC ini Muhyiddin ada menegaskan bahawa pemimpin UMNO BN sanggup turun kebawah untuk mendengar rintihan rakyat dan tiada kerajaan didunia ini yang lebih baik selain UMNO BN dan ini telah terbukti ujar Muhyiddin.

Terbukti..?? Apa dah jadi...? Sebaik habis saja program tersebut,seolah-olah Allah menguji akan apa yang Muhyiddin katakan dan lain-lain pemimpin UMNO terutamanya di Larut Perak.. Kejadian ribut yang merosakan puluhan rumah penduduk kampung berlaku sejurus majlis selesai,dimana rombongan UMNO yang dikatakan turun kebawah..? Apa yang berlaku ialah lepas program berakhir  semua orang-orang kuat UMNO cabut balik, MB Zambry balik,Shafie Afdal pun balik semua hilang cabut balik...tinggallah omong-omong kosong Muhyiddin serta tinggallah rakyat yang sedang menderita akibat ribut.

Syukur tiada kejadian cedera dan kehilangan nyawa berlaku ujar Ust Akmal Kamarudin yang turun kelokasi bersama skuad prihatin PAS Larut. Ust Akmal yang mengetuai skuad prihatin PAS Larut bergegas ketempat kejadian sejurus mendapat laporan dari penduduk disini. Segala permasaalah penduduk didengari dan InsyaAllah akan dibantu secepat mungkin bagi memulihkan keadaan penduduk disini kata Ust Akmal lagi.
Ust Akmal meninjau salah sebuah rumah mangsa ribut

Skuad Prihatin PAS Larut bertungkus lumus dari awal kejadian hingga lewat malam tadi membantu penduduk kampung. Skuad Prihatin PAS berkhidmat tidak mengira masa dan tidak mengira fahaman politik,semua akan dibantu,bukan sekadar pandai omong kosong saja. Perlaksanaan adalah keutamaan dalam membantu rakyat yang menghadapi musibah seperti ini ujar salah seorang ahli Skuad Prihatin PAS Larut. Berikutan itu rata-rata penduduk disini mengucapkan terima kasih kepada rombongan Skuad Prihatin PAS Larut yang tampil membantu mereka.
- rakan sumber : Teratak kampung

4 ulasan:

  1. Ini ada satu cerita, puak PAS dapat bala dari Allah. TPM Tan Seri Muhyiddin datang ke Kg Sungai Seputeh Selama untuk program RTC. Untuk mengagalkan program tu, puak ni buat dulu solat hajat minta Allah turunkan bala pada majlis TPM tu. Tak puas hati berdoa pada hari Rabu, puak PAS buat lagi pada pagi Khamis disebuah surau di SK Toh Ratna Sakti.



    Dengan takdir Allah, sebaik selesai program TPM, ributpun datang melanda rumah puak PAS. Habis bertempiaran puak PAS lari menyelamatkan diri. Seratus dua puluh tujuh rumah puak ni hancur dilanda ribut.

    Moral of the story, janganlah nak buat aniaya pada umat islam. Buat doa turun bala dan sebagainya. Jangan ingat Allah s.w.t tu boleh diperbodohkan. Allah s.w.t itu Maha Mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi. Harap puak ni insaf dan balik semula ke pangkal jalan. Ini baru sikit Allah s.w.t bagi. Jangan sampai Allah s.w.t turunkan ribut macam yang pernah diberi pada kaum Aad. Kaum Aad yang badannya tegap dan kuatpun kena ribut terus hancur, inikan pulak puak PAS. Insaf insaflah.

    BalasPadam
  2. Doa orang Pas dimakbulkan Allah.. Sehari sebelum kedatangan TPM Tan Sri Muhyiddin ke Kg Sungai Seputeh Selama, Pas telah membuat solat hajat dan berdoa agar majlis perasmian RTC yang dibuat oleh kerajaan ditimpa bala angin ribut dan sebagainya.

    Tak puas hati kerana doa tidak dimakhbulkan pada hari Rabu, Pas buat lagi pada pagi Khamis disebuah surau di SK Toh Ratna Sakti.

    Sebagai ganjarannya sebaik sahaja program selesai petang tersebut 172 rumah penyokong dan pemimpin Pas ranap dipukul ribut.

    Sebab itu lah Pas Larut sibuk turun padang untuk membantu mangsa ribut taufan. kalau ia berlaku pada orang orang Umno sudah tentu mereka akan bertepuk tangan.

    Allah Maha Kuasa, Allah tidak akan menganiayai hambanya.

    BalasPadam
  3. Komen tanpa usul periksa menunjuk-kan anda seorang yang tidak berfakta dan sumber...mana ada dalam sejarah negara PAS guna Sekolah kebangsaan untuk apa2 tujuan...nak kelentong tu janganlah nampak sangat Zaiful.... Apapun terima kasih sebab sudi baca dan komen di blog ini...hahaha...

    BalasPadam
  4. Sampaikan info yg betul. Bukan mengejar membuat info tanpa fakta

    BalasPadam