Pengikut

Isnin, 30 Julai 2012

Janji Ditepati Rakyat Perak Terpinggir ibunya didukung kemana saja

Ust Akmal mendengar rintihan warga emas ini yang ditemani anak lelakinya yang tabah menjaga beliau.

Selama Perak~ Ke mana saja ibu-nya mahu pergi, maka anak lelaki beliau ini akan mendukungnya,mahu kemana saja,kalau tidak didukung oleh anak lelakinya maka ibu ini tidak akan berganjak dari situ kerana lumpuh sejak sekian lama sehinggakan bila ibu ini mahu buang air besar,maka akan diusung ke semak samun belakang rumah mereka yang teramat usang,macam ala 40an masih tiada kemudahan tandas oleh sebab kesempitan hidup ditanah air yang konon-nya dah 55 Merdeka.

Ini adalah kisah benar,kisah betul dan bukan cerita rekaan yang dikarang blogger upahan UMNO Perak.

Menghairankan aku....perkara ini berlaku di alaf saitek ini dibumi Selama Perak, bukan di negara Afrika atau di negara yang bergolak tapi dinegara yang konon-nya sudah 55 tahun Merdeka.

Malah ini bukan keluarga tunggal mempunyai nasib sebegini dibumi Perak khususnya di Parlimen Larut,angka kes keluarga bernasib daif sebegini berdozen-dozen boleh ditemui disini.

Segala slogan konon-nya Tiada Terpinggir,Tiada Tertinggal dari Zambry dan slogan Janji Ditepati,Rakyat Didahulukan dan sebagainya dari Najib hanya ayat-ayat pemanis mulut saja buat rakyat,hakikatnya hanya kelentong semata-mata, ditepati sedikit apabila masa mengundi saja ujar salah seorang penduduk disini.

Alhamdulillah hari ini kami dari PAS Larut dapat luangkan masa menziarah dan dapat memberi sedikit sumbangan berupa sebuah kerusi roda buat warga emas ini yang dijaga oleh seorang anak lelaki ujar Ust Akmal Kamarudin dari Dewan Pemuda PAS Larut ketika ditemui dilokasi disini.

Kami juga sedang berusaha mencari dana untuk membina tandas bagi rumah usang milik warga emas bersama anak lelakinya ini begitu juga dengan beberapa keluarga yang lain yang amat wajar diberi perhatian.

Rata-rata penduduk di Selama khususnya di Larut amat mengenali Ust Akmal serta jemaah pimpinan PAS Larut yang lain yang sudah sekian lama bergerak menyantuni rakyat disini demi menyalurkan khidmat dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Keadaan ini menyanggah kritikan jahat dari blogger UMNO di Perak mengenai fitnah dialam saiber konon-nya populariti PAS Larut yang konon-nya jatuh kerana berkerja hanya untuk menaikan nama-nama tertentu dalam PRU sebagai calon. Hakikatnya PAS Larut sudah lama menyantuni rakyat demi kebaikan dan keharmonian rakyat disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan