Pengikut

Rabu, 1 Ogos 2012

Pemuda terselamat dari sengat kala jengking yang dipatuk ular

Pada suatu ketika dahulu Zun Nun Al-Mishri memerhatikan seekor kala jengking yang sedang merayap berjalan mendekati seorang pemuda yang sedang nyenyak tidur, ketika kala jengking tersebut bersiap sedia ingin menyengat pemuda tersebut.

Dengan izin Allah Yang Maha Menentukan segalanya ciptaanNya...

Tiba-tiba muncul seekor ular disitu juga,takala belum sempat kala jengking itu menyengat pemuda tersebut,ular tersebut pantas mematuk kala jengking.Dalam masa yang sama kala jengking itu pula bertindak balas menyengat ular tersebut,maka kedua-dua binatang ini mati.

Maka terselamatlah pemuda tersebut.

Didalam urutan kisah ringkas Kala jengking, Ular dan seorang Pemuda yang sedang tidur terselamat dari bahaya yang tidak disangka,tidak difikir atau tidak mampu diatur oleh manusia, maka Itulah RAHMAT ALLAH YANG TIDAK DISANGKA- SANGKA OLEH KITA.

**-- sebahagian dari:
Tazkirah RAMADHAN oleh UST AKMAL KAMARUDDIN : AWAL RAMADHAN ITU RAHMAT, PERTENGAHANNYA MAGHFIRAH, DAN AKHIRNYA PELEPASAN DARI API NERAKA.
Masjid Taman Mewah Taiping Perak. 2 ogos 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan