Pengikut

Ahad, 23 Disember 2012

Isu panas bakal calon UMNO Kemunting: Yb Zahir ditendang Jeffry dan Anas

Dari sumber dalaman UMNO Taiping yang dikorek-korek menyatakan YB Zahir ADUN Kemunting yang ada sekarang berkemungkinan besar tidak lagi bertanding dalam PRU akan datang. Ini semua  berikutan timbul 2 nama yang disenarai oleh pihak UMNO peringkat pusat untuk dicalonkan.

Bermakna YB Zahir yang tersohor dengan gelaran dari ahli UMNO Kemunting sendiri sebagai YB Banner bakal ditendang dari PRU akan datang.

2 nama yang berjaya di korek dari maklumat UMNO pusat ialah Jeffry Mohd Rejab jawatan sebelum ini ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Taiping dan Anas Md Yusof berjawatan AJK UMNO Bahagian Taiping. Mereka berdua sekarang diteropong oleh pihak UMNO pusat konon-nya bersih dari sebarang kes yang akan cemarkan nama UMNO jika dicalonkan.

Ini semua berikutan kehendak Najib Tun Razak mahukan semua calon ditapis oleh SPRM sebelum disenarai calonkan.

Menurut sumber korek UMNO lagi menyatakan Jeffry Mohd Rejab yang sekarang dikatakan bertugas disebuah bank disini sememangnya sedang berkerja kuat untuk persediaan menjadi calon di Dun Kemunting. Antara program yang dilaksanakan ialah membersihkan sebuah tanah perkuburan disini beberapa bulan lalu dan khabarnya program yang dianjurkan Jeffry diluar pengetahuan YB Zahir.

Manakala Anas Mohd Yusof pula masih belum nampak berminat sangat dengan nama-nya disenarai calonkan. Sebab tiada sebarang program dilakukan oleh beliau. Kemungkinan beliau (Anas) tidak tahu nama-nya di calonkan oleh UMNO pusat atau sudah disekat oleh YB Zahir.

Sumber korek maklumat UMNO juga menyatakan semua nama calon yang disenarai oleh UMNO pusat masih belum diwar-warkan kepada semua Bahagian-Bahagian UMNO kerana bimbang pergolakan besar dijangka berlaku dalam UMNO berikutan PM Najib baru-baru ini menyatakan semua calon UMNO yang akan datang perlu ditapis oleh SPRM.

Bermakna YB Zahir dan YB-YB UMNO yang dok ada hampir 90% ditendang sebab diketahui tidak menepati kehendak Najib Tun Razak yang konon-nya mahu calon bersih.

- Sumber korek-korek Orangni....hahaha.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan