Pengikut

Khamis, 27 Disember 2012

Isu tanah Sg Rotan Perak: YB Rosli Hussin jadi tikus hitam angkara Rafidah Aziz

Kampung Sg Rotan,Trong  Perak: 160 individu peneroka tanah dari pelbagai bangsa di ditipu UMNO sejak sekian lama.


Kisah bermula dari 1986 di-zaman  Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangar ( Sekarang Kg. Sg. Rotan  dalam Parlimen Bukit Gantang ). 


Penduduk kampung telah ditabur janji Pilihanraya oleh UMNO konon akan memberi hak milik kepada individu yang membuka tanah yang dikatakan Tanah Hak Kerajaan Negeri di kampung tersebut.

Maka seramai 160 individu peneroka awal telah membanting tulang,memugar ,membuka tanah yang dijanjikan dengan keluasan 1 lot (3 ekar) setiap seorang.

Menurut sumber 160 peneroka ini telah pun mengajukan borang permohonan bagi memiliki hak tanah ini kepada Pejabat Tanah. 

Setelah sekian lama tahun demi tahun, PRU demi PRU.  Ungkapan "Kami akan beri geran " diulang-ulang oleh UMNO hingga sekarang.

UMNO Perak khusus-nya UMNO Bukit Gantang (Parlimen Sekarang) mengunakan tektik tabur janji di capati ini sejak sekian lama untuk menjerat pengundi di musim pilihanraya. Kejadian di Sungai Rotan ini menjadi contohnya.

Tapi sekarang perkara ini telah meletup dan terbongkar kerana beberapa orang UMNO BN sendiri mendedahkan segalanya.

Isu ini menjadi panas apabila hari ini satu kejadian yang mengemparnya berlaku, sebuah lot tanah di kampung Sg. Rotan telah dicerobohi sebuah jentera berat berantai bagi menolak dan membersihkan pokok-pokok (Getah dan Sebagainya) untuk ditanah semula oleh seorang individu  bernama Mr Lee (Gambar dibawah: No-8) yang mendakwa lot tanah tersebut  dibeli dari sebuah keluarga mantan  Tok  Sidang Kampung Padang  Gajah dengan harga RM115 ribu. 

Sedangkan lot tersebut diusahakan sekian lama dan dimohon oleh seorang individu lain sebelum ini.

Nah...!!! Sekarang sudah terbongkar..!!! Rupanya-rupanya selama ini Lot-Lot tanah yang dijanjikan akan diberi geran hak milik sudah pun dimiliki oleh individu lain.

Seramai 25 nama individu disahkan telah mendapat geran hak milik tanah diatas lakasi lot-lot tanah yang diusahakan oleh 160 peneroka asal.
No.9- Encik Rosli Bin Isa dikatakan bakal calon UMNO Bukit Gantang juga miliki tanah ini



Celaka..!!! celaka..!!! celaka..!!! itulah ungkapan yang sesuai untuk UMNO dalam kes ini. Tanpa diberi tahu dan secara senyap-senyap lot-lot tanah ini diberi kepada beberapa individu yang dikatakan kroni UMNO disini. 


Kebanyakan individu yang berjaya memdapatkan geran hak milik tanah ini dikatakan orang luar dari Kampung Sungai Rotan. Haji Rosli Isa  bakal calon UMNO bagi Parlimen Bukit Gantang pun ada dalam senarai pemilik tanah tersebut. Sedangkan anak jati Kampung Sg Rotan yang usahakan tanah ini seorang pun tidak menerima geran hak milik tanah hanya berputih mata saja. 



Dimana YB Dato Rosli Hussin  ADUN  Terong merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.? Seorang AJK MIC Bukit Gantang sendiri mengesahkan beliau ada menghububgi YB Rosli dan cuba menemui YB Rosli,namun amat sukar menemui YB Rosli bagi menceritakan permasaalah Kampung Sg Rotan ini.



YB Rosli Hussin dilihat menjadi tikus hitam dalam isu tanah Kampung Sg Rotan ini. Beliau terpaksa melarikan diri dari isu ini kerana yang mendajalkanya ialah rakan se-UMNO-nya juga iaitu Rafidah Aziz. 





Sebahagian yang terlibat dalam isu ini mengadu kepada Pusat Khidmat Ahli Perlimen Bukit Gantang
Jentera ini yang mencetuskan pembongkaran segala isu tanah Sungai Rotan yang berkaitan dengan janji kosong UMNO. Jentera ini telah dibawa keluar dari lokasi atas bantahan individu yang membantah pencerobohan tanah yang telah mereka usahakan.

Wakil AJK MIC menunjuk-kan satu laporan Polis telah dibuat mengenai isu ini. Beliau banyak mendedahkan tektik kotor yang UMNO mainkan dalam isu tanah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan