Pengikut

Rabu, 3 April 2013

Kerana Rosmah, Wanita UMNO dan Puteri UMNO Akan Serbu Kedai Tudung

Penantian yang penuh menyiksakan bagi ke semua ahli politik di Malaysia , samada Barisan Nasional mahupun  Pakatan Rakyat. 

Begitu juga dengan rakyat Malaysia keseluruhannya tertunggu – tunggu , sejak beberapa bulan yang lepas.

Dikatakan Najib ditekan oleh Muhyidin supaya Najib mengisytiharkan segera pembubaran parlimen. Tetapi , maklumat dibelakang menyebut bahawa Mahathir yang terlalu takut untuk mendesak Najib menentukan tarikh pembubaran parlimen.

Jadi, menjelang PRU13 dimana tarikhnya akan diumumkan SPR beberapa hari lagi , pelbagai strategi untuk menarik undi akan dilakukan kedua – dua pihak. Sebagai contoh , bilamana Presiden PAS berkunjung ke Masjid Tabligh suatu ketika dulu , telah memaksa Najib juga ke sana beberapa hari lalu.

Lupa kan soal apa kata rakyat dan orang ramai. Tapi , perang psikologi , untuk membentuk perpepsi rakyat , bahawa parti aku dan aku yang terlebih mesra rakyat , lebih baik , lebih menonjol , lebih terkehadapan dan seumpamanya , perlu dibuat dalam keadaann sekarang.
Dikatakan , dalam beberapa hari lagi , Najib akan ke Mekah dan Madinah , bagi mengerjakan umrah dan mungkin juga menemui beberapa ulamak di sana. 

Cuma , jangan terperanjat nanti , sekembalinya Najib dan isteri serta rombongan akan tertonjol kelainannya.

Ramai juga yang menjangkakan  sekembali nya Rosmah dari umrah bersama Najib nanti bakal membawa perubahan amat ketara 100% , dari tidak bertudung kepada bertudung litup , menutupi rambut dan kepala keseluruhannya. Malah fesyen tudungnya nanti boleh mengalahkan muslimat PAS , yang sentiasa berjilbab.

Maka andaikata Rosmah sekembalinya dari 'menunaikan' umrah nanti , bertudung litup , berjilbab , ianya bukan sesuatu yang pelik...Wanita UMNO dan Puteri UMNO harus bersedia  dengan yang sekarang berfesyen rambut terjojol seperti Rosmah sekarang perlu membuat  persiapan dengan kedai tudung yang berhampiran....hahaha...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan