Pengikut

Isnin, 23 September 2013

Abah Anas terima satu lagi hukuman selepas bebas dari penjara

Kuala Kangsar: 24 Sept-- Ibarat jatuh ditimpa tangga, Bad Latif atau lebih dikenali sebagai Abah Anas 47, dilaporkan baru sahaja diberikan notis daripada syarikat tempat beliau bekerja.

Beliau diberi dua pilihan sama ada berhenti kerja atau diberhentikan dalam tempoh seminggu. Bermakna ikut mana pun kena berhenti juga.

Abah Anas yang baru saja dibebaskan dari penjara Tapah pada 19 sept lalu berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Taiping telah menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 OKZ  (peserta Ops Bubar).

Hakim, Datuk Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dan denda RM5,000 boleh dibayar dengan ansuran.

Abah Anas bersama 12 lagi sebelum itu telah menjatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000, dan mahkamah ketika itu telah menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut kepada 13 individu yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, 6 Feb 2009. 

Buat Abah Anas serta semua rakan lain yang terlibat inilah erti dan cabaran dalam sebuah perjuangan dinegara ini,golongan yang memperjuangkan hak rakyat akan sentiasa dihimpit serta dizalimi oleh mereka-mereka yang berkepentingan dunia semata-mata.


** Berita ini bukanlah dari kenyataan rasmi Bad Latif@Abah Anas atau mana-mana pihak dari 13 OKZ. Sumber Orangni terima dari laman tweet bukan dari salah seorang 13 OKZ. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan