"Itulah Tok Ketua... kan menteri dah cakap jangan makan gula banyak sangat, nanti mati! sebab tu menteri nak naikkan harga gula!" bisik Mat Pathul dalam hatinya.
Mat Pathul telah diamanahkan oleh Puan Mah janda kepada Pak Jib untuk membeli batu nesan di Kedai Pak Midin tokey batu nesan dihujung kampungnya.
Maka terketar-ketarlah Mat Pathul terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer sebab nak jimat minyak sebab sentiasa ingat pesan pemimpin-nya supaya berjimat cermat demi kemewahan pemimpin-nya.
Tiba dikedai Pak Midin....
Mat Pahtul: As-salam dan Salam 1Banglasia Pak Midin.. bagi saya batu nesan dua,kalau boleh yang cantik sebab ini untuk kubur Tok Ketua kita arwah Pak Jib...
Pak Midin: Mmm...tapi nak batu nesan saiz apa..?
Mat Pahtul: Alamak...ada saiz pulak, free saiz ade..?
Pak Midin: ada...
Mat Pahtul: Berapa harga-nya Pak Midin..?
Pak Midin: Sebatang nesan RM5000, 2 batang jadi RM10000...
Mat Pahtul: Amboi..!! mahalnya batu nesan ni..!!! Ada batu berlian macam cincin Puan Mah ke.? Tak kan minyak naik seliter 20sen harga nesan naik sampai beribu-ribu..!!??
Pak Midin: Saja aku letak harga mahal,ini semua untuk kebaikkan engkau dan juga untuk kebaikkan orang kampung ni juga...
Mat Pahtul: Apa maksud Pak Midin..?
Pak Midin: Cuba kau fikir Mat Pathul.....bila aku naikkan harga batu nesan tinggi-tinggi, kuranglah orang nak meninggal sebab kalau tak mampu beli batu nesan jangan la teringin nak mati...
Mat Pahtul: Oooo...macam tu...
** "Tak sangka ketentuan otak Pak Midin ni bijak bergeliga..macam otak menteri,mungkin dah ketentuan Pak Midin ni layak dilantik jadi Tok Ketua Kampung lepas ni" - bisik dalam hati Mat Pathul sambil menanggung 2 batu nesan yang dibelinya dengan langkah terketar-ketar di-sebab kekurangan gula dalam badan menuju pulang.
Sekian,kisah ini hanya ketentuan....hahaha...
Geng Pak Midin dan Pathul Bari |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan