Pengikut

Jumaat, 20 September 2013

Air mendaki cerun bukit di Sabah [Video]

Jalan raya ini memang dilihat dengan mata kasar menurun,dan daya gravity adalah menaik.(arah berbalas/naik balik) Dilaporkan tempat ini,jika cuba dituangkan air keatas permukaan atau meletak botol air (membaringkan botol) di muka jalanraya. airnya mengalir ataupun botol air tersebut akan bergolek mendaki naik bukit...pelik-ka...??? Hahaha... inilah kehebatan dan kebesaran Allah.

Lebuhraya Kimanis–Keningau merupakan salah satu lebuh raya utama di SabahMalaysia, yang menghubungkan bandar Kimanis ke Keningau. Ia juga bertindak sebagai laluan alternatif bagiLaluan Persekutuan 30px dari Kota Kinabalu ke Tenom yang lebih panjang. 53-kilometer (33 bt) Lebuh raya ini pada mulanya bermula sebagai jalan pembalakan sebelum dinaik taraf kepada lebuh raya dua lorong penuh. Lebuh raya ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2006.
Walaupun lebuh raya ini mempunyai jarak yang agak singkat dan keadaan yang sangat baik, ia terkenal kerana cerun yang sangat curam di sepanjang jalan, dengan kecerunan tercuram dianggarkan antara 10% hingga kira-kira 20%. Hasilnya, beberapa lorong mendaki dibina di jajaran curam.
Salah satu ciri menarik lebuh raya ini ialah kewujudan sebuah bukit graviti disebabkan oleh ilusi optik, yang terletak 11 kilometer (6.8 bt) dari Keningau. Adalah dilaporkan bahawa di bukit graviti tersebut, terdapat cerun yang kelihatan seperti cerun menuruni bukit, tetapi sebenarnya ia adalah cerun mendaki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan