Pengikut

Rabu, 18 September 2013

MCA dah hentam Najib isu Chin Peng

Semua agama tegas Gan Ping Siew  menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.
Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
Najib menegaskan bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi kerana sakit tua.
Dia dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak. – 18 September, 2013. - www.themalaysianinsider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan