Pengikut

Rabu, 12 Mac 2014

MH370: Bomoh-bomoh akan dikerah bantu cari pesawat oleh Menteri..???

Sebelum ini nelayan-nelayan dikerah oleh Menteri untuk mencari pesawat #MH370, selepas itu muncul isu Raja Bomoh dengan teropong buluh bersama bubu di KLIA dan mengundang macam-macam pandangan,kutuk-kan dan sindirian dengan apa yang berlaku.

Dengan tidak disangka-sangka Menteri UMNO yang pegang folio Agama kata tak salah guna khidmat bomoh...apa punya malang umat Islam negara ini mendapat menteri yang konon-nya jaga kepentingan dan maruah Islam mempertahankan bomoh..jika menteri itu bukan Islam tidak jadi masaalah,tapi Menteri yang bernama Jamil Khir Baharom keluarkan kenyataan begitu..

Apa mungkin juga selepas ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Si Jamil Khir akan keluarkan arahan untuk kerahkan bomoh-bomoh mencari pesawat yang hilang tersebut...
Keratan akhbar: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140312/dn_18/Tidak-salah-guna-khidmat-bomoh---Jamil-Khir
.................
Lihat apa kata Bekas Mufti dibawah...
Baca link ini untuk lebih jelas: Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan