Pengikut

Khamis, 13 Mac 2014

MH370: Raja Bomoh ugut saman sesiapa tuduh ritualnya langgar syariat Islam

Semakin kalut dengan Bomoh Tahyul dan Khurafat ni.... Dunia dok mencari pesawat #MH370 yang masih belum ditemui, mereka nak menyaman pula..
“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja. 
“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini. 
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin. 
Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan. 
Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul. 
Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu. 
"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.- Yahoo Malaysia.

Saksikan: MH370: Saksikan Video bukti jasa & bakti Raja Bomoh kepada UMNO

Khurafat dan tahyul: http://tautanrahmat.blogspot.com/2014/03/khurafat-dan-tahyul.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan