Pengikut

Selasa, 4 September 2012

Barisan Nasional berpenyakit gila - Tun Dr M

Barisan Nasional tidak waras dan tidak matang,bersamaan berpenyakit gila la tu...hahaha....

Nun jauh diSURAKARTA, Jawa Tengah - Tun  Mahathir Mohamad masih ngon ngan ngon gang bercakap pasal politik Barisan Nasional (BN).

Kata Tun M  BN mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tapi masaalah besarnya ramai anggota parti itu berfikiran tidak waras kerana tidak mahu menerima dan tidak akan menyokong calon yang ditandingi oleh BN.

Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Ini kerana, katanya, perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.

"Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.

Masaalahnya sekarang sikap tidak waras banyak berlaku dikalangan ahli komponen BN. Sikap mencantas sesama sendiri dalam UMNO sendiri menjadi masaalah terbesar didalam pilihanraya akan datang kerana tidak suka denga calon yang dipilih Najib.

"Saya tak fikir (Perdana Menteri)  Najib boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.

"Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya.

Kenyataan Mahathir kepada wartawan ini pada Isnin selepas menerima anugerah Doktor Kehormat Ilmu Sosial dan Budaya Dalam Bidang Kepimpinan dan Pemberdayaan Bangsa Melayu oleh Universti Sebelas Maret Indonesia (UNS-Solo), Jawa Tengah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan