Dua tiga hari lepas kecoh konon-nya ada pihak kibarkan bendera yang dikatakan nak tukar gantikan bendera Malaysia,tapi perkara tersebut telah dijawap apa tujuan bendera tersebut dikibarkan dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam sambutan 31 Ogos di Kuala Lumpur.
Kini isu itu dimainkan pihak UMNO yang konon-nya Pakatan Rakyat bercadang nak tukar bendera jika memerintah...bodoh punya isu yang dimainkan UMNO,dah tak ada isu la katakan..hahaha...
Mereka (UMNO) tidak sedar yang penghinaan terhadap bendera Malaysia banyak dilakukan oleh orang-orang UMNO sendiri. Mereka dengan sengaja mengubah suai bendera Malaysia dengan menjahit bendera keris telanjang dan dacing sengget bersama bendera Malaysia.
Tidak-kah itu satu penghinaan pada bendera Malaysia..?? masa bila pula bendera Malaysia dijahit dan apit dengan bendera politik dibenarkan..??
Aku jumpa bendera ni kat jalan masuk Taman Berkat didalam Parlimen Bukito Gantang Perak . Aku harap pihak UMNO kawasan terutama YB Datuk Rosli arahkan bawa turun bendera tersebut atau pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya atas perbuatan menghina bendera Malaysia ini.
Orang-orang Pakatan Rakyat pun satu hal... dok lalu lalang kat situ pun buat tahu saja...mungkin tak perasan atau saja tak nak ambil tahu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan