Pengikut

Rabu, 5 September 2012

Wakil Rakyat @ Bakal Calon : kenapa masih ada yang liat turun padang..???

Isu PRU 13 agak suam-suam kuku sekarang, pelbagai ramalan tentang tarikh PRU berlalu begitu sahaja, kalu tidak silap sudah enam kali ramalan PRU 13 dicanang oleh rakyat.

Namun tarikh-tarikh tersebut berlalu begitu sahaja, inilah uniknya Malaysia yang dikatakan mengamalkan "demokrasi" dimana tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri.

Namun bukanlah tarikh PRU 13 yang ingin saya bahaskan disini, tetapi ianya adalah berkaitan persediaan bakal-bakal calon yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti.

Umum sedia maklum bahawa tarikh expired PRU adalah sekitar bulan Mac 2013, lebih kurang enam bulan sahaja yang tinggal.

Persoalannya adakah bakal-bakal calon ini khususnya daripada Pakatan Rakyat sudah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu calon pilihanraya atau ilmu YB.

Saya melihat kebanyakan calon-calon yang bakal bertanding ini masih lagi terkial-kial dalam mempersiapkan diri mereka, khususnya yang pernah bekerja di jabatan kerajaan dan pernah menjawat jawatan yang tinggi.

Saya katakan demikian kerana sehingga sekarang masih lagi terdapat bakal-bakal calon yang tidak turun padang, mereka merasakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada mereka, pemikiran seperti ini mengundang bahaya kepada parti.

Ini kerana rakyat sekarang sudah memahami peranan atau tugas wakil rakyat, tidak seperti zaman dahulu kala yang melihat wakil rakyat itu semestinya berduit, berkereta besar, memiliki rumah yang banyak dan tanah yang berpuluh ekar.

Oleh itu bakal-bakal calon harus memahami maksud YB itu sendiri yang bermaksud Yang Berkhidmat dan bukannya Yang Berhormat.

Bakal-bakal calon harus sedar bahawa misi berkebajikan amat dekat dengan rakyat, 55tahun merdeka isu kemiskinan masih menjadi tarikan utama kepada rakyat.

Ini amat bertepatan dengan tema muktamar PAS lalu yang akan memperjuangkan sebuah negara berkebajikan, amat malang sekali sekiranya masih lagi terdapat bakal calon atau wakil rakyat sendiri yang tidak mahu turun padang dan menyantuni rakyat.

- Q'h

Tiada ulasan:

Catat Ulasan