Pengikut

Isnin, 3 September 2012

Penyokong UMNO bertambah berani Najib semakin takut

Sejak kebelakangan ini tindakan ahli-ahli UMNO dan sahabat karibnya seperti PERKASA menjadi berani dalam bertindak ala-penganas dinegara dalam melepaskan rasa geram tak puas hati terhadap Pakatan Rakyat.

Siri-siri kerja ganas tidak bertamadun ahli-ahli UMNO khususnya menjadi-jadi sekarang ini. Sebab musababnya tak perlu dihuraikan panjang lebar kat sini,kalau disebut usung kepala lembu,usung kepala khinzir,simbah cat dan terbaru baling selipar dalam masjid  semasa DSAI beri tazkirah di Kedah,semuanya itu kalau ditanya kepada masyakat umum "Siapa punya kerja..?" bukanlah satu soalan yang susah hendak dijawap, hanya susunan 4 huruf sudah menjadi jawapan tepat...UMNO. Itulah jawapanya...hahaha....

Apa yang dapat aku terjemahkan disini ialah ahli UMNO sekarang ini memang berani dalam bertindak ganas dalam memprotes ketidakpuasan hati terhadap fenomena sokongan rakyat terhadap PR semakin bertambah,mereka sudah berani bertindak diluar akal waras seorang manusia,mungkin kerana berasa ada jaminan tidak akan diberi sebarang tindakan undang-undang. Pihak berkuasa seperti pihak polis pun seakan - akan merestui tindakan mereka. Kalau pihak Pakatan Rakyat baru didapati melakukan sedikit  tindakan yang tidak menyenangkan pihak UMNO BN,maka akan sepantas kilatlah tindakan diambil. Malangnya sebaliknya berlaku jika ahli UMNO lakukan.

Dalam memperkatakan keberanian ahli UMNO dan sekutunya sekarang ini,sebenarnya semua itu menjadikan Najib Tun Razak bertambah takut dan kecut untuk melafaskan tarikh PRU 13. Walaupun Najib sejak kebelakangan ini Najib tak henti-henti berkata PRU sangat hampir,namun dah hampir berbulu telinga rakyat mendengarnya..tarikh PRU 13 entah bila...hahaha.. 

Setiap kali provokasi jahat ahli UMNO BN lakukan terhadap PR,maka Najib bertambah takut dan tambah takut dan bertambah amat takut. Sudahlah Najib terpaksa berbelanja besar didalam setiap program untuk mendapat sokongan rakyat,habis semua aset dan kompenan kerajaan dikerah paksa untuk jayakan,terbaru program konon-nya sambutan 55 tahun Merdeka diBukit Jalil yang memperlihatkan UMNO BN seperti menpergunakan program tersebut untuk kepentingan politik mereka. Berbagai habuan dan upah dilambakan sebagai umpan untuk rakyat hadir. Najib konon-nya rasa dah selesa dengan sambutan tersebut dan semangat nak bubar Parlimen pun dah ada kata Najib.

Malangnya....Selang beberapa hari selepas itu bas Merdeka Rakyat milik PR  disimbah cat dan cerminnya pecah semasa sessi jelajahnya ke Kelantan,ini semua perbuatan tangan dari mereka yang tak perlu aku beritahu...sebab semua dah tahu...haha...kemudian kejadian majlis tazkirah dalam masjid diKedah dikecohkan oleh puak PERKASA sahabat kuat UMNO. Mereka (UMNO) rasa hebat berbuat demikian dan megah,konon-nya mereka berani..haha..tapi sebenarnya itulah keberanian dalam kebodohan. Kejadian ini sebenarnya membantutkan semangat dan keberanian Najib.

Perkara ini disahkan sendiri dari mulut orang kuat UMNO di Taiping Perak dalam sembang-sembang dengan aku semalam,beliau mendakwa segala tindakan ahli UMNO sekarang memang sukar dikawal lagi oleh pimpinan UMNO diperingkat kawasan seterusnya negeri dan pusat. Mereka (ahli UMNO) sebenarnya dah hilang sabar nak berpilihanraya,bertambah jadi haru-biru bila ramai rakan sahabat serta keluarga mereka sendiri meninggalkan UMNO.

Rumusanya ahli UMNO semakin berani disebabkan dah hilang pertimbangan kerana PR semakin hebat,keberanian yang mereka tujukan sebenarnya menyelahkan lagi goyahnya sokongan UMNO BN,jesteru itu impaknya kepada Najib ialah bertambah takut nak bubar Parlimen dan bertambah-tambah kecut terbayangkan menjadi pembangkang di Parlimen selepas PRU 13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan