Pengikut

Khamis, 10 Januari 2013

Terkini isu air Selangor !!! Rupanya paip disekat dari penguna telah pecah

Rakyat Selangor "DiKambing Hitamkan" oleh Syaitan Yang Dikenali

Tong Air untuk lakonan:Pemimpin UMNO sanggup anjurkan lakonan mengenai isu air.
10/01/2013--Jam 12:35, Taman Maluri: Dipercayai kerana  'Ikut Arahan Sekat Air' oleh UMNO BN yang terdesak ingin merampas Selangor dari kerajaan PR....akibatnya sebatang paip air besar pecah dihadapan CIMB Taman Maluri. (Vedio dibawah)

Arahan Siapa? Memancut-mancut kelangit keluar,melimpah dan membazir, lebih setengah jam dibiarkan air memancut keluar.

Puak UMNO BN Selangor 24jam melalak dalam media massa arus perdana konon-nya air kat Selongor tiada. Seolah-olah Selangor dah  kering kontang.

Maka puak Syaitan yang dikenali ini menganjurkan siri-siri lakonan konon-nya Selangor sekarang hadapai krisis air yang kritikal, sebenarnya UMNO BN yang kritikal sehingga sanggup menyusahkan rakyat. 


UMNO BN dikatakan sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk kerja jahat mereka...sudah la SYABAS....jangan nak berdolak dalih lagi...cukuplah SYABAS bermain dengan game politik air  ni..korang jangan ingat rakyat Selangor semuanya bodoh pemimpin UMNO ..Menurut laporan ramai rakyat Selangor tau siapa yang benar siapa dan yang salah..memang  zalim SYABAS ni.

PAIP SYABAS PECAH, KERANA 'SEKAT' AIR!


Syabas Mempunyai Agenda Tersembunyi Untuk Menimbulkan Suasana Panik 
SHAH ALAM - Siasatan Kerajaan negeri menunjukkan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengenai kegagalan rumah pam di Wangsa Maju berpunca dari sistem VSD (variable speed drives) adalah tidak berasas.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana sistem VSD memerlukan penyelenggaraan berkala sedangkan Syabas tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Sebelum ini katanya, Syabas hanya memanggil pembekal untuk penyelenggaraan apabila ada masalah timbul.

Menurutnya, siasatan tersebut dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor dengan memanggil semua pihak terlibat dengan pembinaan rumah pam di Wangsa Maju.

“Pihak terbabit termasuk jurutera perunding yang mereka bentuk rumah pam tersebut, kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membina, subkontraktor yang dipertanggungjawabkan dalam hal berkaitan Mechanical & Electrical dan pembekal utama VSD kepada pam-pam tersebut,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, menurut pembekal VSD tersebut, insiden ‘pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

“Sekiranya parameter melebihi had yang ditetapkan dalam sistem VSD, maka barulah pam tersebut akan terhenti (tripped). Syabas sepatutnya mengenal pasti punca sebenar berlakunya kekerapan ‘pump tripped’ hingga menjejaskan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

“Pembekal mengesahkan mereka dipanggil oleh Syabas pada 29 Disember 2012 jam 3 petang dan pada 2 Januari 2013 pembekal mengganti semua VSD di pam-pam berkenaan. Sehingga 8 Januari 2013, pembekal menukar dua set peralatan VSD,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga mendapati dakwaan Syabas bahawa alat gantian yang terlibat perlu diimport dari Finland tidak benar kerana pembekal mengesahkan alat ganti boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan ‘courier’ sahaja.

Dalam pada itu katanya, terdapat percanggahan kenyataan Syabas menerusi media masa di mana 8 Januari 2012, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Halim Mat Som menyatakan masalah gangguan air di Lembah Klang boleh diatasi dalam tempoh tujuh hari tetapi semalam, Pengerusi Syabas Tan Sri Rozali Ismail menyatakan masalah ini berpanjangan sehingga Tahun Baru Cina.

“Kenyataan tidak konsisten ini menunjukkan seolah-olah adalah agenda tersembunyi untuk menimbulkan suasana panik dan seterusnya membangkitkan rasa marah dalam kalangan pengguna di Lembah Klang kepada kerajaan negeri yang difitnah dan ditohmah sebagai punca masalah,” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri kesal Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak menjalankan peranan di bawah undang-undang dan hanya berdiam diri sepanjang krisis bekalan air berlaku.

Beliau berkata, SPAN sepatutnya menjalankan siasatan terperinci dan bukan hanya menerima apa sahaja yang dikatakan Syabas.

“Kita menganggap masalah gangguan air ini sebagai masalah yang perlu diberi perhatian segera oleh Kerajaan Pusat kerana ia membuktikan kegagalan projek penswastaan air yang diberi kepada syarikat tidak berkelayakan dan kompeten.

“Kita yakin masalah ini hanya dapat diatasi jika Kerajaan Pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan air sepertimana yang dihasratkan oleh Akta Perkhidmatan Industri Air atau WSIA 2006,” katanya.

OLEH RUWAIDA MD ZAIN




2 ulasan:

  1. Salam kepada semua,

    Untuk memperkatakan tentang perbekalan air tidak boleh mengambil satu-satu kes sahaja maka membuat kesimpulan bahawa terdapat kegagalan dalam sistem perbekalan. ia harus dilihat secara keseluruhannya.

    Saya mengesyorkan anda untuk membaca kupasan saya dari sudut kejuruteraan awam dan hidrologi tentang bagaimana sistem perbekalan air di Lembah kelang dan projek langat 2.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

    BalasPadam