Pengikut

Selasa, 8 Januari 2013

UMNO Selama Perak dilanda gelora ahli sampai kiamat tak undi UMNO

Baru-baru ada sikit kecoh didada media massa tempatan konon-nys di Dun Selama Perak bergelora...konon-nya ada segelintir ahli PAS nak boikot calon atas beberapa sebab.

Tapi cerita sebenarnya gelora tersebut berlaku pada UMNO Selama Perak. Ahli UMNO sendiri bersumpah dihadapan Dato Fauzi dan Ust Akmal bahawa tidak akan undi UMNO dalam PRU akan datang hatta sampai kiamat..!!!

"Sampai kiamat saya tak akan undi UMNO" itulah antara kata-kata dari salah seorang ahli UMNO Bahagian Larut yang juga orang kuat YB Dato Hamzah ahli Parlimen Larut.

"Saya dah lama bersabar dok dalam UMNO....depa hanya menipu orang kampung sebab nak undi masa pru,tobat...tobat...sampai kiamat dato...saya tak akan sekali-kali undi dah UMNO lagi..walaupun khabarnya UMNO kat Selama ni nak tumbang 4 ekor lembu dalam masa terdekat ini.." luahan dan janji sumpah orang kuat UMNO Selama disampai kepada Dato Fauzi Shaari di sebuah kampung di Selama Perak bersama Ust Akmal Kamaruddin dan rombongan dalam sebuah program menyantuni rakyat di Dun Selama pada ahad lalu disini.

Mantan Pengarah JSJ (PDRM) Dato Fauzi Shaari adalah seorang anak tempatan disini bersama Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak pada sabtu lalu telah menyantuni masyarakat serta menyampaikan bantuan disekitar kampung Ulu Damak tanpa mengira fahaman politik.

Sebelum itu Dato Fauzi dan Ust Akmal bersama anak muda di Kampung Torak Selama dalam program santai bersama anak muda yang dihoskan oleh Leman Raja Lawak. Menurut sumber program anak muda ini juga dianjurjayakan oleh salah seorang ahli UMNO juga.

Salah seorang ahli UMNO di Selama Perak yang aku temui disini berkata "Memang kami akan pakai baju logo UMNO masa PRU nanti,Ust dan Dato jangan terkejut pula....kami buat kerja macam orang depa, tapi undi...kirim salam nak bagi kat UMNO..."

Rata-rata ahli UMNO disini sudah sedar segala pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO di Selama Perak. Berbagai janji yang konon-nya nak bantu penduduk di sini hanyalah auta semata-mata.

Banyak projek terbengkalai dikesan di Dun Selama khususnya di Parlimen Larut bakal didedahkan seperti projek tanaman cili dan ayam yang hanya tinggal janji dicapati dari UMNO sejak beberapa tahun lalu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan